Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 29, 2009

Apa Yang Dicari?

Dalam novel yang bertema cinta, apakah yang dicari oleh pembaca? Semasa pesta buku baru-baru ini, ramai pembaca saya yang meluahkan perasaan. Kata mereka, membaca novel 'romantis' dapat memberi suatu kepuasan kepada mereka. Novel bukan sekadar tempat 'escapism' buat pembaca, tetapi novel juga dapat menenangkan fikiran pembaca, memberi inspirasi dan motivasi, juga dapat membawa perubahan kepada jiwa yang selalu tertekan. Malah, membaca novel dapat menghiburkan. Pun begitu, pembaca sering mencari sesuatu dalam novel. Apa yang dicari, ya?

Ramai yang mahu melihat luahan hati yang mungkin menyusuk jiwa. Ada yang mencari dialog 'menarik', yang bunyi macam betul-betul terjadi. Ada yang mencari isu 'unik', bukan sekadar benda biasa-biasa. Ada yang mahu melihat latar cerita yang menarik, seolah-olah mereka turut ke sana. Ada yang mencari dialog romantis, mengisi kekosongan hati, atau mampu menjadi petunjuk kepada mereka. Kata seorang pembaca kepada saya, "Bila habis saja baca, perasaan saya turut berubah. Saya menjaga kata-kata, dan kalau boleh mahu juga bersikap romantis seperti dalam novel yang saya baca."

Ada yang teruja dengan perkataan seperti 'sayang'. Mungkin itu merupakan antara perkataan yang paling 'menarik' dalam novel bertema 'cinta'.

Tapi, kata seorang pembaca pula, "Janganlah tak tentu pasal bersayang-sayangnya, sampaikan tak kena tempat. Kalau macam tu, memang bosanlah. Macam terlebih-lebih pulak. Kalau terlebih sangat, hilanglah rasa seronok untuk membaca, kerana dah terasa meluat." Katanya, romantis mestilah bertempat.