Semua benda naik harga. Ngeri. Gerun. Semua rasa ada. Tapi, boleh relaks lagi ke? Entahlah... betul-betul pening kepala. Kalau dulu gaji RM 2, 000 boleh hidup walaupun cukup makan, tapi sekarang ni... dapat makan ke?
Minyak dah naik melambung. Sebab minyak naik, tak ada benda yang tak naik. Beras memang dah lama naik. Ikan, ayam, daging... semuanya naik. Barang-barang dapur naik. Tambang bas sekolah naik. Sabun naik. Susu naik. Ni, bil api pun akan naik. Lepas tu tentulah air pun naik. Jadi apa yang tak naik? Gaji je tak boleh naik. Macam mana majikan nak naikkan gaji, sedangkan majikan pun terhegeh-hegeh nak pastikan bisnes berjalan seperti biasa. Kalau tak, gaji pun nanti susah nak dibayar nanti. Langsung mati!
Kenapa kerajaan tak fikirkan semua ni sebelum dengan tiba-tiba saja minyak dinaikkan dengan harga yang melambung? Kenapa orang-orang politik ni tak buat kira-kira dulu, tak cari jalan yang boleh bantu rakyat, bukannya membebankan rakyat macam ni? tak tahu ke mereka, bila naik sahaja minyak melambung macam tu, segala-galanya akan naik mendadak. Tapi gaji macam tu juga. Kalau dulu RM 2, 000 okey lagi, mana nak cekau RM 1,000 lagi nak cukupkan belanja?
Memang betul negara lain pun naik harga minyak, tapi orang lain tak ada tol macam kita. Ada pula tak ada cukai jalan macam kita. Kita... bukan setakat minyak saja naik, tol masih ada (tinggi pulak tu), road tax pun ada, tapi pendapatan rakyat tak tinggi mana. Tak usahlah nak banding dengan jiran... ada jiran kita jauh lebih selesa daripada kita. Buat apa nak banding dengan jiran yang miskin, bandinglah dengan jiran yang tak ada pun hasil minyaknya. Memang pelik. Takkanlah kerajaan tak ada langsung strategi untuk uruskan hal macam ni. Dah tu, asyik-asyik kata tak boleh nak tanggung subsidi minyak. Belanja sana sini, tak apa pulak! Membazir sana sini, okey je... tak kisah pun.
Sedang rakyat berkira-kira nak makan apa esok pagi, mereka terus sahaja habiskan duit rakyat dengan meraikan itu dan ini di sana sini! Aduhai... macam mana ni? Kita masih okey lagi ke? Kita tak rasa marah ke?