Assalam
Hari ini saya tak update cerita 'Lima Kali Lima'. Esok pun tidak kerana saya akan berada di luar kawasan. Oh yes... busy and busy. Asal jangan jadi busybody! Hehe... biasanya jenis busybody mereka yang banyak masa terluang! Kalau tak tahu nak buat apa dengan masa dan hidup, itulah jadinya... jadi Busybody! Nauzubillah.
Biarlah kita berjaga-jaga, sebab kalau kita jenis busybody, bermakna kita suka jaga tepi kain orang, kadang-kadang termasuk dalam kelambu orang. Itu sangat bahaya!
Dalam dunia digital hari ini, memang ramai yang suka jadi busybody. Duk mengintai sana-sini, bukan hanya kisah selebriti yang mahu diambil tahu, tapi kisah orang lain juga. Ada wanita suka jadi busybody... mungkin kerana nak mencari mangsa! Wallahuaklam. Apa-apa pun, sebagai Muslim dan Muslimah... jagalah supaya kita tak jadi begitu.
By the way... saya sangat seronok kerana sejak akhir-akhir ini, kami dapat makan hasil tanaman di Lenggeng. Dah puas makan sayur-sayuran termasuk kacang bendi, terung, kacang panjang, kacang botol, cili dan cili padi, dah juga dapat makan labu dan jagung manis! Alhamdulillah. Ada lagi macam-macam yang kami tanam. Ini yang seronok berkebun ni...
Wassalam.