Assalam
Hari ini saya kesibukan dengan adik beradik, adik ipar, kakak ipar dan sepupu saya. Kami telah berkumpul dan meraikan 'belated birthday' kakak saya. Jadi, sejak awal lagi saya telah ke Ampang untuk menjemput kakak saya dan kemudiannya kami ke arah Kampung Pencala untuk makan tengah hari di Restoran Muhibah.
Alhamdulillah, gathering yang sangat menyeronokan. Insyaa-Allah kami merancang untuk adakan gathering seperti itu lagi di masa-masa akan datang dengan kekerapan yang lebih lagi.
Silaturahim perlu dijaga, bukan untuk dirosakkan kerana Allah swt tidak suka pada apa jua kerosakan yang dilakukan manusia. Berkali-kali Allah swt dalam al-Quran sentuh tentang hal 'kebaikan' yang perlu umat manusia lakukan dan 'kerosakan' yang perlu kita tolak. Semoga kebaikan seperti ini kami dapat teruskan hingga akhir hayat. Subhanallah.
Wassalam.
Saya bersama kakak dan adik saya
Bersama adik, kakak, adik ipar, kakak ipar dan sepupu kami.
Dari kiri.... Kak Hanim, Fifah, saya dan Zurina
Antara makanan yang kami pilih di Restoran Muhibah



