Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, December 27, 2014

Terus Hujan Lagi

Assalam

Hujan masih membasahi bumi dan kita hamba Allah janganlah merungut-rungut kerana kalau kita marahkan hujan, mungkin nanti Allah berikan kemarau yang panjang pula. Kalau tak ada air, memang kita tak mampu untuk bertahan, kan? Sebenarnya apa sahaja yang berlaku terutama sekali bila ada musibah, apatah lagi bencana alam, janganlah kita mengeluh-ngeluh seolah-olah kita tak patut ditimpa musibah, seolah-olah kita marah pada Allah swt. Cukuplah.

Hari ini, saya dan suami kami sibuk di Lenggeng di sebelah pagi. Tanah kami sudah dibersihkan dan kini kami buat 'survey' semula untuk buat pagar nanti. Dalam kesibukan di sana, ibu jari suami saya terkena pisau (ulu pisau tercabut) dan darah memancut. Terpaksalah saya memandu keretanya dan bawa suami ke klinik terdekat. Alhamdulillah, kenalah jahit jarinya yang terluka itu. Terpaksalah suami saya relaks-relaks sahaja hari ini, tak boleh buat apa-apa yang agak berat. Apa pun alhamadulillah... hanya sedikit sahaja yang sakitnya.

Hujan lagi di tempat kami dan kami juga malas nak keluar ke mana-mana. Saya dan anak perempuan saya, kami pergi buat facial pula. Lepas itu pulang ke rumah. Suami saya dah okey dah... sekali-sekala sahaja jarinya rasa sakit. Mujurlah ada 'pain killer' yang dibekalkan. Malam ini kami bercadang untuk makan luar sahaja. Tak ada mood untuk masak. Lagipun esok ialah hari jadi saya, jadi saya memang tiada mood untuk beria-ia masak. Kebetulan semalam saya ada tetamu, jadi hari ini biarlah saya dilayan pula (sebenarnya malas aje).

Semoga kita rakyat Malaysia belajar untuk bersabar dan terima ujian sebagai cabaran biasa sekalipun mungkin musibah yang datang itu berat untuk dipikul. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Wassalam