Hari ini saya dan famili akan berbuka puasa di rumah adik saya di Shah Alam. Kalau ikutkan hati, saya tak mahu berbuka puasa di rumah orang luar, tetapi kerana jemputan datang dari adik saya, kami akan tunaikanlah, insyaa-Allah.
Pun begitu, kita tak usahlah berasa hampa sangat kerana Gaza diserang puak yahudi, kerana sudah disebut dalam al-Quran bahawa puak yahudi ini akan menjadi musuh Islam hingga kiamat. Jadi... tak usahlah kita terkejut dengan tindakan zalim mereka. Malah, kita renung pada diri kita insan yang bergelar Muslim, apakah kita di dunia ini sedang bersatu untuk menyerang musuh? Tak usahkan untuk melindungi diri kita daripada pihak mereka yang zalim, malah kita sesama Muslim masih berlaku zalim. Kita berbunuh, berdengki sesama sendiri, malah kita kafir-mengafir sesama sendiri. Mungkin inilah 'kiffarah' yang perlu kita terima dan ujian untuk pastikan iman kita tetap pada yang Satu. Subhanallah. Yang zalim sedang ketawa melihat kita begitu lemah sekali dan inilah ujian-Nya... selagi ummat Islam tidak bersatu, maka kita akan terus dizalimi mereka yang sedia zalim. Malah, ummat Islam sendiri wajib untuk tidak menjadi puak yang zalim kerana Islam itu tidak pernah zalim.
Janganlah kita sekadar pandai berkata-kata tetapi kita tidak mahu bertindak untuk berubah. Selagi kita tidak amalkan apa yang Allah swt mengarahkan kita, selagi itulah kita akan menzalimi diri kita sendiri dengan tidak bersatu. Wallahuaklam.
Wassalam.
