Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Kenapa Free, Ek?

                                               
                          Jom baca buku free!

Salam

Ada juga orang bertanya dengan saya, kenapa saya buat cerita dan lepas tu bagi free aje kat E-Sentral tu? Hehe... mestilah bersebab, kan?

Sebenarnya senang aje ceritanya. Masih ramai orang di luar sana takut nak beli buku e-book ni, sebabnya mereka takut tak reti nak download kat komputer dia orang, lepas tu takut pulak tak tahu nak bayar macam mana. Tapi dalam hati memang teringin nak cuba dapatkan e-book ni. Sebab tu lah saya bagi percuma, supaya anda yang tak biasa tu, boleh biasakan diri. Saya nak anda belajar dapatkan buku e-book ni dan percayalah cakap saya, insya-Allah, membaca e-book akan jadi satu fenomena dan budaya membaca suatu hari nanti. Tak lama lagi, sekolah-sekolah pun akan mula guna e-book untuk pelajarnya (berperingkat) dan suka atau tidak, kita semua akan diexposekan dengan membaca e-book. Mudah, senang, tak mahal dan bijak! Jadi, tunggu apa lagi?

Sekarang ini, anda boleh baca e-book dengan guna komputer biasa saja, tak perlu ada iPad atau iPhone atau iPod. Yang menariknya tentang e-book ni, anda boleh tukar fon, nak besarkan atau kecilkan pun boleh. Tak perlukan ruang untuk simpan buku. Simpan dalam komputer aje. Sangat mudah dan praktikal.

Lagi satu sebab mengapa saya buat buku free ni, sebab saya nak kenalkan diri saya sebagai penulis buku e-book. Anda penulis di sana pun boleh buat macam ni. Anda boleh jadi penerbit sendiri yang tak perlukan modal. Sila masuk ke laman web E-Sentral dan tengok arahan di sana. Sangat senang. Kalau tak tahu macam mana nak sediakan buku anda secara e-book, anda boleh belajar. Sekarang ini anda boleh jadi 'Self- publisher' dan self-published. Itulah yang saya lakukan untuk buku 'Buah Hati Meera'.

Tak perlu buat novel tebal, sekadar yang pendek sahaja, yang penting ialah untuk kenalkan diri kita kepada pembaca. Lama-lama nanti orang di luar sana akan mengenali kita melalui sample yang kita beri ini. Alhamdulillah, setakat ini (sebelum buku free), sudah ramai yang mendapatkan novel-novel saya melalui pembelian e-book. Penjualan akan meningkat bila kita buat promosi macam ni, insya-Allah. Jadi... apa lagi, kalau anda seorang penulis, jom beranikan diri dan ikut cara saya ini. Insya-Allah, lama-lama nanti anda akan dikenali oleh pembaca-pembaca e-book.

 http://www.e-sentral.com/search/byid/1713

Jom be up-to-date!

Wassalam.

PS: Bagi anda yang agak keliru, bila sampai di bahagian 'payment' tu, anda boleh pilih apa-apa sahaja jenis payment, sebab anda tidak akan dicharge kerana buku itu free. Jadi jangan bimbang okey? Baca aje bila diarah untuk download nanti.