Assalam
Saya lambat update blog hari ini sebab pagi tadi pergi jumpa pembaca setia saya dan kami makan tengah di Universiti Nilai. 'Fine Dining' beb, tapi makan tengah hari bukan dinner... hehe... actually kami melayan pelajar-pelajar program culinary universiti itu yang menyediakan makanan istimewa untuk kami. Alhamdulillah. Memang sedaplah! Terbaik!
Okeylah... nak sambung cerita tentang perjalanan kami ke Tokyo. Sebenarnya pada mula-mulanya, saya agak takut juga kot-kot Tokyo itu tak sehebat cerita orang. Dah lama kami nak ke Jepun, tapi asyik tertunda sahaja. Akhirnya ke sana juga.
Alhamdulillah, kami disediakan hotel yang cantik lagi besar oleh pihak agent yang mengurus perjalanan kami. Hotel kami mempunyai lebih dari 1500 kamar tidur dan setiap ruangnya sangat besar, termasuk tempat makan dan lobi. Malah, kamar tidur kami juga sangat selesa. Biasanya kalau kami ke kota besar, memang payah nak dapat kamar yang luas. Tapi yang paling mengkagumkan ialah toiletnya. Sangat hightech! Malah, bukan hanya di kamar hotel kami, tetapi di kebanyakan toilet public atau tandas awam, juga sangat hightech hinggakan kami tak kisah untuk selalu ke tandas. Dah tu, semua tandas mereka pasti ada toilet paper! Orang Jepun sangat pembersih, tak serupa kebanyakan negara Asia lain, termasuk negara kita. Sangat mudah untuk guna toilet mereka, hanya tekan sahaja tempat-tempat yang disediakan.
Di mana-mana sahaja, semuanya bersih, tetapi tempat mereka tidak disediakan tong sampah. Mereka dididik dari kecil lagi untuk tidak membuang sampah. Sampah sendiri kena bawa balik rumah. Dan di rumah pula, semuanya direcycle.
Kedai-kedai mereka sangat teratur. Tak ada main lambak di merata-rata tempat. Mereka juga berjalan laju, tak ada nak buang masa. Malah, orang Jepun sangat terkenal dengan kerajinan mereka. Apa yang baik itu, biarlah kita jadikan pelajaran dan ilmu buat kita agar kita juga dapat memperbaiki cara kita mengatur hidup seharian. Yang penting, memang elok sangat kalau kita sentiasa mengamalkan kebersihan.
Seperti yang kita sedia maklum, Jepun sangat moden. Dalam pada itu, mereka juga cuba kekalkan budaya tok moyang mereka. Mereka sangat artistic. Semuanya teratur dan tidak bersepah. Kenderaan awam mereka juga sangat canggih. Segala-galanya besar dan selesa. Kami merasa juga naik bullet train atau kereta api laju. Memang pantas sungguh. Perjalanan 150 km hanya mengambil masa setengah jam sahaja.
Tentang makanan pula, alhamdulillah kami tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Walaupun ramai yang kata Jepun mahal, tapi saya rasa tak adalah mahal sangat kalau dibandingkan dengan negara-negara maju lain. Malah, ada tempat-tempat tertentu di KL juga mahal, mungkin lagi mahal dari Jepun!
Lagi satu yang menarik tentang orang Jepun, mereka sangat berbudi bahasa. Tidak bercakap kasar terutama kalau dibandingkan dengan orang Korea. Mereka juga mempunyai disiplin yang tinggi. Nak buat apa pun mereka mesti beratur tidak bertolak-tolak.
Okeylah... berhenti dulu.
Wassalam.
Dalam bullet train
Inilah rupa bullet train mereka
Tokyo
Japanese garden di kawasan hotel kami
naik cable car
Kawasan hotel
Ueno Park, Tokyo
Di bahagian old city, Tokyo
Minum-minum di sebuah kafe yang berusia seratus tahun
Pasar mereka
Pasar menjual pelbagai barangan
Gerai kebab Turki
Di stesen subway mereka
Lepas penat shopping, berhenti di sebuah kafe
breakfast di hotel
Di laman hotel
Tea break di Panasonic
Bersama pemandu pelancong kami, Kentaro dan Jacky
Tokyo Bay yang canggih
Di Restoran Pakistan
Di luar shopping complex. Belakang tu ada statue of Liberty
Transformers Jepun, Gundam
Eh... kat Jepun pun ada Aina... hehe
Isy, perasannya!
Dalam shopping complex
Ketika melepak di Ueno Park