Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, January 16, 2015

Berlagak Dengan Tuhan Ke?

Assalam

Lepas Maghrib malam ini, in syaa Allah kami akan ke Port Dickson. Saja nak lepak-lepak. Kebetulan anak sulung saya ada workshop di sana dan dia dah dua malam bermalam di sana. Malam ini programnya habis semasa maghrib nanti, jadi lepas itu dia free. Bolehlah kami melepak. Dari rumah saya nak ke Port Dickson, memang tak jauh. Sekejap sahaja dah boleh sampai. Kebetulan, kami memang suka ke sana, mungkin dah biasa kot.

Okeylah... saja nak berceloteh di sini tentang isu-isu hangat yang menjadi kontroversi hari ini. Seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini, isu 'Islam' sering dijadikan masalah 'fobia' masyarakat dunia, seolah-olah jadi orang Islam penuh dengan kejahatan. Memang sangat pelik kerana Islam yang sebenar yang dipinta Allah SWT agar kita tidak menjadi orang jahat, namun malangnya itulah yang menjadi imej dunia. Mengapa imej sedemikian menjadi isu berat, kerana puak Zionis dan mereka yang bertentangan dengan Islam berjaya untuk kelirukan masyarakat dunia. Paling malang ialah kerana ummat yang mengaku Islam juga terlibat untuk kelirukan keadaan.

Masing-masing utamakan kuasa, kedudukan, harta benda... masing-masing tamak haloba material dunia hinggakan terlupa pada Akhirat. Malah, di negara kita pun sama saja. Kerana politik, kerana gila kuasa dan gila material, banyak yang ketepikan agama, malah ada yang guna agama untuk kepentingan hidup di dunia ini. Wallahuaklam.

Ada orang Islam yang sanggup lakukan apa-apa sahaja asalkan dirinya beruntungan di dunia ini. Walaupun tahu bahawa tindakannya akan memusnahkan, bangsa, agama dan negara, malah mungkin dirinya dan keluarga, mereka terus lakukannya dengan alasan mereka terpaksa buat begitu kerana itulah tugasan mereka atau tanggungjawab mereka. Allahuakbar. Mereka sanggup terlibat dengan plot dan komplot yang pasti akan musnahkan masa depan bangsa hanya kerana mereka mahu pastikan generasi masa depan keluarga mereka terpelihara.

Memang sedih, tetapi inilah realiti dan yang sering berlaku. Banyak tindakan diambil atas kepentingan peribadi. Malah, rata-rata manusia memang mempunyai semangat yang begitu. Jarang-jarang orang Islam sendiri yang mahu utamakan Allah swt di atas benda lain. Masing-masing takut kalau rezeki mereka tidak terbuka luas, sedangkan kita semua tahu rezeki kita adalah tertakluk kepada kuasa Allah swt. Masya-Allah.

Kalau kita di sini begitu sifatnya, apakah kita hairan dengan perangai orang kafir di luar sana, apatah lagi mereka yang bekerjasama dan bersubahat dengan Zionis?

Kalau kita datang dari keluarga yang rezekinya datang secara tak halal (mungkin ada yang makan rasuah, atau secara tak halal yang lain), sekalipun banyak harta dan wang ringgit, hidup kita akan jadi sengsara. Tak ada kebahagiaan yang hinggap di jiwa. Mungkin tidur malam juga tak lena. Bertambah takut apabila kita didatangi musibah dan ketika ajal menghampiri kita. Ke mana hendak kita lari? Bukankah kepada-Nya juga kita akan menuju? Jadi... kenapa kita sanggup buat perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah swt? Kita ini beriman kepada-Nya atau pun tidak? Kalau kita percaya pada Allah swt, pasti apa sahaja yang kita mahu lakukan, kita akan dahulukan Dia yang maha satu. Bukan diri kita, bukan material, bukan kuasa, bukan apa-apa.... kerana semuanya tetap Dia yang punya dan kita sekadar meminjam masa-Nya sahaja dan menumpang sementara sahaja. Allahuakbar!

Tak usahlah kita berlagak dengan Tuhan kita. Kita ini bukan siapa-siapa, hanya manusia kerdil sahaja!

Wassalam.