Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, masing-masing tertanya-tanya. Orang nak beli buku tak? Mungkin ada yang akan terus beli buku macam biasa saja, sebab mereka dah biasa dan ada juga yang memang ketagih membaca. Tak baca tak boleh. Macam orang hisab rokok, harga mahal pun beli juga.
Dalam hal buku pula, mungkin ada yang terpaksa tangguh beli buku, sebab keperluan lain lagi penting daripada membeli buku. Nak kena beli beras, beli minyak, beli susu anak, bayar tambang sekolah anak... macam-macam lagi yang lebih penting daripada buku.
Ada cerita ynag mengatakan bahawa orang tak nak pergi 'shopping complex' sebab tak nak buang duit dan kerana itu, kedai-kedai buku besar tak lagi dimasuk orang ramai. Sunyi sepi. Buku di kedai besar yang terletak di 'shopping complex' tak berapa jalan, tak seperti dulu lagi. Iyalah, kalau dah kurang orang ke 'shopping complex' mestilah kurang pula yang masuk kedai buku.
Tak lama lagi pula, harga buku pun kena naik. Maklumlah, semua yang berkaiatan dengan buku dah naik. Kertas, percetakan dan juga pengangkutan... semuanya naik. Habis tu, kalau tak naik pun orang dah mula tak beli, kalau naik macam mana pula?
Masing-masing yang terlibat dalam industri buku sedang berjaga-jaga. Ada yang mula panik. Maklumlah, ini kan periuk nasi? Kalau buku tak jalan, macam mana nak makan?
Masing-masing kenalah fikirkan. Tapi, takkanlah orang tak nak baca buku hanya kerana duit berkurangan? Mungkin ada yang akan lebih banyak membaca kerana masanya lebih banyak di rumah. Sekarang dia dah malas nak keluar sebab tak nak banyak habis wang kerana berbelanja tak tentu pasal. Habis tu, takkan duduk di rumah tak buat apa-apa? Mungkin tabiatnya pun turut berubah. Kalau dulu tak kisah nak baca, sekarang ini mula nak baca. Kalau tak belipun, mungkin dia pergi menyewa atau meminjam. Janji dapat baca!
Yang penting buat kita yang terlibat dalam industri buku, kita harus peka, buka mata dan pasang telinga. Fikirkan strategi yang terbaik. Buat apa yang orang mahu baca dalam keadaan yang begini.