Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, January 25, 2015

Ada Aku Kisah?

Assalam

Penting sangat ke apa warna kulit kita? Putih tu cantik... dan tak putih tu tak cantik ke? Adoii... kalau otak kita terkunci dengan fikiran yang macam itu, maknanya kita memang terperangkap dan memang kita jenis tak bijak. Sama ada kita kolot atau mungkin memang kita bahlul! Tapi... itu juga sebahagian daripada realiti kehidupan orang Melayu. Kita taksub memandang warna kulit orang. Konon-konon yang putih gebu itulah yang cantik, biar macam tempoyak pun tak apa! Huhu... bab tempoyak tu saja saya seronok menambah.

Kita terlupa bahawa kadang-kadang, tak penting pun wajah orang itu cantik ke tidaknya... tapi kalau hatinya cantik, serinya kelihatan di wajah. Kita senang dengan wajah yang berseri-seri.

Dah jadi macam penyakit orang kita hari ini, sibuk nak cerahkan warna kulit. Mereka tak kira pun sebenarnya perkara itu adalah tak baik dalam Islam. Kita tak boleh menukar apa yang Allah dah bagi pada kita, kecuali kalau ia memudaratkan diri kita. Yang peliknya, ada wanita tu siap bertudung labuh lagi, tapi sangat taksub untuk memakai produk bagi memutihkan kulit wajah dan tubuhnya. Sanggup buat apa sahaja asal dikatakan putih gebu. Tapi kalau kita lakukan sesuatu secara 'artificial', tentulah akan ada kesan buruknya, kan? Adoii... lantaklah, siapa nak beria-ia memutihkan kulit muka dan badan. Ada aku kisah?

Itu satu halnya... lagi satu ialah tentang menyebar cerita-cerita yang mengaibkan. Kadang-kadang nak tergelak juga kita melihat telatah manusia ni. Konon-konon marah sebab ada orang mengaibkan orang lain, tapi masalah besarnya si tukang marah tu, dia pun sama-sama menyebarkan cerita aib atas alasan nak bagi tahu orang lain! Hah... jadi buat apa kita nak bising-bising? Bukan ke kita kat Malaysia ni memang pakar aib-mengaibkan? Pakar juga menyebar fitnah?

Huhu... mungkin ada yang marah bila baca artikel saya ni, tapi bukan kah itu satu realiti yang sering sangat terjadi?

Okeylah... saya sering sibuk. Esok pun tak update blog kot... sebab akan keluar daerah. Hari ni sibuk masak lunch untuk famili... semalam sibuk makan di luar. Adoii... kadang-kadang jadi bosan kalau selalu sangat makan luar. Jadi... sibuk pun saya cuba juga masak di rumah.

Take care... jumpa lagi di entri satu lagi. Bye2 and wassalam.