Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, October 17, 2016

Yang Pasti...

Assalam

Yang pasti, kebelakangan ini saya tak punyai banyak masa untuk bersantai-santai. Malah, terlalu banyak kerja yang perlu saya langsaikan. Kadang-kadang, terasa rindu juga. Rindu untuk menulis manuskrip. Kalau boleh, nak sahaja saya sambungkan cerita yang sudah saya tulis separuh jalan, tapi tak banyak masa yang ada yang mampu untuk saya luangkan. Tunggu dulu.

Yang pasti juga, saya bersyukur kerana Allah swt masih memberi umur dan tenaga untuk melakukan sesuatu. Sesuatu yang dekat dengan hati. Betapa hebatnya Allah ini, kerana sekalipun hanya berbisik di hati kecil, namun Allah tetap mendengarnya. Allahuakbar!

Mesti ada yang ingin tahu tentang pengembaraan kami ke negara Uzbekistan, kan?

Yang pasti... negara itu mempunyai keindahan yang menakjubkan, bukan hanya alam sekitarnya, tetapi bangunan tinggalan sejarahnya. Payah nak jumpa di tempat lain. Nasihat saya, kalau anda mempunyai kemudahan, pergilah ke negara itu dan lihatlah dengan mata anda sendiri.

Banyak sungguh ceritanya namun saya tak punyai kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua.

Buat masa ini, saya akan terus menyibukkan diri dengan hal-hal yang masih tak selesai lagi.

Semoga hidup dan mati kita dirahmati Allah swt. Aamiin.