Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, September 21, 2012

Soalan Feveret- Macam Mana Nak Menulis?


Salam

Ada orang bertanya pada saya (soalan ini dah jadi macam rutin sebab selalu sangat orang tanya) macam mana nak menulis? Katanya dia suka tulis tapi tak pernah habis. Separuh jalan sahaja. Ada juga orang tanya saya, ada tak teknik apa-apa yang boleh buat dia tak kering ilham. Hehe... soalan cepumas!

Saya pun tak tahu sama ada ada  jawapan yang tepat untuk menjawab soalan tadi. Ada juga yang bertanya, "Kak Aina tak ada lagi ke buat bengkel penulisan?" Buat masa ini memang tak ada, sebab saya sibuk sangat-sangat. Lagipun saya rasa sekarang ini dah banayk yang rajin buat bengkel penulisan, jadi orang tua macam saya ni apalah sangat, kan? Bukannya pakar pun.

Apa-apa pun, untuk menjawab soalan pertama tadi, bagi saya (orang yang bukan pakar), saya akan tulis sahaja sehingga siap. Lepas tu barulah tahu sama ada tulisan kita okey ke tidak, sebab setahu saya, tak ada cara lain yang boleh siapkan apa yang kita hendak tulis itu kecuali untuk menulis terus. Semasa saya mula-mula menulis, saya tak pernah hadir apa-apa bengkel atau kursus, saya main tulis aje. Tapi... kalau ada bengkel, pergilah. Cumanya, sekalipun kita pergi mana-mana bengkel tapi kita masih teragak-agak untuk habiskan penulisan kita, ia akan terus tergendala.

Tentang ilham pula, saya selalu berkata di blog ini dan juga kepada siapa-siapa yang bertanya, jangan tunggu ilham datang pada kita tetapi pergilah mencarinya. Ilham ada merata-rata, tapi kalau kita biarkan, ilham itu akan meresap di angin lalu!

Kalau anda serius nak tulis, tulislah. Jangan tunggu-tunggu. Pastikan anda ada disiplin yang tinggi untuk habiskan penulisan anda. Insya-Allah, bila anda dah suka, mungkin satu hari nanti anda juga akan jadi macam saya, ketagih untuk menulis!

Jadi... tulislah.

Wassalam