Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, September 03, 2014

Kasih Yang Tak Ikhlas

Assalam

Berkali-kali saya menulis tentang keikhlasan dalam kasih sayang. Sudah banyak entry di blog ini yang saya bincangkan tentang kasih dan sayang kerana dalam hidup, perkara ini sangat penting. Manusia yang tidak tahu menilai kasih dan sayang adalah manusia yang berhati 'Robot'. Tak tahu bagaimana untuk menunjukkan keikhlasan di hatinya.

Memang ramai yang mempunyai hati 'kayu', yang meletakkan prioriti benda-benda lain dalam hidupnya. Biasanya wang ringgit mampu mengatasi segala-galanya. Ada wang, abangku sayang, tak ada wang, abang pun melayang!

Sedih, kan... kalau itu menjadi pedoman hidup kita. Tak kisahlah apa yang kita nak sayang, termasuk binatang, ahli keluarga, kawan, pokok dan tanaman, yang penting sayang kita pada Tuhan. Kalau ikhlas, tak ada apa-apa pun di dunia ini yang jauh lagi penting daripada mencintai-Nya. Kita tak gelap mata dengan wang ringgit, tak akan makan rasuah, tak peduli tentang kuasa dan kedudukan, tak sanggup menipu dan berbohong untuk lakukan apa sahaja, jauh sekali mengamalkan maksiat. Kalau mata kita gelap dan jiwa kita kotor, wang ringgit dan hal duniawi mampu mengatasi segala-galanya. Maksiat pun kita nampak macam tak berdosa, kerana 'DOSA' tiada dalam kamus hidup kita. Malang sungguh.

Memang malang buat manusia yang 'confuse' hidupnya. Kalau kita confuse masa hidup, pasti bekalan akhirat turut menjadi 'kosong' sebab amalan yang kita ada dalam hidup sudah jadi tunggang-langgang! Allahuakbar.

Memang sedih buat mereka yang suka buat kesilapan. Sangat sedih buat mereka yang kerap tersasul. Kalau keliru antara maksiat dengan perbuatan baik, maka semuanya akan keliru.

Ada orang sanggup bermutaah konon-konon 'menghalalkan' perhubungan, sedangkan yang melakukan itu tak tahu apa-apa tentang 'mutaah'. Bila buat sesuatu yang dikira halal tapi rupa-rupanya 'tak halal mana', mungkin diri sedang bergelumang dalam maksiat. Kalau melakukan perhubungan 'seks' bermakna diri sedang 'berzina' kalau landasan yang diguna itu tidak betul. Nauzubillah.

Dalam Islam, ada ke perkahwinan yang main-main atau sementara? Kalau ada, maknanya senanglah hidup pelacur-pelacur yang ada di muka bumi ini. Betul, kan? Apakah Islam menghalalkan perbuatan melacur? Semestinya tidak, kan? Jadi... jom kita fikir tentang hal seperti ini.

Kalau kita terlibat dalam perbuatan seperti ini, apakah kita takut atau tidak pada Tuhan? Mungkin ada yang takut kalau orang tahu, sebab malu, tapi tak kisah pun sekalipun orang tak tahu, Allah tetap tahu. Jadi, kita tak malu dan tak takut pada Tuhan? Maknanya kita memang tak ikhlas dalam hidup. Kita buat apa sahaja di atas kepentingan diri, termasuklah menghalalkan perbuatan yang salah! Diri kita mampu dijual beli, sama macam status seorang pelacur! Nauzubillah.

Wassalam.

                                                 Sangat mudah untuk jadi pelacur