Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Friday, April 10, 2009

Emas Kuning Emas Putih

Kali ini saya hendak membawa anda semua fikir-fikirkan tentang isu ini. Isu orang perempuan! Antara emas kuning dan emas putih.

Kita semua tahu harga emas sekarang ini memang dah tinggi malambung. Orang perempuan yang kaki beli barang kemas dah jadi risau kerana takut tak mampu nak beli lagi. Tapi yang betul-betul kaki, dia tak akan peduli, tinggi macam mana sekalipun, akan dibeli juga. Katanya, tak rugi beli emas ni. Kali ini, saya bukanlah nak bercerita tentang harga emas itu, saya pun bukannya kisah pun. Tetapi tentang status pemakai barang hiasan ni. Saya tak tahulah di tempat lain, tetapi di sekitar Kuala Lumpur ini, kalau anda kaki pakai emas kuning, status anda tak sama dengan mereka yang memakai emas putih! Huh! mesti ada yang marah, kan? ataupun macam tak percaya, kan? Mungkin akan ada yang berkata, "Takkanlah kot, emas kuning mahal apa,".

Tetapi itulah hakikatnya. Biasanya, pemakai emas putih, tak pakai barang kemas dengan banyak, sekadar seurat dua sahaja. Dan biasanya juga, emas putih bertatahkan berlian dan harganya pun jadi mahal kerana harga berlian yang mahal. Emas putih dan emas kuning adalah pengukur status seseorang wanita itu. Ada member saya beritahu, lagi sarat seseorang itu pakai barang kemas emas kuning, lagi 'rendah' statusnya di mata masyarakat 'kelas tinggi' di Lembah Klang ini. Aduhai...

Ada juga orang yang kaitkan dengan mentaliti seseorang itu, bukan sekadar status sahaja. Lagi banyak barang kemas yang dipakainya, lagi 'kekampungan' lah mentalitinya. Saya ketawa apabila mendengar cerita seorang teman, yang menyukat orang dengan melihat emas apa dipakai orang itu. Mungkin ada kebenarannya cerita ini, kerana kalau anda menghadiri majlis 'orang tertentu' anda akan perhatikan, mereka yang hadiri majlis itu adalah daripada golongan yang memakai emas putih sahaja! tak tahulah saya tentang kaitan 'mentaliti' dan barang kemas ini, tetapi tentang 'status' itu mungkin kita tak boleh hendak menafikannya! Fikir-fikirkanlah.