Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 13, 2015

Takut Bini?

Assalam

Hari ini saya bercadang untuk keluar bersama teman-teman dan lepak2. Semalam pun saya keluar dengan kawan saya dan makan tengah hari di Aunty Aini's Restaurant. Di situ saya terserempak dengan teman-teman MCKK suami saya yang baru balik dari main golf dan sedang mahu makan tengah hari. Dua puluh orang... dan bisinlag mulut mereka bila berjumpa dengan saya. Kebetulan, Dato' Fadhilah Kamsah juga berada di restoran itu (dia juga bekas pelajar MCKK), bertambah kalutlah jadinya.

Okeylah, saja nak bercerita bahawa saya sedang fikirkan untuk menolak satu tawaran dari satu grup besar industri perfileman untuk jadikan novel saya sebagai filem atau drama bersiri. Bukannya apa, ada sesuatu yang saya kurang senang dalam perbincangan, jadi kemungkinan besar saya akan menolak tawaran itu. Ini adalah dari segi prinsip. Insyaa-Allah kalau ada rezeki mungkin ada peluang yang lain pula.

Kembali kepada judul entri, sesuatu yang kontroversi atau mungkin juga sesuatu yang kerap menjadi hiburan telinga. Semalam, ketika di Restoran Aunty Aini's, Dato' Fadhilah Kamsah yang melawak dengan rakan-rakan MCKK dengan membangkitkan perkataan 'takut bini', sekadar untuk mengusik kawan-kawannya kot. Apa-apa pun, perkataan ini sering kita dengar kerana dirasakan banyak lelaki yang takutkan isteri-isteri mereka. Jadi kerana itulah ada yang perangai nya menjadi buruk laku bila isteri tidak di sisi.

Adalah satu kisah ini, si wanita A marah-marah pada bekas kekasihnya kerana dia telah ditinggalkan. Katanya, "Bukannya apa, tapi dia tu takutkan bini!" Hihi... baguslah kalau takut bini, jauh lagi baik daripada tak takut bini dan terus jadi macam syaitan!

Namun ada seorang lelaki ini bercerita pada saya, katanya, "I tak pernah takutkan isteri I. I respect dia sebab dia banyak berkorban untuk kami. Cuma kadang-kadang I rasa macam tersisih, mungkin sebab dia sibukkan anak-anak. Jadi I terbuat sesuatu yang salah dan silap. Sekarang ni, I dah pun perbetulkan kesilapan I tu. Jadi... I bukanlah takut bini, tapi sebenarnya I sayang sangat pada my wife dan I lagi takut pada Tuhan kalau I khianati isteri I. Lagipun, I tak mungkin mampu mencari orang lain yang lebih baik daripada dia."

Hah... nampaknya macam ada perbezaan, kan? Antara takut dengan sayang. Kadang-kadang kerana sayang, seseorang itu mampu lakukan perkara luar biasa kerana segan untuk mengaku di depan orang yang disayangi. Ada juga kerana geram atau cemburu, boleh melakukan perkara luar biasa, padahal dia sedar itu adalah tindakan tidak bijak.

Bila lelaki buat sesuatu yang dirasakan macam 'kurang hebat' jangan pula kita cepat buat tuduhan konon-konon si lelaki itu 'takut bini'. Mungkin dia sekadar suka-suka bila sedang dalam kekeliruan, tetapi akan menyesal bila sedang dalam fikiran yang waras.

Kalau lelaki itu beriman dan bijak berfikir, mereka tak perlu takutkan isteri, tetapi takutkan Tuhan itu jauh lagi wajar dan wajib. Subhanallah.

Wassalam


                                                 Cilok gambar fail Melastik Bintang