Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, January 26, 2016

Tak Payahlah Nak Tayang!

Assalam

Alahai... maaflah memang tak dapat nak update blog selalu. Terlalu busy... malah dah lama tak sempat nak fikirkan tentang perjalanan cerita 'Lima Kali lima'.

Buat masa ini saya sangat sibuk dengan hal yang tak berkaitan dengan penulisan. Memang ramai yang bertanya, "Kak sekarang tak menulis ke?" Memang kurang sangat-sangat. Apa-apa pun, hujung minggu yang lepas ni saya sibuk dengan pelbagai aktiviti personal, jadi tak sempat nak berdepan dengan komputer.

Pun begitu, saya nak ambil kesempatan ini, untuk mengingatkan diri saya dan mungkin juga anda di luar sana, agar sentiasa menjaga akhlak diri. Jangan lah riak dan suka menyombongkan diri, kerana Allah paling tak suka ciri yang begini. Takut kalau Allah mengambil apa sahaja yang kita ada... biar sampai melopong! Nauzubillah min zalik.

Jagalah wahai insan sekelian, tak kisahlah hebat mana sekalipun kita ini, pandai mana, kaya mana, cantik mana... tak ada yang sempurna. Ini bukan cara kita untuk melaung-laungkan kehebatan atau kekayaan, kerana semua ini adalah pinjaman semata-mata. Tak payah menunjuk-nunjuk atau menayang-nayang, takut bila bala dan musibah menimpa kita, kita tak sempat nak menangis pun!

Semoga Allah swt menjaga hati kita. Aamiin.

Wassalam.