Ada orang bertanya pada saya, "Kak Aina... banyaknya gambar Kak Aina masa pergi ke Morocco tu ya..."
Ya memang banyak kerana saya dan suami kami mempunyai masa untuk mengambil gambar, dah tu kami juga teruja melihat keindahan tempat-tempat yang kami kunjungi. Tiada yang membosankan. Jadi... kami tak bosanlah untuk ambil gambar banyak-banyak! Alhamdulillah.
Jom kita kembali ke Morocco. Kali ini saya bawa anda ke Marakech pula, sebuah kota yang popular, malah ada yang lebih dengar nama Marakech daripada Morocco. Marakech terletak di kawasan rendah dan lebih banyak orang berketurunan Arab yang tinggal di kawasan ini. Bangunannya juga banyak yang berwarna kemerahan. Tak serupada Casablanca atau Rabat. Tempatnya sangat sibuk dan di Medina (atau kawasan bandar lama), memang banyak sekali kereta kuda dan memang ramai pelancong. Di bahagian malam, Marakech bertambah aktif dan macam-macam aktiviti yang dihidangkan di sana terutama di bahagian 'square' kota itu.
Di Marakech juga kami makan sup harera yang sangat sedap. Di malam hari, ada pelbagai jenis makanan eksotik yang disediakan dan shopping di Marakech macam syurga dunia. Macam-macam ada. Macam tak menang tangan dibuatnya.
Kami tinggal selama 3 malam di kota heritage ini. Kami juga sempat melawat tempat kegemaran atau retreat designer terkenal Yves Saint Laurent atau YSL. Taman ini dihiasi dengan tanaman kaktus. Kami juga kunjungi sebuah masjid lama yang sangat terkenal di Morocco. Kami dibawa melihat sebuah istana bernama Istana Bahia dan tempat kanak-kanak mengaji al-Quran di Mardasah Ben Yusuf di zaman kegemilangan Islam.
Pun begitu, ketika di Marakech kerap kali hujan, jadi ada satu-dua tempat yang kami tak sempat nak pergi. Apa-apa pun, Marakech sangat unik dan tentunya kami enjoy tinggal di tempat itu.
Sambung lagi, insya-Allah.
Wassalam.
Di depan hotel kami di Marakech. Pasunya berwarna-warni
Kota lama Marakech
Di lobi hotel kami
Kamar kami di Marakech
Lampu yang menarik di lobi hotel
Masjid lama di Marakech
Dalam kawasan Istana Bahia, yang dipanggil riad. Istana ini serupa AlHambra
Dalam Istana Bahia di Marakech
Tiles cantik di Istana Bahia yang serupa di Al Hambra
Pintu di Istana Bahia
Permaisuri di Istana Bahia... hihi
Ceiling di Istana Bahia
Tingkap unik
Kedai remaph ratus - berwarna-warni
Lorong kedai di Marakech
Mardasah Ben Yusuf di Marakech
Bergambar dengan sponsor saya di Mardasah
Ahli keluarga yang ikut rombongan ke Morocco
Makan pagi di hotel di Marakech
Shopping-shopping kraftangan di Marakech
Beli beli jangan tak beli! Mamat ni sangat friendly
Shopping-shopping doh!
Makan tengah hari
Retreat kepunyaan YSL
Rumah rehat YSL - serba biru
Bergambar dengan cik abang di taman YSL
Shopping di kawasan Medina di malam hari
Buah oren and jus oren yang dijual
Makan sup harera dengan penduduk tempatan
Bersiap-siap untuk tinggalkan Marakech. Hadi dan cik abang saya.