Topik yang selalu dibicarakan oleh mereka yang suka menulis atau teringin nak jadi penulis. Mana nak dapatkan ilham? Bila agaknya ilham itu datang? dan ramai juga yang berkata, "Payah nak tulis sebab ilham tak datang-datang." Malah, isu ini juga ada disentuh dalam artikel di Berita Harian Singapura - kisah saya dan Mimie Afinie (beberapa hari yang lepas) - bagaimana dapatkan ilham untuk menulis?
Bagi saya, saya tak pernah menunggu ilham datang kepada saya. Sayalah yang mencarinya. Saya percaya, Mimie Afinie juga begitu. Mungkin lebih mudah 'mencari' daripada 'menunggu'.
"Tapi... macam mana nak cari ilham?" soalan yang kerap diajukan.
Jawapannya, "Tengok dengan mata dan hati. Cari juga dengan mata dan hati. Ilham ada di sekeliling kita, tak pernah terputus pun. Lihat pada ahli keluarga kita, lihat pada jiran dan teman-teman. Ilham ada di situ. Lihat persekitaran kita, lihat apa yang terjadi setiap hari yang dilaporkan dalam surat khabar. Lihat di tempat kerja kita, dengar-dengar cerita orang. Tak akan terputus. Tapi... kalau kita sekadar menunggunya, mungkin ilham tak akan tiba-tiba dan kerana itu juga, mungkin kita tak akan berjaya untuk menulis apa-apa.
Kita semua ada kisah hidup. Kita ada latar belakang dan kita ada sejarah masing-masing. Jadilah orang yang kreatif dan tulislah. Aturkan idea kita, susunkan jalan cerita kita, tengoklah kepada karakter-karakter yang ada di sekeliling kita, dan tulislah.
Kalau sudah kita cuba lakukan semuanya, tetapi malang masih tak juga dapat menulis, mungkin jawapannya ialah kita belum bersedia untuk menjadi seorang penulis.
Jangan kita berkata yang kita mahu menulis, atau suka sangat hendak menulis, tapi tak dapat melakukannya. Payah saya nak 'digest' benda-benda macam ini. Kalau suka dan mahu menulis, tentu kita boleh terus sahaja cuba menulis. Tak mungkin suka dan mahu, tapi tak boleh. Kalau begitu, mungkin kita sebenarnya bukan dijadikan Tuhan sebagai seorang penulis.
Tanyalah diri kita. Betul ke kita ni suka menulis?
Okey... Orang-orang Singapura, tunggu kami esok petang ya? saya dan Mimie akan menemui anda di sana. Sabtu, jam 4 hingga 6 petang di Suntec City.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Pilihlah
Dalam perjalanan hidup kita ini, kita terpaksa banyak membuat pilihan. Misalnya tempat yang hendak kita jadikan pusat menimba ilmu, atau mungkin tempat yang hendak kita jadikan kampung halaman kita. Kita perlu pilih pekerjaan, atau mungkin apabila sampai masa, kita terpaksa memilih lelaki atau perempuan yang hendak kita jadikan teman hidup kita. Banyak kriteria yang perlu kita fikirkan semasa hendak buat pilihan. Apa-apa pun, kita perlu berfikiran matang dan rasional, tak boleh turutkan sangat perasaan emosi kita.
Ramai di antara kita, kerap terkawal dengan perasaan dalamannya, hinggakan ada ketika kita melakukan kesilapan. Ada kala, kita terlalu menurut kata orang atau pujukan orang, atau mungkin hasutan orang. Kalau kita tidak berfikiran matang, memang kita akan tersesat jua dan akan terus melakukan kesilapan.
Kalau kita lakukan kesilapan, jangan pula kita takut untuk keluar daripada keadaan itu. Carilah jalan untuk menyelesaikannya supaya kita tidak terus tersilap dan tersesat.
Begitu juga apabila hendak membaca buku. Gunakanlah akal kita. Bacalah apa sahaja, tetapi jangan ambil semuanya tanpa berfikir. Ada benda yang kita baca mungkin tak kena dengan selera atau pandangan dan pendapat kita. Pun begitu, kita berhak membaca apa saja yang kita suka. Dengan cara begitulah kita akan dapat menimba ilmu dan akan berjaya untuk menggerakkan otak untuk terus berfikir. Janganlah menyekat diri dengan mengaturkan terlalu banyak peraturan hinggakan kita terlepas peluang untuk menimba ilmu yang ada.
Teruskanlah perjalanan hidup kita dengan sentiasa membuat pilihan. Bila kita kata kita kena buat pilihan, bukan bererti yang kita mesti menyekat diri. Misalnya, kalau kita perlu memilih bakal suami antara Si A dengan Si B, kita perlu tahu semuanya tentang mereka. Latar belakang,siapa ibu bapa mereka, mungkin pekerjaannya, ilmu yang dia ada... dan macam-macam lagi. Kalau dari awal kita sudah menyekat diri, maka kita tak akan tahu sangat tentang diri orang yang kita akan pilih itu. Sebelum kita memilih, kita perlu tahu semuanya. Jangan buat pilihan sebelum kita faham atau mengerti 'pilihan' kita itu.
Apa-apa pun, pilihlah yang terbaik untuk kita!

Wednesday, May 27, 2009
Jangan Abaikan Diri
Ini adalah pendapat saya. Mungkin saya berpendapat begini kerana apa yang saya melihat di sekeliling saya. Saya percaya keadaan hari ini terlalu jauh dari keadaan semasa dulu-dulu. Hari ini, kalau kita tak berduit, memang susah. Mungkin kerana itu, saya percaya orang perempuan hari ini terpaksa mencari pendapatan sendiri sekalipun mereka adalah suri rumah tangga. Maksud saya, mereka tidak bekerja di luar rumah. Ada kala, bekerja di luar rumah pun boleh membebankan kerana tak ada sesiapa yang menjaga anak-anak di rumah dan menguruskan rumah kita.
Sebenarnya, tanggungjawab sebagai seorang suri rumah, memang tidak mudah. Bertambah terbeban kalau suri rumah itu tak mempunyai sebarang pendapatan. Oleh kerana itu, saya berpendapat bahawa sekalipun anda (kaum wanita) yang menjadi suri rumah, patut pastikan juga anda mempunyai pendapatan. Kalau anda mempunyai suami yang berpendapatan bagus dan mampu untuk berikan anda 'elaun duduk di rumah', alhamdulillah. Tetapi, kalau suami anda tidak mampu untuk buat begitu, saya syorkan anda lakukan sesuatu dari rumah. Biasanya, anda taklah perlu untuk mencari pendapatan yang terlalu besar. Asalkan ada dan agak okey, alhamdulillah. Macam-macam yang anda boleh lakukan dari rumah. Terpulang kepada usaha anda dan kreativiti anda. Buatlah sesuatu yang anda betul-betul suka. Sekalipun suami anda ada menghulurkan 'duit kopi', tak salah kalau anda cari jalan untuk tambahkan 'duit kopi' itu.
Saya syorkan begini kerana saya tahu, sebagai orang perempuan, ada ketika kita perlukan sesuatu untuk diri kita. Misalnya untuk membeli pakaian dalam, mungkin alat-alat untuk mencantikkan diri (untuk suami kita juga) dan macam-macam lagi. Janganlah biarkan diri kita (orang perempuan) seolah-olah tidak bernilai langsung. Sekalipun kita sayangi anak-anak kita dan suami kita, janganlah sampai kita mengabaikan diri kita pula.

Tuesday, May 26, 2009
Hargailah...
Hidup di dunia ini memang macam berjuang. Kita sentiasa kena buat pilihan. Salah pilih, kita akan merana. Kalau kita nak berjaya, tentunya kita kena bekerja kuat. Tak boleh main ambil mudah saja. Kalau kita baru tamat pengajian, jangan ingat yang orang di luar sana sedang menunggu untuk ambil kita bekerja. Hari ini, terlalu ramai yang sedang mencari kerja. Kalau kita dah dapat kerja, janganlah ambil ringan sahaja, seolah-olah kalau kita tak bekerja di tempat itu pun tak apa, sebab masih banyak tempat yang mahukan kita. Kalau kita terus dengan perasaan yang begitu, ke mana sahaja kita pergi, tak ada yang akan kena dengan kita, dan ke mana sahaja kita pergi, orang juga tak suka pada kita.
Orang akan suka dengan kita, apabila kita tidak berkira-kira. Ringan tulang, tak banyak cakap, dan tak suka merungut-rungut. Percayalah, tak ada kerja yang mudah di dunia ini, kecuali kalau kita pilih untuk goyang kaki sahaja. Tak apalah kalau nak goyang kaki, kalau kita merupakan anak orang kaya, tapi kalau lama-lama,duit dan harta setinggi gunung pun boleh habis!
Rebutlah peluang yang ada semasa kita muda. Bermulalah dengan titik permulaan yang positif. Positif semangat, berbudi bahasa, ikhlas dan jujur. Sekalipun kita tak cekap atau mungkin tak hebat mana dalam melakukan pekerjaan, tetapi sifat-sifat mulia yang ada pada kita seperti amanah, ikhlas dan ringan tulang itu akan terus dihargai. Percayalah.
Hargailah masa muda kita agar kita tak menyesal di masa depan.

Monday, May 25, 2009
Sepi dan Sunyi
Ini merupakan satu penyakit yang sering dirasai oleh semua. Ada ketika, dalam kesibukan bekerja dan mungkin juga semasa sedang rancak berbual-bual dengan teman, tetapi dalam hati, itulah yang dirasai. Sepi dan sunyi. Malah, perasaan ini juga mungkin terhinggap pada mereka yang merupakan pakar lawak dan orang yang suka berjenaka. Penyakit sepi dan sunyi tak dapat di lihat dari luar. Ada orang pandai menutup perasaannya dengan berlakon seolah-olah semuanya okey belaka. Tetapi ada orang pula, sering kelihatan gelisah dan suka bermurung. Bila ditanya, dia akan kata, "Tak ada apa-apa." Tetapi sebenarnya hatinya sedang gundah gulana, kerana perasaan sepi dan sunyi sedang menghinggapnya.
Penyakit ini boleh datang tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja. Kadang-kadang tak ada apa-apa sebabnya... mungkin sekadar perasaan sahaja. Jadi, bagaimana boleh kita atasinya? Selain daripada membaca ayat-ayat suci, seperti Ayat Kursi, mungkin kita perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa sunyi dan sepi itu. Salah satu cara terbaik ialah dengan meluahkan perasaan itu kepada seseorang yang mahu mendengarnya. Kadang-kadang, kita tak perlukan sebarang jawapan, hanya sekadar sepasang telinga yang mendengar dan bersimpati, itu saja. Apa pun, janganlah biarkan diri kita dilanda sunyi dan sepi. Carilah jalan untuk keluar dari perasaan yang begitu.

Friday, May 22, 2009
Kalau Nak Kelentong...
Ada orang memang suka buat kecoh. Ada orang pula senyap-senyap sahaja. Ada orang kuat betul pukul canang, macam ayam kampung. Baru bertelur sebiji dah riuh sekampung! Tapi orang sekarang tak tahu pasal ayam kampung kot, maklumlah... ayam semuanya ada di pasar saja!
Apa-apa pun, saya rasa agak peliklah jugak bila terdengar cerita 'hot' semasa pesta buku di PWTC baru-baru ini. Yang peliknya, kenapa ada orang suka buat 'gembaq' konon-konon sales mereka meletup-letup? Memang ramai yang salesnya meletup, tapi... kenapalah 'over' sangat? Isy, isy, isy... tak segan pada Tuhan ke? Yang bertambah hairan lagi, ada pulak member yang percaya, siap tanya pada kami berapa agaknya sales kami masa pesta buku tu pulak? (Buat apa nak tahu?)
Dari dulu lagi saya dah berpesan pada anak-anak saya, jangan buat kecoh tentang apa-apa. Jangan nak pukul canang sana-sini. Kalau sekalipun ada apa-apa yang meletup, tak payahlah heboh kat orang. Biarlah saja. Malu. Lagipun... buat apa nak cakap besar? Ingat Tuhan suka ke?
Paling kelakarlah... kalau nak kelentong pun, biarlah berpatut-patut, janganlah sampai tak ada orang yang nak percaya cakap kita nanti. Tipu sekali dua tak apalah... lama-lama siapalah yang nak percaya lagi. Orang lain pun ada mata dan boleh buat kira-kira.

Thursday, May 21, 2009
Ke Pesta Buku Singapura
Hujung bulan ini, saya akan ke Singapura, ke Pesta Buku Singapura. Pesta itu akan bermula pada hari Jumaat 29 Mei hingga 7 Jun 2009 di SUNTEC, dan pada 30 Mei, saya akan berada di booth 4A21 dari jam 4 hingga 6 petang. Bagi semua pembaca saya yang berada di Singapura, jomlah datang berjumpa dengan kami. Saya akan berada bersama Mimie Afinie. Selepas itu nanti, kami bercadang untuk meronda-ronda di kota singa itu.
Wednesday, May 20, 2009
Siapa Yang Membaca?
Malam tadi, saya sempat menghadiri sebuah forum anjuran sebuah badan terkemuka. Forum tentang minda masyarakat berkaitan dengan buku. Panelnya terdiri daripada seorang tokoh veteran yang ternama dan juga selebriti TV. Bagi saya, apa yang diperkatakan malam tadi adalah sesuatu yang ada kebenarannya. Orang kita tak suka membaca dan kerana kurang membaca, maka mindanya tidak banyak bergerak kalau dibandingkan dengan rakyat negara yang suka membaca.
Dalam forum itu, banyak yang dicadangkan. Tetapi malangnya, saya tak bersetuju. Pun begitu, kami (saya dan member yang lain), tak berkata apa-apa, kerana tak mahu menyinggung sesiapa yang hadir. Bagi kami, apa sekalipun yang mahu dilakukan tentang soal buku dan orang kita, kita juga perlu melihat kepada realiti masyarakat kita. Kita tak akan dapat mengubah apa-apa kalau cara yang digunakan itu tak tepat. Kita boleh bercakap itu dan ini, tetapi kalau kita tak mengkaji apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam masyarakat, apa jua yang kita cadangkan tak mungkin akan berkesan. Buat buang duit dan tenaga saja!
Tak usahlah kita nak cadangkan orang kita membaca buku sejarah, buku politik atau buku pengurusan. Buku yang begitu hanya disukai oleh kaum lelaki. Tetapi malangnya juga, berapa kerat kaum lelaki yang suka membaca? Rata-rata masyarakat kita hari ini, yang membaca buku adalah orang perempuan! PERIOD.
Kalau kita tak tahu tentang statistik yang ini, lebih baik kita jangan bincang soal buku. Memang payah kita nak membuat perubahan kalau kita tak 'aware' tentang apa yang sedang berlaku. Maaflah.

Tuesday, May 19, 2009
Sayangilah Diri
Saya pernah muda. Mungkin kerana itulah saya memahami hati orang muda. Bila kita masih muda, jarang-jarang kita nak fikirkan apa akan terjadi kepada kita bila kita tua nanti. Kita rasa yang hidup kita akan begitu sahaja... terus muda. Dan mungkin kerana itu juga, orang muda tak ambil kisah dengan perancangan masa depan. Kalau kita nak rancang sebuah kehidupan yang indah, eloklah dirancangkan semasa muda lagi. Jangan tunggu sehingga kita dah tua dan jangan tunggu sehingga kita dah melalui segala kesilapan dalam dunia. Takut kita tak sempat nak mengubahnya.
Dengarlah nasihat saya, kerana saya pernah melihat betapa ramai yang menderita dan merana kerana kesilapan diri sendiri. Percayalah, memang tak salah kita sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dari muda lagi. Biar kita berkira-kira pada setiap langkah yang kita ambil.
Sayangilah hidup kita. Hidup yang bermakna akan membawa besar ertinya buat akhirat kita. Tak ada sesiapa yang boleh menolong kita kecuali Tuhan dan diri kita. Namun Tuhan akan menunjuk jalan kalau kita berusaha.
Berjaga-jagalah dalam memilih kerjaya, teman hidup (bercinta), pilih kawan... kerana ini semua akan menentukan masa depan kita. Jangan cepat buat keputusan atas dasar percaya cakap orang. Jangan lupa diri dan jangan terlalu manjakan diri hinggakan tak ada benda kita boleh lakukan.Jangan suka buat salah dan silap kerana ini akan makan diri. Jangan suka mencucuk dan jangan suka mengadu domba, ini juga akan memakan diri. Pandai-pandailah bawa diri agar ketika kita masih muda lagi, orang sudah menyenangi diri kita. Biar ramai suka daripada ramai yang benci. Yang penting, sayangilah diri sentiasa.

Monday, May 18, 2009
Masa Depan yang Cemerlang
Kalau kita masih muda, kita mesti tahu apa yang kita lakukan hari ini. Kita tak boleh main redah sahaja kalau kita mahukan masa depan yang cemerlang. Bila kita redah dan kita ingatkan apa yang kita lakukan itu memang baik, mungkin kita sebenarnya tersilap. Kalau kita tersilap langkah, mungkin selepas itu kita mesti berhati-hati, kerana kalau kita buat silap lagi mungkin kita akan terus rugi. Tak salah buat silap, tapi janganlah sengaja kita rancang untuk buat salah.
Semasa kita muda, kita mesti tahu bagaimana untuk merancangkan hidup kita agar kita menjadi orang yang cemerlang, dunia dan akhirat. Dari awal lagi, kita mesti lakukan perkara yang baik buat diri dan yang baik itu bukan bererti kita perlu sabotaj orang lain. Kita mesti tahu pilih kawan. Ramai yang terperangkap kerana silap berkawan. Ramai yang pura-pura jadi kawan kita tetapi sebenarnya mahu memusnahkan hidup kita. Kita sendiri mesti tahu bagaimana mahu memilih kawan, jangan main redah sahaja. Kawan yang baik, sentiasa membantu untuk kita cari jalan yang baik juga, bukan mengajak kita untuk memusnahkan masa depan. Berjaga-jagalah!
Semasa kita muda, kita senang terpengaruh dan itu boleh merosakkan masa depan kita. Semasa kita menjalani perjuangan hidup ini, kita perlu bersabar, jangan cepat melakukan sesuatu yang akan memusnahkan masa depan kita. Biasanya, semasa kita muda, kita tak sedar apa yang sedang kita lakukan dan janganlah kerana kesilapan kita, maka terus menerus hidup kita menjadi gelap. Berwaspadalah.
Kasihanilah diri kita agar kita beri peluang untuk mencemerlangkan hidup kita. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang lain. Jangan terlalu beremosi dan jangan suka melatah. Tabiat itu memang tak baik untuk orang muda. Kita mesti berlaku bijak kalau kita mahukan masa depan yang cemerlang. Gunakanlah akal yang dibekalkan, pilihlah kawan yang baik-baik, dan bersabarlah... Tuhan akan memberi jalan kepada kita yang bersabar. Insya-Allah.

Saturday, May 16, 2009
Waktu Yang Sesuai?
Soalan ini selalu diajukan kepada saya. Bila agaknya saya menulis? Siang atau malam? Bila dah dapat ilham ke? macam-macam lagi yang ditanya. Sebenarnya saya tak pernah memilih waktu. Bila saya berada di rumah, hampir setiap masa saya berada di depan komputer, tetapi itu tak bererti yang saya tak berhenti-henti menulis. Ada ketika, saya tak menulis apa-apa pun, sekadar melayari Internet atau membaca bahan yang saya tulis atau membaca bahan yang saya temui dalam laman-laman web. Ada ketika pula, saya melakarkan apa-apa perlu di atas kertas putih, macam 'mind mapping'. Ada waktu, saya catatkan fakta-fakta yang akan saya masukkan dalam penulisan saya.
Pun begitu, bagi saya, dalam banyak-banyak waktu, di waktu pagilah yang paling produktif, terutama sekali selepas Subuh atau sebelum Subuh. Ketika itu, saya sekadar mendengar suara-suara burung di luar dan suara itu dapat memberi ilham buat saya. Ketenanganlah yang dapat membantu kita untuk berfikir dan di waktu pagi, ketenangan sentiasa ada.
Bagi saya juga, saya boleh menulis bila-bila sahaja, sekalipun dalam keadaan yang bising, tetapi seperti yang saya katakan tadi, 'morning is the best!'

Friday, May 15, 2009
Tuhan Tahu
Setiap apa yang kita lakukan, Tuhan tahu
sekalipun orang lain mungkin tak tahu
Kita fikir orang tak tahu
dan kerana itu, kita butakan mata
seolah-olah tak ada yang tak kena
kita terus berpura-pura
konon-konon kita betul sahaja
kita biarkan lakonan diteruskan
peduli apa kita, kan kita memang betul, kan?
Tapi... kesian
Kita terlupa
dunia ini hanya tumpangan sahaja
bukan kita punya
kalau kita tak ikhlas
tak payahlah kita beralas
tak mungkin kita akan puas
Tuhan tetap tahu
sekalipun kita tak mahu mengaku
Ya Tuhanku...
Ampunkanlah dosaku
Aku tahu Kau tahu.

Monday, May 11, 2009
Menghayati Watak
Setiap kali saya mula menulis manuskrip baru, antara perkara penting yang perlu saya hayati ialah watak-watak yang saya susun untuk hidupkan jalan cerita. Saya perlu rasakan kehadiran mereka sekalipun ia sekadar dalam imaginasi. Saya perlu rasakan hati watak-watak utama dan kerana itu juga saya perlu jadi seperti mereka. Walaupun mereka hidup dalam imaginasi saya, mereka tentunya dekat dengan saya. Nama mereka, apa yang mereka suka lakukan, kerjaya mereka, perasaan mereka dan semua yang ada di sekeliling mereka menjadi penting buat saya. Kawan-kawan mereka kini menjadi kawan saya juga. Adik beradik mereka saya kenali semuanya dan ibu bapa mereka, saya dekati.
Setiap apa yang mereka lalui, seolah-olah dapat saya rasakan juga. Malah, saya yang rasainya dahulu sebelum mereka merasanya. Jalan cerita yang saya lakarkan adalah sesuatu yang saya tahu dan tentunya dekat dengan saya.
Inilah perasaan seorang penulis yang ingin menghidupkan sebuah cerita untuk pembaca-pembacanya. Semoga novel saya, akan terus diterima pembaca sekelian. Insya-Allah.

Saturday, May 09, 2009
Antara Yang Asli Dan Yang Bukan
Saya baru sahaja pulang dari Jay Bee (ada kenduri kahwin), jadi malam ini baru berpeluang untuk buka blog. Teringat pula kisah di Bangkok yang tak sempat saya cerita sebelum ini. Dalam banyak benda-benda yang positif, tentulah ada juga yang kurang enaknya. Salah satu ialah tentang 'con-artist' yang terdapat di merata-rata tempat, hanya menunggu mangsanya. 'Si Penipu' cuba cari jalan untuk mengarahkan kita yang mudah ditipu supaya berkunjung di kedai-kedai mewah. Kalau kita ke kedai mewah, mereka akan mendapat komisyen yang 'baik-baik'. Ah, tak apalah jugak, kira mereka ini tak adalah menipu kita teruk-teruk, setakat kelentong sikit-sikit aje. Biasalah... kalau di tempat kita pun tak ada kurangnya. Cuma mereka ini tahu yang kita adalah pelancong...
Lagi satu tentang Bangkok... kita agak keliru juga nak bezakan antara perempuan tulen dengan yang bukan. Berkali-kali kami tertipu... tapi, biasalah tu. Seronok juga apabila melihat perempuan cantik lalu di depan kami. Kami cuba meneka sama ada yang lalu itu adalah yang tulen ataupun bukan! Selalunya... yang cantik giler tu... yang tulah yang bukan asli!
Thursday, May 07, 2009
Yang Menarik dan Tertarik di Bangkok
Salam, semua.
Alhamdulillah, sekalipun bonda saya masih dalam keadaan yang kurang sihat, tetapi sudah beransur pulih. Dia sudah pun berada di rumah dan setelah berehat, dapatlah saya updatekan blog saya ini.
Seperti yang saya janjikan, saya akan bercerita serba sedikit tentang pengalaman saya di Bangkok. Kebetulan, semasa kami ke sana kali ini, ini bukan merupakan musim pelancong datang ke negara Thai. Cuaca sangatlah panas, sibuk pula dengan virus 'Swine Flu' dan pertelingkahan kumpulan 'baju merah' dengan kerajaan negara Thai. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang mencemaskan berlaku ketika lawatan kami ke Bangkok.
Bagi saya, memang banyak yang menarik di sana. Kalau tidak, tak mungkin Bangkok menjadi pusat pelancongan. Sekalipun panas dan bukan musim, namun pelancong tetap ramai dan ada ketika, kelihatan berpusu-pusu di tempat-tempat yang menarik. Negara kita harus perhatikan bagaimana negara jiran kita dapat mengindahkan suasana tempat mereka untuk menjadi tarikan pelancong. Malah, negara itu dapat memajukan negara mereka kerana sumber pendapatan pelancongan sangat besar. Orang tempatan sangat rajin dan berusaha untuk puaskan hati pelancong. Industri pelancongan sangat aktif. Masing-masing saling bantu-membantu agar negara mereka terus dikunjungi pelancong. Teksi dan tuk-tuk sangat mudah didapati dan murah sahaja tambangnya.
Paling menarik dan penting ialah kemudahan tandas awam mereka. Ke mana-mana dan di mana-mana sahaja, tandas awam mereka sangat bersih, macam tandas hotel. Tidak berbau, tidak lecak dan sangat bersih dan sentiasa disediakan kertas tandas dan bakul sampah. Di kawasan kampung juga tandas awamnya sangat bersih. Ini merupakan satu perkara penting yang negara kita harus berikan perhatian. Memang saya terasa malu apabila teringatkan keadaan tandas awam di negara kita. Malah, tandas awam yang disediakan di Masjid Negara adalah sangat daif kalau dibandingkan dengan tandas-tandas awam di kawasan kota Bangkok.
Jalan rayanya juga memuaskan hati, begitu juga dengan kenderaan yang disediakan untuk membawa pelancong berjalan-jalan. Sangat luas dan selesa. Malah, pertunjukan budaya dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong dijaga dengan baik sekali. Barang-barang juga sangat murah. Kalau kita pandai cari tempat, bertambah murah jadinya.
Untuk mencari kedai makanan halal juga tak menjadi hal. Sangat senang. Kini, Bangkok mempunyai banyak masjid dan di mana-mana sahaja kita boleh mendapat restoran makanan halal. Di kota Bangkok juga, kita selalu terserempak dengan Muslim dan Muslimahnya. Hampir setiap malam, kami ke Arab Street (Macam di Dubai rasanya) dan di sana, macam-macam makanan halal yang disediakan. Makanan Arab (Lebanon, Mesir, Turki, Parsi), makanan tempatan dan macam-macam lagi sangat senang didapati. Di kawasan itu, memang kita terasa seperti di negara Arab, kerana terdapat orang-orang Arab bersepah-sepah seolah-olah itu adalah tempat mereka.
Bagi saya, apabila kita melancong, kita cuba berlaku positif dan belajar semua yang baik dan menarik tentang tempat orang. Dengan cara itulah kita boleh memperbaiki apa-apa yang kurang yang ada di negara kita. Orang tempatan Thai sangat sopan dan bercakap dengan lembut tidak seperti orang-orang kita yang kadang-kadang tak pandai berbudi bahasa, terutama di kedai-kedai besar.
Setakat ini dulu yang saya ingin sampaikan, semoga anda semua terhibur dengan gambar-gambar yang saya sertakan.
Tuesday, May 05, 2009
SAWADEE KA...
Oh ya... saya dah pun balik dari Bangkok. Walaupun pernah ke sana, tetapi dah lama dan dah hampir terlupa. Apa pun, memang dah banyak yang dah berubah di kota Bangkok. Ini merupakan kali pertama anak-anak saya ke Bangkok (Irfan, Faiz dan Laila), walaupun Irfan pernah ke negara Thai. Memang banyak perkara yang mahu saya katakan tentang kota itu... dan orang-orangnya. Banyak juga cerita menarik tentang pengalaman kami di sana. Saya masih keletihan dan sesampainya saya di rumah, saya dapati yang bonda saya tidak sihat. Jadi terpaksa saya tunda dulu bercerita kerana hari ini saya akan bawa bonda saya ke hospital. Sebelum saya beredar, saya ingin minta maaf kepada mereka yang menghubungi saya melalui emel dan belum mendapat balasan. Saya akan lakukan sebaik sahaja yang berkelapangan. Insya-Allah.
P.S. Cerita, berita dan gambar akan saya letakkan kemudian.
P.S. Cerita, berita dan gambar akan saya letakkan kemudian.
Friday, May 01, 2009
Ke Bangkok
Tengah hari ini, saya akan ke Bangkok. Walaupun dunia sedang kecoh dengan penyakit pelik yang sedang tersebar dan juga negara Thai dikatakan masih dalam keadaan darurat, namun kerana perancangan sudah diaturkan, saya dan anak-anak tetap akan ke sana. Insya-Allah kami berdoa agar kami dilindungi Allah SWT dan kerana itu perasaan takut kami tepiskan sahaja.
Sebagai penulis, saya ke negara seberang, bukan sekadar untuk merehatkan diri dan melawat tempat yang menarik, tetapi seperti biasa, lawatan saya ke negara itu ada maksud yang tertentu berkaitan dengan penulisan buku saya yang akan datang. Orang kata, "Sambil menyelam, minum air". Kerana itu juga, blog saya ini tidak akan diupdatekan sehingga, insya-Allah Selasa depan.
Ini bukanlah kali pertama saya ke sana, tetapi sudah lama juga saya tak ke sana dan saya percaya banyak yang sudah berubah. Apa-apa pun, saya akan bercerita sebaik sahaja saya kembali nanti.
Selamat menyambut Hari Pekerja. Semoga kita bertenaga dan menjalankan tanggungjawab kerana-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)