Salam
Semalam merupakan entri saya yang ke 1000 di blog ini, jadi... entri hari ini ialah yang ke 1001. Huhu... dah banyak, kan?
Okeylah, seperti yang saya maklumkan, saya sedang berusaha keras untuk siapkan skrip drama adaptasi dari novel saya Bunga-Bunga Kemboja. Dalam kesibukan menulis, saya telah dimaklumkan oleh penerbit bakal drama bersiri ini untuk memberi cadangan tentang pilihan pelakon yang bakal memegang watak utama dalam drama Bunga-Bunga Kemboja. Saya juga telah difahamkan bahawa pihak RTM juga berminat dengan novel saya 'Selamat Malam Kekasih', jadi... mungkin saya kena pastikan bukan pelakon yang sama akan memegang watak-watak penting ini, sekiranya SMK juga dijadikan drama bersiri.
Dalam hal ini, pihak penerbit telah mengesyorkan tiga nama untuk watak Nabil dalam Bunga-Bunga Kemboja. Saya berharap sangat agar pembaca saya (yang dah baca Bunga-Bunga Kemboja) dapat memberi feedback tentang pelakon-pelakon yang dicadangkan ini . Untuk watak Nabil, tiga nama yang dimaksudkan ialah Fahrin Ahmad, Zul Huzaimy dan Remy Ishak. Ada juga yang minta Aaron Aziz dipilih, tapi bagi saya pelakon itu terlalu matang usianya untuk watak Nabil.
Fahrin Ahmad
Remy Ishak
Zul Huzaimy
Untuk memegang watak Chaya atau Nur Qahira pula, nama-nama yang dicadangkan ialah Lisa Surihani, Nora Danish dan Fazura. Sementara watak Nadya pula, nama-nama pelakon wanita ini yang naik, iaitu Fathia Latiff, Fasha Sandha dan Jue Aziz.
Fazura dan Nora Danish
Kalau tanya saya (saya tak tahu sangat, tapi bolehlah sikit-sikit), saya suka kalau Fahrin Ahmad pegang watak Nabil dalam BBK (mata saya melihat dia sebagai Nabil) dan Zul Huzaimy untuk watak Misyal dalam Selamat Malam Kekasih. Untuk Nur Qahira pula, saya suka kalau Fazura yang memegang watak itu kerana saya rasa, ia bersesuaian dengan Fazura. Sementara Nora Danish lebih sesuai untuk jadi Maya Kamilla dalam SMK. Watak Nadya (dalam BBK) pula sesuai untuk Fathia Latiff atau Fasha Sandha.
Fathia Latiff dan Fasha Sandha
Itu kata sayalah... kata anda macam mana pula? Anda boleh beri cadangan melalui emel kepada saya, atau vote di Website KarnaDya. www.karnadya.com.my
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
Tak Usah Lupa Diri
Salam semua
Hehe... ada orang memang lupa diri bila pergi bershopping. Kalau boleh, semua pun nak dibelinya. Alhamdulillah, saya okey-okey aje. Ada kala, masa di Bandung tu, saya tak pergi pun ke sesetengah tempat. Malas dan tak larat. Lagipun, saya tak berapa suka bershopping. Tak adalah tak suka langsung, tapi agak kureng...
Shopping di Rumah Mode, Factory Outlet Bandung
Tapi pagi ini, bukan lupa diri yang begitu yang mahu saya bicarakan. Apa yang menjadi fokus saya ialah tentang orang yang tiba-tiba sahaja jadi lupa diri, mungkin kerana dulu dia tidak berada di dalam situasi yang begitu. Dulu, mungkin dia hidup biasa-biasa sahaja, tak kaya dan tak berpangkat atau berstatus atau bergelaran. Bila sudah ada semuanya, tiba-tiba terasa diri perlu berubah. Kalau dulu boleh berkawan dengan siapa-siapa sahaja, kini tak boleh lagi. Kalau dulu dia mesra dengan semuanya, kini dia hanya pilih kawan sahaja. Yang tidak sama standard, dia akan tolak tepi.
Kalau dulu hidungnya biasa-biasa sahaja, kini dah terasa macam tinggi. Tapi kalau dulu pun hidung sudah tinggi, kini bertambah menjadi-jadi! Huh!
Bukan tujuan saya untuk mengumpat atau mengata, tetapi untuk mengingatkan diri kita semua, bahawa sebenarnya, sekalipun setinggi gunung harta kita, seluas lautan wang kita, semua itu sekadar sementara sahaja. Selagi ada umur dan ada kesihatan, mungkin ia bermakna, namun apabila kita menghembuskan nafas kita, maka ia hanyalah debu-debu belaka, yang tiada harga buat roh kita.
Pakai topeng dan menari di jalanan untuk cari duit
Jadi, sekalipun kita bertukar status, dari biasa-biasa jadi kaya, dari tak bernama jadi bergelaran, itu sekadar hiasan dunia semata-mata. Namun, apa salahnya kalau kita tidak lupa diri? Terus maintain macam dulu. Bukankah ia akan menjadi lebih bermakna?
Apalah sangat dengan wang ringgit dan harta, kalau budi bahasa kita tak ada? Buat umpatan orang sahaja, buat naikkan kebencian pada mereka yang tak suka. Akhirnya nanti kita akan berasa sunyi sepi, kerana hidup tak punyai teman lagi.
Kawasan food court di Pasar Baru, Bandung
Enak, beb! inilah ulaman Sunda
Apalah salahnya kalau kita masih sama, tak akan lupa diri, sekalipun duit dan harta sudah berguni-guni?
Tak perlulah kita lupa diri kerana semua ini hanya pinjaman, dan satu hari nanti ia mungkin diambil pergi, hanya tinggal kita seorang diri.
Wallahua'lam.
PS: Masih saya tampal beberapa foto semasa kami di Bandung untuk tatapan semua yang ke blog ini.

Wednesday, September 28, 2011
Sayang Cik Abang...
Salam semua
Pagi ini biar kita bercerita tentang benda yang baik-baik. Sebelum ini dah banyak kali saya bercerita tentang individu yang bosan dengan pasangan mereka, tetapi kali ini, jom kita ceriakan hati kita. Bukannya apa, saya baru sahaja balik dari Bandung dan berjumpa dengan sepupu-sepupat di sana dan rata-rata, semuanya kelihatan bahagia. Iyalah, itu apa yang kita nampak di mata, di hati kita tak tahulah. Semoga semuanya baik-baik belaka, itulah pinta saya. Biar di luar bahagia, di dalam juga aman damai.
Cerita pasal di Bandung ni, memang kami teruja semasa di sana, bukannya apa, tetapi inilah masanya kami bersua dan berjumpa dengan kaum kerabat dalam jumlah yang besar. Kalau tidak, walaupun ke sana, kami jarang-jarang dapat jumpa semua. Tapi, bila ada majlis perkahwinan, ramailah yang hadir sama, alhamdulillah.
Cerita pasal orang kahwin-kahwin ni, memang mood pun jadi baik, apa tah lagi saya ke sana cik abang saya yang sponsor, bukan takat untuk saya sahaja tetapi untuk anak, adik perempuan, cucu dan anak saudara yang ikut serta. Adik lelaki saya (juga cik abang untuk isterinya ) turut sama belanja kami semua, alhamdulillah. Almaklumlah, selain dari menghadiri majlis perkahwinan, kami turut shopping-shopping juga. Bandung memang terkenal dengan pusat beli-belahnya, ada Pasar Baru dan ada banyak factory outlets.
Paling kiri (dan tinggi) ialah sepupu saya Ahmad Basweedan, isterinya Sofi, pengantin dan besan mereka.
Kami pun tumpang glamor - saya dan cik abang saya
Anak perempuan saya, Laila Hana dan anaknya Firas Aidin
Thumbs up juga untuk sepupu saya Ahmad Basweedan, seorang suami yang first class. Dia sangat baik hati, bukan hanya kepada keluarga terdekatnya, tetapi semua kaum kerabat tidak kira di mana mereka berada. Hah, nampaknya ramai juga cik abang yang baik hati, kan?
Okeylah, jom kita fikirkan yang positif dan buangkan apa-apa yang negatif, semoga kita sama-sama hidup aman damai dan selamat dunia akhirat. Saya attachkan gambar-gambar semasa majlis perkahwinan di rumah dan di Gedung Bandung.
Tetamu di rumah Ahmad (kebanyakan adalah famili) semasa majlis khas untuk kaum wanita.
Majlis Berinai di rumah Ahmad
Geng Malaysia di rumah Ahmad
PS: Saya terpaksa siapkan skrip drama Bunga-Bunga Kemboja kerana mereka sedang bersedia untuk shooting drama bersiri itu. Doakan supaya Tuhan permudahkan kerja-kerja saya.

Tuesday, September 27, 2011
Kota Bandung yang Hebat
Gedung Sate di Kota Bandung
Salam semua
Alhamdulillah, saya dah pun balik dari Bandung! Ole-ole Bandung, Air Bandung, Mi Bandung... haha, macam-macam ada. Memang Bandung dah banyak berubah sejak kali terakhir saya ke sana. Sekarang ini, Bandung bertambah macet, bertambah sibuk dan bertambah menarik. Namun, kota itu bertambah hebat. Tak rugi kalau ke sana (terserempak dengan pelakon Malaysia masa kat sana - tak ingat namanya). Kami pula, macam tak cukup masa. Iyalah, bukan lama mana kami ke sana. Mana lagi nak ke majlis perkahwinan, mana lagi nak jalan-jalan. Apa pun, rombongan kami sangatlah enjoy ke sana. Selain dari kaum kerabat lain dari Malaysia, rombongan kami sahaja dah 12 orang. Alhamdulillah, sepupu kami Ahmad Basweedan sudah sediakan satu van besar (macam mini bas rupanya) yang muat untuk 14 penumpang dan dengan kenderaan itulah kami bergerak dengan kumpulan yang besar. Kumpulan kami menginap di Aston Braga. Bukan itu sahaja, malah kami melihat kumpulan lain dari luar Bandung, siap datang dengan bas lagi untuk ke majlis perkahwinan. Ada yang datang dari Surabaya, ada dari Madura, dari Bali, dari Malang, dari Sumatera, tentunya ramai yang datang dari Jakarta. Semuanya diuruskan oleh sepupu kami Ahmad.
Majlis perkahwinannya (Acara Perkahwinan - kata orang Indonesia) berjalan dengan lancar dan penuh gemilang, maklumlah sepupu kami Ahmad Basweedan merupakan orang berada di kota Bandung. Saya tak sempat nak muatkan gambar di entri ini (Bila free nanti saya akan letakkan). Pengantin (anak perempuan Ahmad) ialah Fairus (seorang doktor) dan berkahwin dengan Arif Rahman (seorang arkitek). Semua persiapan bagaikan berada di Indera Kayangan, maklumlah Fairus merupakan anak sulung dan the only girl.
Kami sekeluarga hanya mampu untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Ahmad Basweedan, semoga dia dipanjangkan umur dan bertambah murah rezeki, semoga keluarganya selamat dunia akhirat, Ameen.
PS: saya ketemu Rasya Aleeya (sudah berumah tangga) dan juga Misyal dan Dr. Firas (juga sudah berumah tangga), antara anak-anak sepupu yang saya pinjam nama mereka untuk watak-watak novel saya.

Friday, September 23, 2011
Siapa Nak Kahwin Dengan Suamiku?
Sekadar Hiasan
Salam semua
Huhu, saya bukan mengiklankan suami saya tetapi saya nak bercerita tentang sesuatu yang mungkin agak menarik juga. Ianya ada kaitan dengan kisah 'Bosan dengan Suami Sendiri'. Sebelum itu, ada juga kisah seorang teman yang beria-ia mencari seorang perempuan untuk dijadikan madu dirinya. Bila ditanya kenapa, dia jawab, "Senang sikit... taklah aku letih layan kerenah suami aku. Biar jawatan isteri aku kongsi dengan orang lain." Menarik, tak?
Rata-rata kalau ditanya pada mereka yang merupakan isteri, memang akan berkata bahawa mereka tak sanggup nak kongsi suami. Memang tak mudah, kerana memang naluri seorang perempuan, payah nak 'share' kalau suami menjadi subjeknya. Pun begitu, ada yang tak kisah sangat. Kalau tengok orang dulu-dulu, memang macam satu budaya. Banyak suami yang mempunyai banyak isteri (termasuklah arwah ayah saya) dan jangan lupa, banyak juga kaum Hawa yang berkahwin berkali-kali. Status 'janda' tak pernah menjadi hal. Sekarang ini, lain pula ceritanya, jangankan janda, anak dara pun payah nak dapat calon suami, sebab calon suami yang baik-baik dah jadi 'limited edition', wallahu'alam.
Okeylah, sambung balik tentang judul entri ini. Kisahnya terjadi kepada seorang kenalan (saya namakan Puan X). Puan X memang dah bosan sangat-sangat dengan suaminya, tetapi bukan mudah nak minta berpisah dengannya kerana suami Puan X tak boleh terima perkataan 'cerai' dalam kamus hidupnya. Puan X pula, tak ada pun calon lain (dia bukan jenis tak setia), cuma dia bosan dengan rumah tangganya. Dia tidak suka memegang watak isteri kepada suaminya. Dia terasa seperti dirinya tak berguna, hanya boleh jadi isteri, itu sahaja. Kerana sudah jemu, Puan X pun berikhtiar. Tanpa pengetahuan suaminya, Puan X membuat iklan senyap-senyap. Katanya,
'Ada seorang lelaki yang okey-okey rupanya, berjawatan pun sangat bagus. Sembahyang tak tinggal, boleh tahan murah hati, ada rumah dan berkereta. Ada anak dua orang. Umur awal empat puluhan, tiada kekurangan fizikal. Kalau ada wanita yang rupanya okey-okey, umur antara 30-35, dan sanggup jadi seorang isteri yang baik kepadanya, sila hubungi talian ini............'
Maklumat itu diedarkan di merata-rata tempat dan Puan X menemuduga calon-calon yang mahu jadi bakal isteri kepada suaminya. Akhirnya Puan X memilih Cik S. Selepas itu, Puan X pasang strategi. Dia tahu apa kelemahan suaminya dan dia mengaturkan untuk jadikan suaminya itu terperangkap dengan Cik S. Tanpa disedari, suami Puan X sudah bercouple dengan Cik S, lalu Puan X pun minta cerai untuk memberi laluan kepada Cik S. Tamatlah ceritanya.
Jadi... kalau ada yang bosan dengan suami sendiri dan rasa macam dah tak sayang lagi, mungkin boleh cuba cara ini, iklankan suami sendiri.... hehe.
Saya tidak akan update blog ini selama tiga hari kerana akan ke Bandung. Hari Selasa, insya-Allah saya akan update semula. Selamat berhujung minggu, wassalam dan jaga diri ya.

Thursday, September 22, 2011
Bosan Dengan Si Dia
Sekadar Hiasan
Salam
Kata orang, bila pasangan berkahwin, banyak yang mula berubah dan hampir jadi macam serupa... dalam hal rupa lah. Banyak 'couple' yang mendirikan rumah tangga kelihatan macam nak sama. Betul ke tidak, wallahua'lam. Tapi memang saya selalu tengok yang macam ni. Saya dan suami, memang tak pernah serupa. Kulit warna lain-lain, wajah pun begitu. Dia lain dan saya lain. Bentuk muka pun tak sama, dia lebih besar dari bentuk muka saya yang kecil. Namun, alhamdulillah... kami okeylah. Mungkin serasi kot walaupun masing-masing mempunyai kesukaan dan aktiviti yang tak sama.
Kenapa saya bawa tajuk ini ya? Nak tahu? Hah, saya pernah tulis kisah 'Bosan dengan suami sendiri' dalam salah satu entri saya dan nampaknya memang ramai benar yang mencari entri itu! Mesti ada sebab, kan? Hai entahlah, ramai sangat ke para isteri yang bosan dengan suami mereka? Kalau betul, kenapa ek?
Rasanya, kalau tanya orang dulu-dulu, mereka tak komplen pasal suami mereka sekalipun suami mereka lebih banyak kerenah atau cengkadak daripada suami-suami hari ini. Mungkin isteri dulu-dulu lebih mantap dan kuat fizikal dan emosinya... hehehe, tak tahulah ya. Hari ini, perempuan tak macam perempuan dulu-dulu. Kalau suami buat hal aje, ramai yang berani angkat kaki dan kata 'bye-bye'. Dulu, orang lelaki bolehlah eksyen-eksyen, tapi sekarang susah sikit. Ada tu, lelaki takut bukan main kalau ditinggalkan isteri. Manakan tidaknya, perbelanjaan rumah lebih banyak yang ditanggung isteri. Maklumlah, isteri pandai cari duit daripada suami. Huh! Gerun, kan? Tapi inilah realitinya.
Saya dimaklumkan baru-baru ini bahawa banyak universiti tempatan mempunyai terlalu banyak pelajar perempuan kalau dibandingkan dengan lelaki. Adoi... itu bermakna, pelajar perempuan memang susahlah nak dapat pasangan yang setaraf dengan mereka. Tapi kan... bukan penting sangat setaraf ke tidak, yang penting ialah komitmen dan tanggungjawab. Kalau gaji besar tetapi tak bertanggungjawab pun apa gunanya?
Dalam hal ini, saya ingin nasihatkan para kaum Hawa, bila kita dah pilih seorang lelaki itu untuk dijadikan suami kita, cubalah bawa bersabar dengan kerenahnya. Jangan cepat sangat 'give up'. Dah banyak kali saya tengok bagaimana kaum Adam boleh berubah. Mula-mula tu, nampak macam tak boleh pakai, tapi lama-lama dia jadi okey. Malah, ada yang jadi sangat bagus. Insya-Allah. Tapi kalau kita hendak semua yang 'sempurna', lagi baik kita jangan kahwin. Memang tak mungkin kita akan bertemu dengan 'Mr. Perfect'. Tak ada kat dunia ni.
Kalau suami kita mempunyai kelemahan, cuba kita 'tackle' kelemahannya dengan kelembutan. Lelaki biasanya lemah dengan kata-kata yang lembut. Tapi kalau kita terlalu 'melawan' dan 'menekan', maka lelaki mungkin akan jadi ganas!
Bila kita berkahwin, cubalah bawa kebijaksanaan dalam rumah tangga. Rundinglah, bincanglah dan bawalah bersabar. Biar akhirnya nanti, kita menemui kemenangan dan ketenangan. Jangan cepat sangat kata "Aku bosan dengan dia", sebab kita pun tak tahu, mungkin dia juga bosan dengan kita.
Semoga kita renung-renungkanlah.

Wednesday, September 21, 2011
Bukan Segala-galanya
Imej di Pulau Gili, Indonesia
Salam semua
Semalam, semasa makan malam, kami bersembang-sembang dan saya bercerita tentang sesuatu yang saya tonton di peti TV. Ketika itulah suami saya bercerita tentang seorang stafnya yang menghantar surat letak jawatan. Syarikat suami saya (rakan kongsi) ialah sebuah syarikat konsultan kejuruteraan awam dan stafnya ada lebih kurang 200 orang. Katanya, stafnya itu sudah bekerja lebih sepuluh tahun dan tiba-tiba terasa jemu dan bosan, lalu letak jawatan untuk lakukan sesuatu yang berlainan dari kareernya sebagai seorang jurutera awam. Kami pun bercerita-cerita tentang sesuatu yang mungkin sering menjadi soalan setiap individu di dunia ini. Adakah kita berpuas hati dan rasa tenang dengan apa yang sedang kita lakukan?
Suami saya pernah berkhidmat di sebuah universiti awam sebagai seorang profesor madya dan dia meninggalkan jawatannya kerana tidak berasa tenang dan puas hati. Begitu juga dengan diri saya, walaupun saya tidak tinggalkan UKM kerana tidak puas hati, tetapi saya mahukan sesuatu yang berbeza dan saya dapat rasakannya ketika itu. Ada juga teman-teman yang pernah mengusik saya dengan berkata bahawa kalau saya tidak tinggalkan UKM sekitar 14 tahun yang lalu, mungkin saya sedang memegang jawatan peting sekarang ini. Ah, ada saya peduli?
Sebenarnya dalam hidup ini kita sering tercari-cari dan tak semestinya apa yang kita lakukan sekarang ini semuanya 'best' untuk kita, walaupun mungkin kita sedang mendapat pendapatan yang lumayan. Saya pernah melihat kawan-kawan yang memegang jawatan hebat dan bergaji hebat, tiba-tiba sahaja meletak jawatan dan memilih untuk tidak berbuat apa-apa! Huh!
Pernah tu, ada seorang teman yang memegang jawatan penting di sebuah syarikat minyak, tiba-tiba sahaja tinggalkan jawatannya itu. Katanya, dia dah bosan. "I have no life." Mungkin kita tidak tahu dan tidak nampak apa orang lain rasakan. Kita mengandaikan bila seseorang itu kelihatan seperti mempunyai kehidupan yang sempurna (rumah besar, kereta besar), semuanya 'best' belaka. Kita tak melihat perasaannya. Mungkin dia tidak berasa puas sekalipun mempunyai wang dan kemewahan yang cukup!
Baru-baru ini, saya menonton sebuah program yang mengisahkan seorang pengarah filem (hollywood) yang sangat berjaya dan hidup dalam segala kegemilangan (material - rumah macam mahligai, ada semuanya termasuk jet peribadi)), namun setelah dia berdepan dengan sebuah kemalangan, dia telah memilih untuk mengubah cara hidupnya. Pengarah filem itu telah menjual hartanya (berjuta-juta) dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah kecil dan hidup secara bersederhana. Katanya, tiba-tiba dia terasa nikmat hidup di dunia. Semasa hidup dengan kekayaan yang melimpah-limpah, dia tidak rasa akan kebahagiaannya, tetapi kini, dia sangat bahagia. Wallahua'lam.
Begitulah kita mungkin, masih tercari-cari tetapi saya percaya, kesederhanaan itulah yang patut kita usahakan. Tidak salah untuk jadi kaya, tetapi tak usahlah jadi manusia yang tamak haloba, lalu sanggup lakukan apa sahaja kerana kita rasakan bahawa material itulah segala-galanya.
Okeylah... saya nak sentuh sikit pasal dunia buku ni. Saya ada dengar cerita bahawa ada kedai besar yang sedang berdepan dengan masalah kewangan besar. Ada juga kedai besar yang sedang berlakon gah tetapi sebenarnya sedang banyak masalah, ada juga kedai besar yang berkelahi dengan distributor dan penerbit (termasuk penerbit besar), ada juga kedai besar yang buat tak tahu untuk bayar hasil penjualan buku kepada mereka yang berkenaan dengan memberi pelbagai alasan. Oi... orang lain tak payah bayar bil ke? Tak payah bayar pada printer? Tak payah bayar royalti?
Beginilah dunia material kerana masing-masing merasakan mereka boleh buat apa sahaja. Yang penting mereka buat duit, tapi orang lain boleh blah!

Tuesday, September 20, 2011
Biar Cerita Betul-Betul
Salam semua
Pagi ini saya nak bercerita tentang beberapa drama Melayu yang saya tengok kat TV. Bukanlah saya rajin sangat tengok drama ni, tapi kadang-kadang saya tengok juga kerana nak tahu perkembangan industri perfileman di negara ini. Kalau tak tengok langsung, macam mana saya nak tahu okey ke tak okey, kan?
Okeylah... saya pun pilih-pilih juga nak tengok drama ni, bukan semua saya tengok. Lagipun, saya tak ada masa nak tengok semuanya. Ada kala, saya tengok dramanya macam okeylah jugak, tapi ada ketika saya jadi bengang, terutama bila ada yang kata drama itu sangat baik sedangkan saya nampak banyak 'kekurangannya'. Hah, apa yang kurang?
Salah satu drama yang saya tonton (tak ingat saluran mana), tetapi drama itu telah diarah oleh seorang pengarah terkemuka (sebab itulah saya nak tengok sangat), tetapi sangat mendukacitakan kerana banyak fakta yang ada dalam drama itu tidak tepat. Misalnya, drama itu yang menceritakan tentang pelajar perubatan telah menggambarkan bahawa sebaik sahaja pelajar mendapat ijazah, mereka boleh membuka klinik swasta dan fakta ini sangat salah kerana setahu saya, pelajar perubatan di Malaysia terpaksa berkhidmat di hospital dahulu (sebagai syarat untuk menjadi doktor) dan tidak mudah untuk terus membuka klinik swasta. Lagi satu, biasanya pelajar-pelajar perubatan, mereka terdiri dari kumpulan yang kecil semasa mengikuti program ijazah, dan kerana itu mereka sentiasa mengenali pelajar lain dalam bidang yang sama. Drama itu telah menonjolkan sesuatu yang agak luar biasa dan kurang tepat. Pelajarnya tak kenal satu sama lain.
Begitu juga tentang sebuah drama yang mengambil latar belakang negara Sepanyol. Dalam drama itu, tak habis-habis para pelakon menceritakan tentang lawatan ke Madrid, dan bukan Sepanyol, tetapi ceritanya ialah tentang sesuatu yang berlaku di Cardoba. Kota Cardoba terletak di Andalusia dan pernah menjadi ibu negeri Andalusia ketika Kalifah Ummayyad menakluki Sepanyol dan ketika itulah Andalusia atau Al-Andalus menjadi terkenal. Ini berlaku pada tahun 711 hinggalah kejatuhan kerajaan Andalusia dan jatuhnya Granada pada tahun 1492. Pembinaan masjid Cordoba telah berlaku pada abad kesepuluh. Namun, setelah pihak Kristian menakluki Sepanyol, masjid itu telah diubah untuk dijadikan sebuah cathedral, dan musatahil sekitar 20-25 tahun yang lepas, masjid Cardoba kekal sebagai masjid, kerana Sepanyol telah menjadi sebuah negara sosialis buat sekian lamanya. Hanya baru-baru ini sahaja terdapat pembinaan masjid-masjid dengan lebih banyak, begitu juga dengan restoran-restoran Islam di tempat seperti Madrid dan Granada.
Jadi, saya tak tahu macam mana cerita itu boleh mengisahkan pertemuan ibu bapa heroin di Masjid Cardoba (tentunya berlaku sekitar 20-30 tahun yang lalu), sedangkan ketika itu, masjid itu bukan merupakan sebuah masjid (sekadar nama sahaja), dan tentunya Cardoba ialah sebuah kota yang terletak di Andalusia dan bukan berhampiran dengan Madrid. Bila saya tonton drama yang saya maksudkan ini, saya jadi bingung dan sangat keliru.
Bagi saya, tak kiralah apa cerita yang hendak kita buat (skrip drama atau novel), tetapi faktanya mestilah tepat. Kalau tak tahu, eloklah kita buat research dan jangan main hentam sahaja. Yang peliknya, tak ada siapa pun kisah yang cerita sebegitu tidak melihatkan fakta-fakta yang tepat.
Kalau kita nak buat cerita, biarlah kita cerita betul-betul. Janganlah keliru tentang tempat-tempat di luar negara dan jangan main hentam sahaja.
Monday, September 19, 2011
Fobia vs Paranoid
Salam dan selamat pagi
Semalam, memang havoc dan sangat sibuk. Biasalah kan, selagi tak habis syawal, selagi itulah orang Malaysia berhari raya, termasuklah saya dan ahli keluarga. Semalam, kami ke kawasan Gombak, ke rumah anak saudara suami, lepas itu ke rumah adik saya dan akhirnya ke rumah seorang lagi adik saya yang membuat 'open house'. Walaupun agak letih juga, tetapi seronok sebab dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dan juga ahli keluarga yang kita jarang-jarang jumpa. Berkenalan juga dengan orang baru, termasuk orang yang kita selalu dengar nama tapi tak pernah jumpa!
Okeylah, pagi ni saya nak bersembang tentang maksud fobia dan paranoid. Kalau tengok di kamus, maksudnya tak banyak sangat bezanya, kedua-dua membawa maksud kepada 'takut' atau ngeri atau gerun, tetapi paranoid lagi berat, kerana paranoid melibatkan perasaan yang menokok-tambah. Malah, paranoid merupakan satu penyakit yang ada kaitan dengan 'hati' dan 'otak' kita.
Fobia itu merupakan satu tabiat atau perasaan yang mungkin semua orang ada, kalau tak banyak sikit. Misalnya, fobia pada ketinggian, fobia pada binatang yang berbulu atau berkulit licin. Fobia pada kelajuan. Dalam banyak hal, fobia boleh kita tepiskan dengan lebih mudah. Ia perlukan latihan dan keberanian untuk membuangkan perasaan itu.
Suatu ketika dahulu, saya sangat fobia dengan bunyi guruh dan berlaku kilat. Sekarang ni dah kurang dah. Saya juga tak suka dengan binatang yang mempunyai kulit licin macam ular, atau berkerutu macam katak. Sekarang ni, saya dah okey dengan katak. Dengan ular saya masih fobia. Saya juga fobia dengan ketinggian dan sekarang ini dah kurang, cuma kadang-kadang datang juga perasaan gerun tu. Sebab itulah saya tak suka roller coaster atau cable car. Suatu ketika dahulu, saya juga fobia dengan 'driving', rasa macam nak langgar aje. Tapi sekarang, alhamdulillah dah lama okey.
Namun, bagi mereka yang paranoid, kadang-kadang payah nak buang atau tepis. Biasanya orang yang paranoid, payah nak berkawan dengan orang lain kerana dia suka bersyak-wasangka. Apa pun, kalau kita sedar bahawa diri kita mempunyai penyakit 'paranoid', berusahalah untuk berubat. Bila kita melatih diri untuk membuang tabiat ini, insya-Allah ia akan pergi.
Saturday, September 17, 2011
Sakit Hati
Salam Pagi Sabtu Semua,
Hahaha.... tak sakit hati pun, tapi pagi ini, itulah judulnya, tentang sakit hati. Kenapa saya bawakan tajuk ini untuk dibualkan? Sebab saya tahu ramai yang kadang-kadang tak tahu kenapa dirinya jadi murung atau tak 'happy'. Hoi hoi... bukan senang nak cerita tetapi inilah realitinya. Sakit hati yang bukan senang nak kendali.
Apa pun, sebelum saya panjangkan cerita, baru-baru ini saya terbacalah sebuah artikel yang mengisahkan tentang orang yang baik hati. Katanya, kadang-kadang orang yang baik hati ini terlalu murah hatinya. Siapa saja hendak ditolongnya, tahu-tahu dirinya sendiri makan hati. Eh, kenapa pulak? Iyalah... dia nak tolong sebabkan kesian, tapi rupa-rupanya yang dia kesiankan tu tak tahu pula nak kenang budi. Bila dah senang aje, dia pula menjaja cerita yang bukan-bukan, konon-konon yang si 'baik hati' sebenarnya tak baik mana. Hah, dahlah macam menolong anjing yang tersepit... huhu, sedihnya. Tapi kan, cerita tu macam pernah dengar, kan?
Memang lah tak menghairankan kerana banyak cerita yang macam tu. Mungkin anda juga pernah terkena. Bila saya baca artikel itu, saya tersenyum sendirian. 'Memang dah banyak kali kena,' itulah bisik di hati. Bukanlah nak kata saya ni baik hati, tapi memang saya selalu nak tolong orang, tahu-tahu saya terkena balik. Pernah dulu-dulu masa saya kerja di UKM, ada seorang pakcik ni datang kat ofis kami. Dia tunjuk gambar anak perempuan dia yang cantik. Katanya anaknya ditimpa kemalangan dan akan dibedah, tapi dia tak cukup duit. Saya pun apa lagi, hulurlah. Begitu juga teman-teman yang lain yang sangat 'baik hati'. Tapi rupa-rupanya, pakcik itu menipu kami. Sebenarnya panjang ceritanya, tapi kami memang dapat maklumat, gambar yang ditunjuk tu entah gambar siapa-siapa, bukan pun anaknya, jauh sekali ditimpa kemalangan! Huh!
Sekali tu pula, saya menolonglah 'mangsa' ni. Katanya dia perlukan duit untuk berubat penyakit kroniknya. Saya pun kesian, lalu menolong. Rupa-rupanya, duit yang dikumpul itu dibuat pagar mewah untuk rumahnya. Dia sendiri yang mengaku. Adoi... saya tak kisahlah kalau nak buat pagar apa pun, tapi kenapa kata perlukan duit untuk berubat? Oi... kesiannya.
Kalau cerita pasal tolong member nak menulis ni, ada juga cerita sedih. Masa nak minta tolong tu, bukan main lagi... tapi bila dah boleh menulis, kita pula dikeji-keji. Tapi, tak apalah... biarlah orang buat kita.
Okeylah, bukan perancangan saya nak mengungkit, sekadar bercerita, teringat pada subjek yang saya baca di artikel berkenaan. Sekarang ni nak cerita pasal hal 'sakit hati'. Biasanya kalau kita sentuh tentang bab ini, mesti orang akan sangka corak perbualan pastinya 'negatif'. Tapi saya nak ubahkan cara bincang.
Kenapa kita selalu sakit hati? Kadang-kadang kita sakit hati sebab kita menyakitkan hati orang lain. Tanpa disedari, kita sengaja keluarkan kata-kata yang mahu menyakitkan hati orang. Kadang-kadang, kita tak sengaja pun, tapi orang sakit hati! Apa hal pulak? Iyalah, kadang-kadang kita bercakap besar atau bermegah diri (tanpa sengaja), dan orang yang mendengar itu iri hati, lalu hatinya terasa perit dan sakit. Mungkin kerana dia 'cemburu' atau 'menyampah'.
Adoi... Kadang-kadang pula, kita yang menyakitkan hati sendiri. Ini berlaku bila kita mendengar kisah orang lain atau orang-orang yang sangat rapat dengan kita. Bila kita dengar tentang 'kehebetannya' dalam apa jua segi yang dibicarakan, kita jadi iri hati, atau mungkin 'cemburu', lalu kita pun menyakitkan hati kita sendiri. Huhu...
Nak buat macam mana ni?
Sebenarnya tak susah pun, tapi kita perlu mencuba untuk tidak sakitkan hati siapa-siapa termasuk diri sendiri. Tak nak sakitkan hati orang memang tak susah. Tak payahlah kita 'cakap besar', tak usahlah kita anggap diri kita hebat sangat. Cakaplah dengan rentak yang biasa-biasa dan bersederhana. Dengan cara itu, kita tak akan sakitkan hati siapa-siapa.
Tentang hati kita pula, pun tak susah nak kendalikan. Bila ada orang cakap 'tinggi-tinggi', kita buat biasa sahaja. Kalau dengar tentang hal orang yang meletup-letup, kita relaks sahaja. Katakan kepada diri bahawa itu rezeki dia. Doakan baik-baik untuk orang lain, terutama yang rapat dengan kita. Kalau ada orang naik pangkat, terima pingat, dapat bonus, dapat berkahwin, dapat pakwe atau makwe, dapat anak, dapat isteri lebih dari satu, dapat rumah besar, dapat tanah berekar-ekar, dapat harta karun... kita doakan sahaja untuknya, agar semua itu adalah Rahmat Tuhan. Kita belajar untuk bertenang dan katakan pada diri, 'aku juga ada rezekinya'. Insya-Allah, hati kita tak akan berasa sakit.
Sebagai orang Islam, paling mujarab untuk menjaga hati, rajin-rajinlah solat sunat, rajin-rajinlah membaca kitab suci al-Quran (dan tahu maknanya), insya-Allah, hati kita dijauhi daripada penyakit 'sakit' itu.
Wallahua'lam.
Friday, September 16, 2011
Wahai Negaraku
Wahai negaraku
Tempat lahirku
Tanah tumpahnya darahku
Setiap kali aku mendengar lagu tentangmu
Meremang bulu romaku
Yang pasti aku selalu merindu
Bila berada jauh darimu
Namun bila dekat
Ada kala aku ralat
Bagaikan ada yang tak tepat
Namun aku mengerti
Kau hanya menghargai
Insan yang baik budi
Yang sentiasa peduli
Yang sanggup mati
Masih ramaikah yang begitu?
Yang terus setia padamu?
Bukan sekadar mahu hasilmu?
Tidak akan tinggalkanmu?
Hanya mencintaimu?
Wahai negaraku
Sekalipun lebih hijau di balik sana
Kau tetap istimewa
Bagi mata dan hatiku
Kerana kau tempat lahirku
Wednesday, September 14, 2011
Berharga Sangat Ke Nyawa Orang Amerika?
Salam semua
Sebenarnya saya nak berbual tentang hal satu ini, tapi duk kalutkan hal lain, saya tak sempat nak bangkitkan subjek ini, iaitu tentang kekecohan puak Amerika dalam mengingati kisah tumbangnya 'Twin Towers' mereka di New York, sepuluh tahun yang lalu.
Hal ini memang saya susah nak lupa pun, kerana ketika 'Twin Towers' di New York telah dikatakan kena serang, banyak kesannya buat umat Islam seluruh dunia. Kebetulan, anak sulung saya ketika itu masih berada di Montreal, Canada kerana melanjutkan pengajiannya. Kebetulan juga beberapa bulan sebelum itu, kami sekeluarga telah ke New York (sempat lihat kedua-dua bangunan itu) dan seterusnya ke Montreal. Ketika kejadian tumbangnya 'Twin Towers', anak saya sedang menunggu penerbangan untuk ke London kerana dia telah memilih untuk berpindah benua, dari Canada hendak ke UK pula. Kerana kejadian itu, saya terpaksa menukar penerbangannya (dengan kerugian) kerana kami tidak mahu Faiz ditahan di Amerika Syarikat. Dari Canada, Faiz telah terus terbang ke UK tanpa melalui Amerika (pada asalnya kena melalui Amerika). Itu merupakan satu keadaan yang saspens buat kami semua. Faiz terpaksa tinggalkan semua buku-buku (Islamik) dan juga mencukur jambangnya untuk keselamatannya.
Apa pun, saya percaya kejadian yang berlaku di 'Twin Towers' New York itu adalah satu konspirasi puak Amerika (Bush dan CIA juga Israel) untuk memberi lesen kepada mereka untuk menyerang Iraq dan juga Afghanistan. Sehingga hari ini (setelah sepuluh tahun), keadaan kedua-dua negara (Iraq dan Afghanistan) itu masih huru-hara sedangkan Amerika tidaklah terseksa, sekadar hilang lebih tiga ribu nyawa, itu sahaja. Kalau dibandingkan dengan apa yang Iraq dan Afghanistan hilang, bukan sekadar melebehi sejuta yang hilang nyawa (kanak-kanak, perempuan, orang awam), juga hilang harta benda, musnah negara. Siapa yang peduli? Tak ada siapa pun yang kisah. Satu dunia masih kecohkan 9/11 atau 11/9? seolah-olah nyawa orang Amerika jauh lebih berharga daripada nyawa orang lain di dunia ini, apatah lagi nyawa orang Islam.
Saya percaya, nikmatnya jadi orang Islam ialah kerana kita tidak takut dengan kematian kerana kita semua tahu, akhirnya nanti kita akan mati jua. Sekalipun ramai yang terkorban, namun semangat juang umat Islam terus kekal, sedangkan askar-askar Amerika yang pulang ke negara mereka (dari Iraq dan Afghanistan) terus hidup merana, kalau tidak yang sampai jadi gila.
Saya juga berharap agar kita semua tidaklah mengangung-agungkan kejadian 9/11 atau 11/9 itu, kerana sebenarnya banyak lagi hal lain yang lebih penting. Misalnya tentang kebuluran di Somalia, banjir di India dan Pakistan dan banyak lagi negara-negara dunia ketiga. Lagipun, tak ada apa sangat yang istimewa tentang orang Amerika. Mereka juga pernah membunuh orang-orang asli di negara mereka dan pernah juga menjadikan orang kulit hitam sebagai hamba abdi. Jadi... biarlah kita lihat akan kesengsaraan orang lain, yang jauh lebih teruk lagi daripada mangsa-mangsa 9/11 itu!
Sebagai orang Islam, bukalah hati dan fikiran kita, jangan terlalu mudah terasuk dengan kempen orang-orang Barat!
Wallahua'lam.
Tuesday, September 13, 2011
Belum Letak Tanda Noktah - Honda Hybrid
Salam semua
Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kami memenangi kes kami yang kami fail di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, di bawah KPDNKK. Sekalipun kami menjadi penuntut kepada syarikat gergasi Honda dan Kah Motors, Alhamdulillah, pihak tribunal telah memberi kemenangan kepada kami, lantas memberi award supaya Kah Motors (Kali ini kami membuat tututan kepada Kah Motors dan tidak Honda) membayar gantirugi kepada kami seperti jumlah tututan kami.
Dalam hal ini, kemungkinan besar kami tidak meletak tanda noktah, kerana kami akan mengkaji dan seterusnya, sekira perlu, kami akan terus menuntut dari pihak yang lain pula. Apa-apa pun, bagi saya, kes kami ini merupakan sesuatu yang patut dilakukan oleh pengguna lain sekiranya kita merasakan bahawa ada pihak menipu atau memutarbelit kita, terutama dalam hal pengiklanan produk mereka. Semoga kes kami ini menjadi kes rujukan kes-kes lain yang sama seperti ini. Pun begitu, pastikan anda mempunyai maklumat lengkap dan bukti, bukan sekadar bercakap kosong atau tuduhan sahaja.
Saya juga ingin maklumkan bahawa bukan hanya kes Honda Hybrid saya sahaja yang saya letakkan tanda koma, mungkin juga hal-hal lain yang berkaitan dengan bisnes buku. Hari ini, terlalu banyak syarikat besar yang merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk lakukan apa sahaja, seolah-olah terlalu mudah membuli orang lain. Saya terkejut bila dapat berita daripada teman-teman yang mengatakan bahawa ada syarikat-syarikat besar sedang 'mengenakan' mereka, seolah-olah mencari peluang untuk menghimpit lalu memudaratkan orang lain. Sungguh sedih.
Dalam hal ini, ada baiknya kita mengambil tindakan yang berpatutan supaya 'perbuatan' mengenakan orang lain, atau 'buli' tidak terus-menerus berlaku dalam dunia buku. Bila kita dah ambil buku orang, eloklah kita buat sahaja pembayarannya. Janganlah kita mengelak dan buat-buat tak tahu. Kalau kita dah memang ada kedai dan kerja kita menjual buku, baiklah kita menjual buku dan bukan lakukan perkara lain.
Tak kiralah kita kecil atau besar, dalam semua hal, memang tak patut kalau kita suka buli orang lain, kerana jangan terkejut kalau satu hari nanti, kita pula yang terkena!
Honda Hybrid - Saya Menang Kes!
Salam
Alhamdulillah, hari ini (13 September 2011) Tuan Presiden Mahkamah Tribunal Pengguna (Putrajaya) telah memberi kemenangan kepada saya di atas kes Honda Hybrid saya (entri 30 Julai 2011) yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Kah Motors telah diarah untuk membayar pampasan (seperti yang saya tuntut) kepada saya. Nanti saya cerita lagi.

Monday, September 12, 2011
Ohh Haram...
Salam semua
Maaflah sebab banyak hari juga tak update blog ini, maklumlah... musim raya ni, alahai banyak pulak aktivitinya. Tapi tak apa, saya percaya semua orang pun busy jugak... hehe! Mula dari hari Jumaat yang lepas, kami kesibukan. Seperti biasa, hujung minggu, itulah masanya kita nak melawat dan dilawati. Apa lagi, saya pun itulah kerjanya, kesibukan sentiasa. Apa pun, Alhamdulillah masih ramai yang ingat pada kita. Bagusnya Syawal, kerana kita akan berhubungan dengan mereka yang dah lama kita tak jumpa.
Malam Sabtu tu, entah kenapa, saya seronok pulak nak tengok drama kat TV, mungkin tertarik dengan iklan drama atau mungkin tertarik kerana tahu pelakon 'Aqasha' yang akan berlakon pada malam itu. Secara keseluruhan, drama yang berjudul 'Ohh Haram' tu memang berkesan. Jalan ceritanya banyak menegur dan mengingatkan kita, atau apa yang saya katakan sebagai 'drama sarcastic'. Ia juga buat saya tergelak. Yang terasa alim pun kena, yang tak alim lagilah terkena. Tetapi itulah realiti hidup kita, ramai yang terlupa akan kepentingan agama lalu mendahulukan perkara remeh dan yang tak penting, malah kerana tak ambil kisah, banyak yang haram dihalalkan. Dalam begitu, yang terasa alim pula, kadang-kadang tak pandai nak bawa diri. Bukan berjaya untuk berdakwah, kadang-kadang membuat orang lain lagi menjauhkan diri. Apa pun, saya rasa Erma Fatimah berjaya juga menonjolkan sesuatu yang berkesan dalam hidup kita seharian. Yang pasti, ramai mungkin akan marah dan terasa. Tapi tak apalah... kalau nak bagi orang tak terasa pun, apalah gunanya.
Pada hujung minggu juga, saya sempat mengintai-intai beberapa artikel yang diedarkan teman-teman di alam maya ini. Ada beberapa artikel yang saya baca saya rasa sangat menarik. Artikel yang boleh buat kita cermin diri lalu terus mahu lakukan sesuatu yang positif. Kadang-kadang, bila kita rasa yang diri memnpunyai banyak masalah, kita terlupa untuk fikirkan bahawa masalah itu datang untuk kita selesaikan, bukan untuk kita rasa bahawa diri teranaiya dek masalah yang datang. Malah, kalau kita fokus pada apa yang baik yang boleh kita lakukan, adalah jauh lebih baik daripada fikirkan apa yang kita tak mampu lakukan.
Ada seorang teman menghantar sebuah video yang menceritakan betapa besarnya galaksi yang dicipta Allah SWT, membuatkan kita terasa bahawa kita terlalu kecil. Malah, masalah kita juga merupakan sesuatu yang kecil sahaja. Cuma bila kita besarkan, yang kecil jadi rumit. Tapi kalau kita anggap bahawa ia hanyalah kecil, kita akan mampu mengatasinya, insya-Allah.
Semoga di pagi Isnin ini, kita akan mulakan hari-hari kita dengan fikiran yang positif. Selagi ada nafas di badan, hargailah masa kita dan hiduplah dengan semangat yang positif, semoga kita menjadi manusia yang tenang. Insya-Allah.
Wassalam.
Friday, September 09, 2011
Skandal Dunia Buku
Salam semua
Ramai juga yang bertanya saya, "Bila novel baru Kak Aina nak keluar?"
Huhu... belum lagilah, yang. Masih dok terkial-kial menulis. Banyak sangat benda yang nak kena siapkan, tapi insya-Allah, sedang diusahakan. Malah, skrip drama pun saya belum siapkan. Huhu... sedihnya.
Okeylah... malam ni nak sembang sikit pasal dunia buku ni. Sekadar untuk 'intro' aje. Dunia buku di Malaysia tidaklah luas mana kerana jumlah penduduk kita tak besar mana, tak macam di USA, China, Eropah atau jiran kita Indonesia. Kalau diikutkan, dunia buku Melayu lagilah kecil aje, sebab yang dok rajin baca buku Melayu tidaklah banyak mana. Memang penduduk Malaysia ni bukan kaki buku sangat, tetapi sekarang ni agak jauh lebih elok daripada berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Dunia buku di Malaysia terdiri daripada penulis, penerbit, pecetak, pembekal atau pengedar, pekedai dan juga pembaca. Semuanya saling berkaitan. Di Malaysia, keadaannya tidak sama seperti di negara Barat, di mana pihak agent sangat berkuasa kerana mereka yang rekomen dan membekal manuskrip penulis kepada penerbit. Penerbit di negara Barat juga sangat kuat kalau dibandingkan dengan pihak kedai yang menjual buku. Malah, pihak pengedar juga sangat profesional, jarang-jarang kita dengar tentang skandal pengedaran buku.
Sebenarnya, dulu-dulu saya pun tak tahu tentang banyak hal dalam dunia buku, tetapi sejak menjadi penulis pada tahun 2003, saya terlibat secara langsung dalam hal-hal ini dan seterusnya pada tahun 2005, apabila keluarga saya mula terbitkan buku-buku saya, lebih banyak yang saya belajar.
Pun begitu, saya banyak belajar daripada orang lain yang lebih dahulu terjun dalam dunia buku ini. Kata seorang teman (yang dah lama giat dalam dunia buku ni), "Bukan mudah nak cemerlang kerana terlalu banyak rintangan." Katanya, dia sudah berkali-kali kena tipu dengan pengedar. "Tahu-tahu buku saya dicuri cetak dan tahu-tahu buku saya dah berlambak kat pasaran. Saya pun apa lagi, pergilah selidik, rupa-rupanya pihak pengedar dah tipu saya. Mereka pergi ke pecetak dan minta buku saya dicetak lagi dan saya sendiri tak tahu hal ini."
Masa mula-mula menulis dulu, saya pernah dengar cerita tentang pihak luar yang curi cetak buku penulis yang terbit sendiri dan masa tu, saya tak yakin sangat. Tetapi lepas itu, saya dengar lagi dan lagi. Mungkin saya turut berubah fikiran.
Saya juga pernah diceritakan seorang teman (yang terbit bukunya sendiri) bahawa pihak pengedar pura-pura mahu menjual bukunya, tetapi rupa-rupanya buku-bukunya itu tidak diedarkan. Di simpan sahaja di stor. Sampai masa dikeluarkan buku-buku itu, masih dalam bungkusan, menunjukkan buku-buku tidak ke mana pun. Pengedar hanya kata, "Buku awak tak laku, tak boleh dijual!" Teman saya sangat sedih kerana dipermainkan begitu. Katanya, perkara seperti ini sering terjadi kepada penerbit kecil atau penulis yang terbit buku sendiri.
Sebenarnya saya dah berkali-kali dengar tentang kisah ini, di mana pihak pengedar sengaja mahu mengambil buku dari penulis atau penerbit, tetapi mereka tidak mengedar. Mereka berbuat demikian untuk sengaja mengelak buku-buku itu berada di pasaran dan menjadi saingan kepada buku mereka. Lebih malang lagi bila pihak pengedar memilih untuk terbit buku sendiri, tentulah prioriti ialah untuk menjual buku mereka sendiri. Mungkin kerana itu juga, banyak penerbit (terutama yang kecil), lebih suka mengedar buku mereka sendiri walaupun kerja mengedar rumit dan tidak mudah.
Kadang-kadang kita dengar penulis merungut kerana royalti mereka tidak dibayar. Mungkin memang ada pihak penerbit yang jenis tak bayar apa-apa kepada penulis (saya biasa dengar hal ini), tetapi biasa dengar tak kisah penerbit yang dah terlebih bayar royalti kepada penulis? Hah... banyak juga kisah macam ni, kerana bila buku diedarkan kadang-kadang tak dijual pun. Buku-buku 'direturn' oleh pihak kedai kemudian, tetapi bila buku keluar dan selepas beberapa bulan pihak penerbit pun buat andaian buku dah jual, lalu membayar royalti kepada penulis. Tetapi malangnya, selepas tempoh yang agak lama, rupa-rupanya buku-buku itu masih belum dijual. Terpaksalah pihak penerbit menanggung beban, bukan sekadar membayar pihak pecetak untuk mencetak buku, tetapi membayar royalti lagi, sedangkan buku masih tidak dijual!
Oleh kerana itu, kalau anda merupakan penulis dan ragu-ragu tentang hal royalti anda, adalah lebih baik sekiranya anda semak dengan pihak penerbit dan tanya tentang hal penjualan buku anda. Jangan cepat sangat melatah dan buat andaian yang anda tidak dibayar oleh pihak penerbit. Entah-entah buku anda masih banyak di dalam stor atau sudah pun diedar tetapi 'direturn' oleh pihak kedai.
Esok-esok saya akan sambung lagi kisah dunia buku ni. Mungkin saya akan bercerita tentang pihak kedai dan juga tentang mereka yang suka guna cara lain untuk pastikan buku mereka dapat tempat di dalam kedai.
Malam ni saya nak rehat dulu.
Wassalam.
Wednesday, September 07, 2011
Nun Jauh Di Sana, Tetap Dekat Di Hati
Kota Bandung
Bandung
Salam semua,
Ada yang dah lama menunggu agar saya bercerita sesuatu tentang dunia buku, terutama tentang skandalnya... huhu, nampaknya saya masih belum bersedia untuk meluahkannya. Beri saya sedikit masa lagi dan saya akan aturkan sedikit demi sedikit. Bukan mudah nak bentangkan hal-hal ini, kerana banyak yang terlibat dan mungkin banyak juga yang tak suka.
Mungkin saya masih dalam mood beraya, jadi saya nak bercerita tentang hal keluarga. Saya percaya, anda semua tahu yang saya datang daripada sebuah keluarga yang besar, saya mempunyai lebih daripada seorang ibu. Malah, arwah ayah saya memang kahwin banyak (jumlahnya memang tidak normal buat orang Melayu - jangan lupa yang ayah saya memang bukan Melayu) dan kerana itu, kami mempunyai adik beradik yang ramai. Ada yang tinggal di Indonesia, ada di Singapura dan di Malaysia. Arwah ayah saya dilahirkan di Mekah, tetapi pernah tinggal dan berkhidmat dengan negara Turki. Buat ketika itu, negara Arab bukan seperti sekarang ini. Moyang saya pernah dilantik menjadi 'Emir' untuk jajahan negara Turki dan kerana itulah keluarga kami memakai nama keluarga 'Emir' yang membawa maksud 'Raja'.
Suatu ketika dahulu, datuk saya dan juga keluarganya berdepan dengan masalah politik di negaranya dan kerana itulah mereka telah berhijrah lalu meninggalkan Tanah Arab. Mula-mula, ayah saya telah datang ke Pulau Jawa dan Surabaya merupakan tempat pertama tempat ayah saya. Kebetulan di sana sudah ada banyak penduduk yang berketurunan Arab. Kebanyakannya datang dari Yemen. Kemudian, ayah saya tinggal pula di Bandung dan merantau di merata-rata tempat sebelum datang ke Malaysia. Pada mulanya di Malaysia (ketika itu ialah Tanah Melayu), ayah saya datang ke Kelantan bersama sepupu-sepupunya (kerana itu saya mempunyai ramai saudara yang tinggal di Kelantan) dan kemudian datang ke Perak dan bermastautin di negeri itu. Semasa ayah saya datang ke Malaysia, adik-beradiknya yang lain terus tinggal di Indonesia.
Hari ini, kebanyakan kaum kerabat saya di Indonesia, mempunyai latar ekonomi yang sangat baik kalau dibandingkan semasa datuk saya dan ayah saya tiba di sana. Alhamdulillah, kami juga tidak pernah putus hubungan dengan mereka, walaupun suatu ketika dahulu, semuanya tidak mudah.
Nun jauh di sana, namun mereka tetap dekat di hati.
Kami sudah berkali-kali ke Bandung dan kalau dibandingkan dengan Jakarta, kami lebih suka Bandung, tambah pula tempat itu mempunyai banyak kisah dan nostalgia. Kerana itu juga saya pernah mengambil latar Bandung dalam novel saya 'Seharum Kasih'. Malah, nama Rasya Aleeya dalam novel itu saya ambil nama anak saudara saya di sana.
Insya-Allah, sekitar dua minggu lagi kami akan ke Bandung untuk bertemu dengan sepupu-sepupu kami dan keluarga mereka, juga abang sulung saya yang tinggal di Bogor (Bogor tidak jauh dari Bandung).
Okeylah... bila saya ada masa, mungkin saya akan cerita lagi tentang ahli keluarga saya.

Tuesday, September 06, 2011
Dia Macho... Tapi Cerewet Giler!
Salam semua,
Huhu... ini cerita betul ni. Masa cuti-cuti di musim raya, banyaklah cerita yang terkeluar dan di antaranya ialah kisah lelaki yang cerewet. Bukan cerewet sikit-sikit, tapi cerewet giler!
Adalah mamat sekor ni... orangnya boleh tahan handsome. Malah kalau tengok sekali, memang akan buat gadis tertoleh-toleh, maklumlah dia dikira sebagai berupa. Semuanya okey belaka, tetapi dalam banyak hal, payah pula dia nak dapat gadis yang melekat. Pada asalnya, ramai yang agak hairan juga, kerana melihat dia tak putus-putus jatuh cinta, tapi tak pernah menjadi. Korek punya korek, last-last tahulah kisahnya. Rupanya si mamat ni memang cerewet. Kalau masuk kereta dia, tak boleh tersilap langsung, bukan dengan awek aje, dengan kawan lelaki pun sama juga. Kalau hari hujan dan baju terbasah masa nak masuk keretanya, siaplah engkau. Dia tak bagi duduk atas kerusinya. Kena cari benda lain untuk lapik kerusi keretanya. Tak pun, tunggu dulu kat luar sampai baju kering!
Kalau di rumahnya pun sama aje. Tak boleh kotorkan apa-apa dalam rumahnya. Semuanya mesti kemas 24 jam. Kalau terbasahkan meja dia, masa itu juga dia akan ambil kain untuk mengelapnya. Kalau masuk rumah dia, tak usah haraplah nak kotorkan apa-apa. Kalau masuk toilet dia, sebaik sahaja keluar, dia akan kemaskan semula, termasuk flushkan toilet sekali lagi!
Kata member dia, awek yang kenal dengan dia semuanya takut. Kalau dia ajak makan pun, dia sangat cerewet. Kalau makanan yang dihidangkan tak sedap, masa tu juga dia panggil pelayan kedai dah suruh hantar makanan itu balik ke dapur! Aduh mak oi...
Saya biasalah dengar tentang perempuan yang cerewet, tapi memang jarang dengar lelaki yang cerewet. Tapi bila kami bersembang, rupa-rupanya memang banyak kaum lelaki yang cerewet giler!
Ada tu, baju mesti digosok dengan cara yang paling betul, macam kat kedai dobi 'Ah Seng', tak boleh tersilap side! Ada tu pula, tak suka tengok perempuan yang tak berkemas. Katanya, "Sakit mata". Hehe... bagi dia, perempuan mesti cantik dan bergaya, tak boleh comot-comot.
Dulu, pernah juga saya kenal dengan seorang mamat ni. Dia kata dia nak cari isteri yang cantik macam adik-adik perempuannya (kebetulan adik-adik perempuannya memang cantik-cantik belaka). Saya pun tunggulah juga, nak tengok bakal isterinya. Akhirnya dia berkahwinlah dan pada mata saya, isterinya itu biasa-biasa sahaja. Okeylah tu. Walaupun dia cerewet pada asalnya, dia terpaksa juga terima takdir. Bukan semuanya yang kita suka kita akan dapat.
Bagi saya, tak kisahlah lelaki atau perempuan, kalau nak cerewet pun biarlah bertempat dan tak melampau. Ada ketika kita tak boleh cerewet sangat. Janganlah kerana kita terlalu cerewet kita menyinggung pula perasaan orang lain. Tapi... lelaki cerewet memang susah nak cari pasangan, sebab banyak orang perempuan kurang gemar dengan lelaki yang cerewet. Betul tak?
Kalau tak betul, tak mengapa kerana ini sekadar pandangan saya sahaja.
Wassalam.
Monday, September 05, 2011
Foto Lama Famili Saya
Salam Syawal
Dalam bulan Syawal begini, ada kala banyak kisah lama yang datang menjadi ingatan dan kenangan. Kebetulan, saya menghubungi bapa saudara saya yang kini berada di Amerika Syarikat (dia memang rakyat Amerika dan tinggal di sana) dan dalam usia yang sangat matang (sekitar 86 tahun), dia banyak menceritakan kisah-kisah silam famili Allahyarham ayah saya. Bapa saudara saya ini ialah adik bongsu bapa saya (hanya tinggal dia seorang merupakan adik ayah saya yang masih ada lagi), dan kami memanggilnya Ami Mustafa (Ami ialah panggilan untuk bapa saudara). Untuk makluman, bapa saudara saya boleh bertutur dalam lima bahasa.
Ketika saya berusia 12 tahun, itulah pertama kali saya bertemu bapa saudara saya itu (datang dari US) dan sejak itu saya selalu menghubungi anak perempuannya yang seusia saya. Kami terus berkomunikasi hinggalah sekarang dan walaupun bapa saudara saya sudah tua, dia masih mampu menghubungi kami melalui Internet. Alhamdulillah.
Bapa saudara saya itu selalu datang ke Malaysia dan Indonesia dan pada asalnya, kami bercadang untuk berjumpa di Bandung, Indonesia sekitar 23 September ini. Tetapi malangnya, Ami Mustafa sudah tidak berdaya untuk berjalan jauh (memerlu lebih 15 jam perjalanan). Pada 24 September nanti, sepupu saya akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di Bandung, dan biasanya kami semua akan berkumpul. Insya-Allah, saya dan keluarga akan ke sana.
Ami Mustafa juga telah menghantar beberapa foto lama yang ada di dalam simpanannya dan dengan sukacitanya saya paparkan di blog ini untuk mereka yang rajin bertandang di blog saya. Inilah famili saya di sebelah ayah saya.

Gambar Datuk saya Ezzat, dua orang bapa saudara saya, Lutfi dan Mahdi, dua orang ibu saudara saya, Amnah dan Ferdos semasa mereka baru tiba di Indonesia dari Turki.
Foto Ami Mustafa (semasa muda) yang sangat saya sayangi.
Kerja, Jangan Tak Kerja
Salam semua
Harap-harap setakat ini kita semua dah puas beraya, jangan pula hari Isnin aje kita pun ambil MC, konon-konon kena cirit-birit (alasan basi)... hehe. Biarlah kita semua pergi kerja dan buat kerja dengan ikhlas, bukan hanya untuk dapatkan rezeki halal tetapi dapatkan kerahmatan Allah swt. Tak usahlah pergi kerja dengan sungutan dan perasaan yang tak ikhlas. Mungkin orang lain tak tahu, tapi Tuhan tetap tahu.
Biarlah kita mulakan pekerjaan dengan semangat tinggi sekalipun kita tak berapa suka dengan kerja kita itu, tetapi setidak-tidaknya kita ada juga tempat kerja dan ada juga kerja, betul, kan?
Mungkin ramai yang menonton di peti televisyen urusan membawa balik jenazah Allahyarham jurukamera Bernama, Noramfaizul Mohd Nor dan betapa sedihnya kita melihat keadaan keluarga yang ditinggalkan. Apa pun, kita perlu tabik arwah Noramfaizul kerana tak pernah takut untuk jalankan tugasnya itu sekalipun berada di persekitaran yang sangat rumit dan gerun. Begitulah kalau kita reda dengan apa yang kita jalankan.
Mencari rezeki bukan sekadar mahu mencari wang semata-mata, tetapi kita perlu juga mempunyai perasaan yang seronok untuk bekerja. Biarlah kita lakukan kerja seharian kita dengan semangat yang tinggi, biarlah kita gunakan waktu bekerja sebaik mungkin, tidak curi tulang, tidak mengguna alat-alat pejabat untuk hal peribadi, tidak buang masa dan yang penting, kita berikan tumpuan, fokus dan tunaikan amanah untuk bekerja. Kalau sudah kita lakukan semuanya, insya-Allah itu bermakna kita sudah pun tunaikan kewajipan kita.
Rezeki kita ditentukan Allah SWT, bukan oleh siapa-siapa. Namun begitu, sebagai manusia, kita perlu usahakannya dan janganlah kita mahu cepat kaya tanpa mahu melalui sebarang ujian. Kalau kita cepat merasa senang (atau kekayaan), mungkin cepat juga kita akan mengalami kesusahan atau kerugian. Lebih baiklah kita berusaha sedikit demi sedikit dan dalam perjalanan untuk mencari rezeki halal, kita tidak lakukan apa-apa yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak pijak kepala orang lain, tidak sabotaj orang lain, tidak buruk-burukkan orang lain (termasuk bos kita sendiri dan rival kita), tidak mengkhianati orang lain, tidak rasa bahagia bila orang lain berada dalam kesusahan dan sentiasa berusaha dan cermin diri sendiri agar semua yang kita lakukan itu mendapat keberkatan Tuhan yang maha Esa, insya-Allah.
Semalam, saya sibuk melayan tetamu (tak henti-henti yang datang) dan hari ini masih ada tetamu yang akan datang. Alhamdulillah. Dalam pada itu, banyak pula jemputan perkahwinan yang kami terima. Insya-Allah, panjang umur, sihat badan dan murah rezeki, kita akan hadirkan diri.
Kepada anda yang mulakan kerja hari ini, berilah tumpuan yang terbaik agar hari-hari kita di masa depan akan sentiasa bercahaya hendaknya. Selamat Hari Raya sekali lagi.
Saturday, September 03, 2011
Konon-Konon Nak Lepak
Seafood Spaghetti Carbonara
Salam
Hari ini saya agak busy lah jugak (eh pernah tak busy ke?), bukannya apa, banyak meraikan tetamu. Kan Hari Raya, mestilah macam tu. Iyalah, memang seronok meraikan tetamu ni. Bukan selalu kita dapat buat macam ni. Sempat juga saya uruskan taman saya. Maklumlah, di musim cuti macam ni, cik abang saya ada di rumah, jadi dapatlah dia tolong-tolong.
Petang tadi konon-kononnya nak beli benih kat nursery, lepas tu cadang nak lepak-lepak dengan cik abang. Nak pergi jauh-jauh takut tersangkut dalam jam, maklumlah orang ramai mula nak balik ke Lembah Klang. Lepas aje beli benih, kami pun mulalah nak meronda, belum sempat ke mana-mana dah dapat panggilan daripada putera bongsu kami. "Umi ada kat mana?" soalnya.
"Baru nak jalan-jalan ni menghala ke Labu," jawab saya. Dalam kepala dah terbayang teh tarik.
"Kawan-kawan Nabil nak datang ni, " katanya lagi.
"Ramai ke?"
"Dalam tiga empat orang je."
Okeylah, kami pun ambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan saya buat panggilan, suruh adik saya rebuskan spagetti. Sebaik sahaja sampai, Nabil sudah tiba dulu. Dia baru pulang dari Putrajaya.
"Umi... kawan Nabil yang nak datang ni ramailah. Mungkin tujuh lapan orang. Makanan cukup tak?"
"Insya-Allah okey, " jawab saya lagi.
Kami pun apa lagi, kelam-kabutlah bersiap-siap. Goreng ayam (instant), masak Seafood Spaghetti Carbonara, potong nasi impit, sendukkan rendang dan siapkan minuman selain dari masukkan kuih-muih dalam balang. Sedang sibuk memasak kawan-kawan Nabil pun tiba. Ha emak engkau, bukannya tiga empat orang atau tujuh lapan orang, tapi 17 orang. Alhamdulillah, semuanya cukup belaka. Malah, sangatlah meriah sebab kebanyakan kawan-kawan sekolah Nabil saya memang dah lama kenal. Kini, masing-masing sudah pun belajar di merata-rata tempat, tidak di Nilai lagi. Bila raya, barulah dapat berkumpul.
Beginilah bila kita menyambut Hari Raya.
Dalam pada itu, kami ingin sampaikan ucapan takziah kepada keluarga jurukamera Bernama yang telah menemui ajalnya di Somalia. Semoga Tuhan rahmati roh Noramfaizul Mohd Nor. Al Fatihah.

Friday, September 02, 2011
Kot Iya Pun Beraya...
Salam,
Sajalah saya nak bercerita tentang orang kita menyambut Hari Raya. Memang tak dinafikan kebanyakan orang kita meyambut hari raya beriya-iya. Mana tidaknya, cuba tengok cara orang kita berbelanja untuk sambut hari raya, macamkan barang-barang semuanya nak habis, berebut-rebut membeli, termasuklah perhiasan rumah, kuih-muih, pakaian dan macam-macam lagi. Ada juga yang sempat beli barang kemas baru. Ada tu, siap renovate rumah lagi (yang berbajet besarlah).
Tak kisahlah nak sambut macam mana pun. Tapi memang elok kalau kita menyambut secara sederhana dan ikut kemampuan. Kalau tak mampu, tak usahlah ikut nafsu. Tak salah pun kalau kita beraya secara bersederhana sahaja. Ala kadar. Saya sendiri tak ada baju raya. Pakai aje baju lama. Anak-anak dan cucu sibuk nak ikut tema warna, kita ikut juga, tapi masih pakai baju lama... hehe. Seelok-eloknya, tak usahlah kisah pasal tema atau warna. Kalau kebetulan ada, pakailah. Kalau tak ada, biarlah!
Kuih pun macam tu. Saya tak beli apa sangat. Yang ada tu semuanya orang yang bagi. Alhamdulillah. Balik Johor pun kita dapat lagi. Syukran. Kuih yang ada tu kita buat jamu orang pulak.
Tapi ini saya nak tegur sikit. Bukannya nak mengata, hanya sekadar nak mengingatkan dan saya harap apa yang saya tulis ini dapat membantu kita sama-sama. Ini ialah hal berkemas dan kebersihan. Ada juga yang saya perhatikan, tak ambil kisah untuk kemaskan rumah. Beraya sakan, tapi rumah tunggang-langgang, tak ambil pot pun untuk bersihkan. Sebenarnya kalau kita tak berduit pun tak apa, sebab untuk kemas rumah dan bersihkan rumah bukannya perlukan bajet besar. Cuma guna tenaga dan semangat. Tetapi ianya sangat penting kerana ini merupakan 'kualiti kehidupan' kita. Bukan sekadar untuk tetamu yang datang tetapi untuk diri kita dan keluarga.
Jangan biarkan bilik air kita berbau dan berlendir. Jangan sampai tetamu pun nak termuntah bila nak tumpang bilik air kita. Ajarlah anak-anak guna bilik air dan tandas dengan cara yang betul dan pastikan anak-anak jaga kebersihan. Jangan biarkan rumah kita sesak dengan barang entah apa-apa hinggakan nak masuk ke dalam rumah pun susah. Tak kisahlah rumah kecil atau besar, tapi kalau kita rajin mengemas, tentulah rumah kita tak macam keadaan yang sedang dalam peperangan. Macam tongkang pecah! Aduh mak!
Saya pernah pergi ke rumah flat (harga murah), tapi bila masuk, saya terlupa yang itu rumah kos murah, sebab tuannya kemaskan rumah dan aturkan rumahnya macam itu sebuah rumah yang harga tinggi. Bukan maksud saya kita kena berbelanja besar untuk hias rumah, tetapi kita boleh lakukannya dengan mengemas rumah kita elok-elok sekalipun tak ada perabot! Yang penting, biarlah rumah kita bersih, bilik airnya bersih dan tidak berbau! Jangan biarkan rumah berbau hapak atau bau tengik atau masam! Jangan biarkan ruang dapur kita berselerak dan macam baru lepas banjir besar!
Hati dan jiwa jadi tenteram bila kita lihat keadaan sekeliling kita nyaman, teratur dan bersih. Biar tak ada apa sangat yang kita jamu tetamu, tetapi tetamu berasa selesa dengan persekitaran rumah kita. Biar rumah kita kosong tak ada apa-apa daripada rumah penuh sesak sampaikan tak nampak apa-apa!
Okeylah... esok-esok saya cerita lagi. Bukan tujuan saya nak kecilkan siapa-siapa atau nak rendahkan siapa-siapa, sekadar untuk sama-sama ingatkan diri kita agar utamakan kebersihan dan keselesaan. Sebenarnya ini adalah tuntutan agama Islam. Tingkatlah kualiti hidup kita dengan sedikit usaha dan semangat. Jangan nak beraya sakan, tetapi kita lupakan asas kehidupan.

Thursday, September 01, 2011
Seronok Juga Berhari Raya
Salam Syawal semua,
Alhamdulillah, saya masih di sini dan anda juga masih membaca entri di blog saya ini. Okeylah, sampai masanya untuk bercerita tentang Hari Raya. Setelah berpuasa selama sebulan, nampaknya raya pun bukan main juga. Sebenarnya saya suka juga hari raya ni, sebab pada hari raya pertama, adik-beradik saya akan berkumpul di rumah saya sebab ibu saya tinggal di rumah saya. Bukan hanya adik-beradik, tetapi semua anak-anak saudara dan cucu saudara. Termasuklah anak-anak saya, menantu dan cucu-cucu.
Saya pun apa lagi, tak kering tangan buat kerja di dapur. Air kena bancuh bergelen-gelen. Makanan pun tak henti-henti kena tambah, dari pagi sampailah tengah malam. Memang tak rehat langsung. Tapi, Alhamdulillah... saya masih di sini untuk buat air punch, air kopi kaw-kaw dan teh tarik. Kedai saya terus buka sampai tengah malam, sampai lutut pun dah tak larat nak berdiri, hehe... Apa pun, saya seronok dapat melayan kaum kerabat. Adik perempuan saya dan anak-anak saudara semuanya tolong, termasuklah menantu-menantu dan cik abang saya. Semua orang menolong, bersiap dan tolong makan sekali... hehe. Selain dari adik-beradik saya, kami juga dikunjungi anak-anak Arab dari Yemen. Setiap tahun mereka 'join' kami berhari raya. Alhamdulillah.
Hari raya kedua, saya turun ke Johor Bahru, rutin tahunan kami. Kali ini anak saya Irfan, isterinya dan anaknya, juga anak saya Laila Hana, suami dan anaknya ikut kami sekali. Juga anak bongsu saya. Yang tak ikut sekali ialah Faiz anak-beranak, kerana tahun ini ialah giliran dia beraya dengan mentuanya.
Di Johor Bahru, puaslah kami meronda-ronda, dari satu rumah ke satu rumah, dan macam-macamlah yang kami makan. Nasi beriani, toseh, ketupat, lontong, soto, laksa Johor dan macam-macam lagi. Termasuklah kuih raya yang sedap-sedap belaka. Puasa sebulan dan makan dua hari... huhu...
Paling penting ialah kami dapat jumpa dengan saudara mara. Ada ketika, kami berasa sedih, teringat kepada mereka yang dah tiada lagi, termasuk arwah Kak Nor (Namanya ialah Sharifah Nuraini), namun kami tidaklah mahu bersedih sahaja, kerana hari raya ialah untuk kita sama-sama meraikan kemenangan.
Okeylah, saya dah letih ni. Esok-esok saya bercerita lagi sebab memang saya ada cerita yang nak kongsi sama. Untuk malam ini, ada gambar saya dengan cucu-cucu saya semasa berhari raya di rumah saya.
Selamat Hari Raya dan Wassalam.
Gambar Lola dengan Firas dan Yusufia. Kami pakai biru maa...
Ali, Yusufia dan Firas
Yusufia

Subscribe to:
Posts (Atom)