Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, June 08, 2013
Dah Jadi Macam Orang Muda
Zaman black and white
Assalam.
Hari ini hari Sabtu, biasanya merupakan hari relaks dan kemas-kemas di rumah. Hari ini, ada majlis perkahwinan di Rawang dan in syaa Allah saya dan suami akan pergi. Bukan apa, kebetulan majlis hari ini merupakan majlis orang kampung saya... jadi in syaa Allah, harapan saya ialah untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama.
Begitulah kita, bila umur meningkat, kita selalu kenangkan masa-masa kita remaja dulu. Zaman kanak-kanak menjadi sangat nostalgia. Teman-teman lama kalau boleh kita nak selalu jumpa. Bukannya apa tapi nak kenang-kenang masa lama. Zaman hari ini memang sangat berbeza dengan zaman kami dulu-dulu.
Sebenarnya, bila kita melalui masa dan zaman ini, banyak yang kita belajar. Pengalaman adalah ilmu yang tak mampu kita cari begitu sahaja. Nak beli pun tak boleh, sebab tak ada yang menjualnya. Apa yang kita mampu lakukan ialah untuk kongsi bersama anak-anak dan juga teman-teman yang lain. Bagi saya, saya suka berkongsi dengan pembaca-pembaca, kalau tidak di dalam novel tentunya di blog ini. Sharing is caring. Saya cuba amalkan rasa untuk berkongsi ini agar kita sama-sama merasa dan belajar. Orang muda hari ini biasanya tidak rasa apa yang kami pernah rasa dulu-dulu. Sekarang, semuanya berlainan. Cara berkawan pun tak sama. Orang hari ini lebih banyak berinteraksi di alam maya bukan di alam nyata, lebih banyak berdepan dengan gadget, tidak banyak dengan manusia.
Okeylah sayang semua... saya nak bersiap-siap, nak ke Rawang... jauh tu dari rumah saya di Nilai ni. In syaa Allah kita berjumpa lagi di alam maya.... ha ha ha ha... nampaknya saya pun dah jadi macam orang muda!
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
