Fazreen Rafi dan Nazim Othman
Salam pagi Jumaat
Esok dah pun hujung minggu. Sekarang ni apa yang saya lihat ialah orang kita dah mula bersiap sedia untuk hari raya. Hari raya? Eh, puasa pun belum. Tapi biasalah... orang kita memang suka benar fikirkan hari raya, betul tak? Kalau tak beraya tu macam tak ada apa-apa lah agaknya. Huhu. Sepatutnya kita berkobar-kobar menunggukan bulan Ramadhan, tapi malangnya lebih ramai kisahkan hari raya daripada bulan puasa. Cik oi... puasa yang tertinggal tahun lepas dah ganti ke? Hehe... jangan sampai terlupa pulak.
Okeylah nak bercerita pula pasal 'drama' Melayu. Sejak kebelakangan ni, saya terpaksa tonton drama-drama Melayu oleh kerana sebab-sebab tertentu. Saya perasanlah beberapa pelakon-pelakon yang dulunya saya tak tahu pun. Misalnya Fazreen Rafi. Dulu saya tak tahu pun ada pelakon yang namanya macam ni. Hehe. Saya tengok okey jugak dia berlakon. Begitu juga mamat sekor ni... nama dia Nazim Othman. Sebelum ni saya memang tak perasan. Mamat ni pun okey jugak lakonannya. Not bad.
Bila lakonan nampak macam okey, kadang-kadang saya perhatikan 'tidak ketelitian' pengarah dan penerbit dalam hal-hal 'detail' . Saya bagi contoh ya. Ada satu drama ni, konon-kononnya si lelaki mempunyai bangunan pejabat di sebelah bangunan pejabat si perempuan. Malah, dari tingkapnya boleh nampak si perempuan tadi. Maknnya terlampau dekatlah, kan? Tapi... ada 'scene' yang saya anggap macam kelakar pulak. Si lelaki tadi pergi meeting ke tempat wanita, lepas tu masa nak balik... ada pulak naik kereta dan berjalan jauh (sebab ada scene naik kereta pulak dan bersembang tentang apa yang berlaku semasa mesyuarat tu) dan kembali ke pejabatnya. Tak kelakar ke? Mungkin dia orang tak perasan, tapi saya perasan! Adoi.
Inilah yang saya selalu perasan, banyak sangat detail dalam penceritaan drama kita yang tidak diberikan perhatian. Misalnya, bila ada flashback terutamanya kisah yang terjadi bertahun-tahun yang lepas. Takkanlah kereta hari ini (terutama kereta baru) dah ada masa tu? Pelik tu. Kadang-kadang tu pula cerita tu berjalan untuk tempoh bertahun-tahun, lepas tu masa endingnya dikedepankan pula masanya. Lagi kelakar kita melihatnya kerana keadaan semuanya sama saja, macam tak ada perubahan apa-apa.
Apa pun, sudah ada peningkatan dalam hal lakonan kerana banyaklah juga pelakon-pelakon kita hari ini dah pandai berlakon. Cuma saya tak suka sangat menonton drama yang terlalu suka 'highlite' pada keadaan yang 'gedik-gedik'. Macamlah tak cukup dah keadaan 'gedik' di luar sana.
Okeylah, semoga banyak lagi drama yang disediakan itu mampu menghiburkan dan memberi ilmu dan pengajaran buat para penonton. Bukan sekadar drama kosong sahaja.
Wassalam.