Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, March 06, 2015

Karya Sampah

Assalam

Semoga Jumaat ini dipenuhi dengan barakah buat kita semua, aamiin.

Alhamdulillah masih ada nafas, masih ada umur dan masih ada rezeki. Syukur kepada Ilahi di atas apa jua yang diberikan buat kita semua. Semoga hidup ini diberkati-Nya dan semoga kita dijauhkan daripada melakukan dosa kecil ataupun besar. Aamiin.

Insyaa-Allah memang elok kalau kita selalu menziarahi orang sakit dan melawat orang meninggal. Elok juga kita selalu menziarahi pusara kaum kerabat. Bukan apa, tetapi untuk mengingatkan kita yang hidup, bahawa suatu hari nanti kita juga akan mati. Kita akan menuju ke alam barzakh dan ke alam akhirat. Bukan untuk hidup terus-terusan di dunia ini. Jadi... memang elok kalau kita sentiasa bersedia untuk lakukan kebajikan dan kebaikan dan jauhkan diri daripada segala perbuatan tak baik dan maksiat. Biarlah apa sahaja yang kita lakukan, kita buat dengan niat untuk Allah swt bukan untuk kepentingan diri kita sahaja.

Hari ini saya nak sentuh sedikit tentang tajuk karya penulisan. Kalau kita tengok, hari ini ramai sangat yang memilih judul karya yang agak pelik-pelik, humor dan ada ketika 'catchy'. Bagi saya kadang-kadang judul yang begitu mungkin mampu untuk menjadi trendy. Namun hanya buat seketika sahaja. Kalau kita mahu karya kita maintain menjadi evergreen, mungkin susah kot kalau judulnya terlalu 'trendy' kerana biasanya 'trend' tak mampu untuk bertahan lama. Bagi saya, jauhkan daripada memilih judul yang melampau 'catchy' hinggakan kita menjadi 'geli' untuk menyebutnya. Ada ketika, ada juga karya yang berjudul sesuatu yang memalukan. Saya tak tahulah kenapa ada penulis dan ada juga penerbit yang sanggup pilih judul sebegitu.

Sebenarnya saya memang jarang ambil tahu tentang karya orang lain, tetapi saya kerap dihubungi oleh pembaca dan juga pihak media tentang hal-hal ini. Saya masih ingat lagi bila berbual dengan seseorang daripada pihak media, dia kompelen tentang sebuah karya yang memilih judul 'pelik'. Kata 'mamat' berkenaan, "Saya rasa malu nak sebut nama karya tu. Macam bodoh sangat."

Bila saya dimaklumkan tentang hal itu, memang saya juga agak terkejut kerana hairan ada mereka yang sanggup pilih nama judul seperti itu. Agaknya mereka terlalu 'desperate' untuk dapatkan attention pembaca kot. Apa yang saya takut kalau satu hari nanti, si tukang buat karya akan berasa malu sendiri, apatah lagi bila dah berumur nanti. Bila anak cucu tengok mereka akan tergelak. Rasa macam bodoh pulak.

Okeylah... berpindah kepada hal lain, tapi masih tentang penulisan. Hari ini saya betul-betul rasa agak jelak dengan trend penulisan yang ada. Semua pun macam nak sama, tak ada apa-apa yang berbeza. Masing-masing terikut dengan trend yang sama sebab mahu sangat buku dapat tempat di pasaran. Bagi saya, elok juga kalau penulis beranikan diri dan cuba buat sesuatu yang berbeza, tapi pastikan bukan sekadar buat karya 'rubbish' yang boleh disumbat dalam tong sampah sahaja. Mungkin ada yang mahu membaca tetapi sekadar buat suka-suka atau kerana 'ingin tahu'. Kalau nak berkarya, jangan pedulikan sangat tentang berapa banyak duit kita boleh buat. Biarlah kita berkarya kerana kita ikhlas mahu karya kita dibaca oleh orang ramai. Biarlah kita berkarya kerana kita mahu sumbangkan ilmu buat mereka yang mahu membaca. Janganlah buat karya berbentuk 'rubbish' atau 'sampah'!

Wassalam

                                                                         Sekadar hiasan