Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, April 14, 2012

Kena Kantoi Lah Pulak

 Ini gambar anak saudara Jehad, student Yemen yang belajar di Malaysia. Dia ambil gambar ni masa bercuti di Heyd AlJazeel, kampungnya di Hadramaut, Yemen. Comel, kan?


Salam

Hari ini hari Sabtu. Saya dan adik-beradik saya ada 'gathering' kat rumah saya, tengah hari nanti. Sepatutnya suami saya ada di rumah dan konon-kononnya dia berangan nak masak kambing bakar, tetapi last-last pulak, dia kena hadir kursus kat ofis dia. Jadi... kantoilah. Terpaksalah kami ubah menu. Dahlah semalam saya kena kantoi dengan adik saya. Petang Khamis tu, adik saya bagi tahu saya yang anak sulung dia akan ke Amerika. Saya pun bertanya, "Ada apa Amsyar nak pergi sana?"

Dia jawab, "Dia nak buat Masters, sambung belajar."

"Hah? kenapa tak cakap? Tak tahu pun!"

"Eh, I tak cakap ke?"

"Mana ada!"

Saya jadi sedihlah pulak. Memang dulu Amsyar belajar buat filem kat L.A., tapi saya rasa sedihlah bila dapat tahu yang dia nak ke sana lagi. Kali ini dua tahun pulak. Mana tak sedihnya, saya dan famili adik2 saya, kami memang rapat dan dia orang selalu join family trip yang kami buat. Baru cadang-cadang nak jalan lagi. Dah tu, si kenit-kenit kat rumah saya ni memang rapat dengan Amsyar. Pagi Jumaat (semalam), mereka pun tiba di rumah saya kerana nak hantar Amsyar ke airport. Malam sebelumnya itu, kecohlah saya hubungi anak-anak saya. Mereka semua kata tak tahu yang Amsyar nak sambung belajar lagi. Bila kami cuba contact Amsyar, dia pulak tak nak jawab handphone.

Bila saya tengok Amsyar, saya terus tanya dia, "Pasal apa tak cakap kat aunty yang Amsyar nak sambung belajar?"

Amsyar tersengih-sengih lalu terus saja beritahu saya, "Betul lah Amsyar nak gi LA ni, tapi... bukan nak sambung belajar. Amsyar nak gi tengok exhibition."

Lahai.... saya kena kantoi! Rupa-rupanya saja-saja adik saya nak sakat saya. Aduhai... tapi saya rasa lega yang Amsyar hanya pergi selama sepuluh hari sahaja. Kata Amsyar, dia akan melawat bapa saudara saya yang tinggal di sana.

Entahlah ya, saya pun tak tahu kenapa lately ni kalau boleh saya tak nak siapa-siapa pun yang saya sayang pergi ke luar negara lama-lama. Biarlah kalau nak pergi pun sekejap sahaja. Agaknya saya fobia kot... teringat masa Faiz di luar negara selama 9 tahun. Tension kot. Walaupun selalu jumpa, tapi rasanya memang tak sama macam tinggal dekat-dekat. Amsyar pun pernah tinggal di L.A., tapi taklah terlalu lama sangat.

Okeylah... harap-harap anda di luar sana sedang bersantai di hujung minggu ni.

Wassalam.