Assalam
Semalam tak sempat nak update blog. Sibuk sangat-sangat. Kata orang Perak, sibuk menjongket! Maknanya sibuk berjalan-jalan. Petang Rabu yang lepas, seperti yang saya katakan, kawan baik datang berkunjungan membawa sama dua orang anak bujangnya. Seronoknya kami bersembang-sembang, maklumlah dah berpuluh tahun tak jumpa-jumpa. Selalu bersembang di alam maya sahaja. Syukur ya Allah kerana memberi peluang ini. Bukan mudah, tapi masih ada kesempatan lagi.
Semalam pula, setelah selesaikan beberapa urusan di pagi hari, saya dan suami, kami melawat ekspo pertanian MAHA yang sedang berlangsung di Serdang. Kami bukan tak biasa ke sana, tapi dah lama tak hadirkan diri kerana malas nak bersesak dengan orang ramai. Tetapi musim ini kami merajinkan diri. Kebetulan cik abang saya bercuti, jadi kami pun ke sana. Memang banyak benda yang saya nak tengok, terutama tanaman-tanaman yang interesting, termasuk pokok buah-buahan, pokok hiasan, pokok bunga dan herba. Wahhh... tak menyesal ke sana sebab saya puas hati dengan apa yang saya lihat terutama taman herba dan bunga yang disediakan. Saya juga 'impress' dengan tanaman nenas dan specie yang ada. Kami memang sedang uruskan tanah kami di Lenggeng, jadi memang 'cantik' lah kami ke sana. Bukan sekadar tahu apa yang perlu kami beli, tapi dapat juga banyak idea tentang apa yang kami boleh lakukan di Lenggeng nanti. Alhamdulillah. Di Ekspo MAHA memang terdapat banyak peralatan yang dijual selain daripada makanan dan barang-barang pertanian. Sangat menarik! Jom, jom... kita pergi ke MAHA!
Hari ini saya ada kerja yang perlu saya selesaikan. Mungkin tak dapatlah nak berjongket lagi... sekadar melayari Internet sahaja.
Ada juga pembaca yang bertanya, "Kak Aina tak berjalan jauh lagi ke? Ini nak masuk Disember dah."
Insya-Allah 10 Disember nanti, kami akan ke Bandung lagi. Kali ini kami akan pergi bersama anak kedua kami, Irfan, Nabil dan juga keluarga Irfan. Kebetulan, famili Irfan belum pernah ke Indonesia walaupun Irfan sudah berkali-kali ke sana. Masa untuk berjumpa keluarga. Manalah tahu, satu hari nanti kami dapat merapatkan lagi silaturahim dengan keluarga di Indonesia.
Okey everybody, take care and have a good weekend!
Wassalam.
EKSPO MAHA