Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, September 04, 2012

Hai TV3, Tak Ada Rumah Lain Ke?

                           Sekadar hiasan


Salam pagi Selasa buat semua

Ada orang tanya saya, itu ke Aishah Hanan (gambar dalam entri sebelum ini) yang saya jadikan heroin dalam Aura Cinta? Kebetulan juga saya mendapat emel daripada seorang pembaca yang mengatakan bahawa Aura Cinta merupakan favourite novel dia... hehe... satu kebetulan. Okeylah, cerita dia macam ni. Semasa saya menulis manuskrip Aura Cinta tu, anak saudara saya Aishah (nama dia Aishah Diba) masih kecil lagi. Tapi saya memang suka sangat tengok Aishah (sangat comel). Saya cantumkan nama dia dengan nama adik dia iaitu Hanan, itulah jadi Aishah Hanan. Dalam Aura Cinta memang betul Aishah Hanan itu comel (macam Aishah Diba jugak) tetapi Aishah Hanan juga macam tomboy. Aishah Diba tidak langsung. Aishah Diba suka menyanyi dan pandai masak. Dia selalu cuba macam-macam resepi dan akan bawa ke rumah kami bila mereka melawat kami di Nilai. Semua orang suka Aishah Diba kerana dia rajin masak dessert dan dia juga sangat lembut orangnya. Huhu... dia masih muda lagi, beb!

Okeylah, saya nak komen lagi pasal drama ni. Biarlah saya cakap stesen mana yang saya maksudkan, iaitu TV3. Saya memang tak selalu mengadap TV untuk tengok drama, tapi kalau kebetulan saya tengok, saya tengok betul-betul dan ini yang saya perhatikan. Sekurang-kurangnya tiga drama bersirinya yang mengguna rumah yang sama untuk settingnya. Drama Dejavu di Kinabalu mengguna rumah yang sama dan konon-konon rumah itu terletak di Mersing (rumah ibu Aqasha) dalam cerita itu, drama Kau Yang Terindah pula, guna rumah yang sama, konon-konon rumah ibu heroin yang terletak di Pulau Langkawi. Drama Bini-Biniku Perkasa (Kebetulan saya tertengok semalam) juga guna rumah yang sama untuk set mereka. Bosan giler! Dah lah drama tu dekat-dekat aje, macamlah penonton tak perasan! Aduhai... takkanlah TV3 sengkek sangat hinggakan tak mampu untuk tukar rumah lain untuk settingnya! Bila saya tengok macam tu, saya memang bosan. Saya tak tahulah orang lain. Konon-konon di Pulau Langkawi, tapi tak rasa pun. Sebab tak nampak apa-apa pun macam kat pulau tu.

Terpaksalah saya cakap ni, sebab takut lepas ni ada lagi drama TV3 duk buat kat rumah tu aje, macam dah tak ada rumah lain kat Malaysia ni. Saya percaya mesti ada drama lain kat TV3 yang dah guna rumah tu jugak (tapi saya tak nampak atau tak tengok) sebab saya pun bukannya tengok semua drama dan kalau tengok pun, saya tak mengadap sangat. Sorrylah, beb... buat potong stim jer!

Wassalam.

PS: Ada orang beritahu tadi, bukan setakat setting rumah je, malah pelakon pun asyik yang sama. Katanya juga sebab mungkin pengarah atau produser yang sama yang buat drama untuk TV3. Nampaknya stesen TV swasta ni kenalah kreatif sikit, kalau nak jaga budget sekalipun , janganlah sampai membosankan penonton. Maaf ya.