Berkali-kali telah saya katakan, salah satu usaha untuk mengajak orang kita membaca ialah melalui kepelbagaian bahan bacaan yang disediakan. Manusia ni, mereka tak sama. Ada suka baca itu dan ada pula suka baca ini. Kalau kita sebagai penulis tak mahu mempelbagaikan bahan penulisan kita, maka pembaca tak mempunyai banyak pilihan. Betullah kalau kita katakan yang kita mahu menulis bahan yang orang mahu baca sahaja supaya kita mendapat pulangan yang memuaskan, tetapi ada kala, kita kena juga sediakan bahan yang berlainan, agar kita berjaya mengajak lebih ramai orang kita untuk membaca.
Di negara kita ini, bahan bacaan dalam bahasa Melayu tak punyai banyak pilihan. Bertambah rumit, kerana kategori yang ada pula, trend penulisan atau bahan yang dikemukakan, tak banyak perbezaan antara satu dengan yang lain.
Mungkinkah penulis kita takut untuk berubah dengan membawa corak penulisan yang berlainan, atau mungkinkah penulis kita tak sanggup mendapat komen sekiranya mereka tak memuaskan hati pembaca mereka? Apakah kita sebagai penulis perlu mengikut rentak pembaca sahaja? kalau pembaca suka yang macam ini, maka kita pun tulis yang macam ini sahaja? tak mahukah kita lakukan sesuatu yang berbeza agar kita berjaya mendapat pembaca yang baru pula?
Mungkin kerja seperti ini tidaklah mudah sangat, tetapi saya rasa kita sebagai penulis, perlu lakukan sesuatu yang kadang-kadang mungkin dianggap drastik. Kita berani untuk menulis sesuatu yang lebih kreatif, lebih mencabar minda dan lebih banyak impak yang dapat kita persembahkan, tidak lagi benda yang sama.
Tak mahukah kita mengajak orang kita supaya mahu berubah dengan membaca sesuatu yang ada kelainan? Saya percaya perkara seperti ini hanya dapat dilakukan oleh penulis yang sedia ada 'nama'. Dalam begitu, kita kenalah berjaga-jaga, jangan sampai menggunakan bahasa yang bombastik hinggakan apa yang mahu kita persembahkan itu, tak berjaya disampaikan kepada pembaca.
Pun begitu, negara ini perlukan penulis baru yang berani, yang kreatif dan yang bijak untuk menulis sesuatu yang lain daripada yang lain. Penulis seperti ini perlu datang ke depan dan tulislah sesuatu yang mencabar minda! Saya percaya ramai yang sedang menanti untuk membaca sesuatu yang berbeza. Wujudkanlah trend baru untuk pembaca dan jadikan ia satu fenomena.