Assalam
Hari ini saya nak bercerita tentang satu isu yang agak sensitif juga. Iaitu tentang kehadiran wali atau dapatkan izin wali untuk menikah. Isu ini saya bangkitkan khas untuk kaum wanita kerana biasanya, bila kita jadi terlupa kerana ralit dengan 'cita-cita' untuk berkahwin, kita tak kisah pun kalau apa yang kita lakukan itu merupkan perkara baik atau tidak, elok atau tidak. Macam orang bayar saman lah. Konon-konon bayar saman, tapi guna duit lima sen kerana sengaja nak menyusahkan orang lain! Itu sebenarnya menunjukkan peribadi kita yang tak elok. Seolah-olah kita tak punyai akal dan perasaan.
Kalau anda membaca novel-novel saya, memang banyak kisah pernikahan yang saya ceritakan dan tak ada satu pun kisah perkahwinan yang saya paparkan, tanpa izin wali pihak perempuan, tak kisahlah si wanita itu anak dara ke, janda ke atau balu. Termasuklah 'Selamat Malam Kekasih' di mana watak perempuannya, Maya Karmilla yang merupakan seorang balu, telah membawa abangnya sebagai wali ketika menikah dengan watak Misyal yang merupakan seorang bujang.
Begitu juga Nuraina dalam Sesuci Cinta, ketika menikah dengan Armand di London. Dia telah mendapatkan izin ayahnya yang berada di Malaysia. Watak Rasya Aleeya dalam 'Seharum Kasih' seorang janda berhias, juga telah mendapatkan izin walinya untuk menikah dengan Syed Reeza, juga seorang bujang. Watak Insyirah ketika menikah semula dengan bekas suaminya Ilham, juga menikah dengan kehadiran walinya. Dalam Bunga-Bunga Kemboja, Nur Qahirah terpaksa menggunakan wali hakim kerana dia tidak mempunyai ayah dan juga tidak mempunyai ahli keluarga yang boleh dijadikan wali. Dalam Matahariku, Syakirah menikah dengan Eyyad dengan berwalikan ayahnya, walaupun ketika itu status Eyyad bukan bujang. Begitulah seterusnya, termasuk Dania Hayat ketika menikah di Mekah dalam 'Pukul Tiga Pagi', juga menikah dengan izin walinya.
Perempuan kalau menikah tanpa wali sedangkan walinya ada dan ahli keluargnya ada, menunjukkan sifat 'selfish' nya, kerana mungkin baginya, orang lain tidak penting. Sebagai manusia, kita tak mungkin dapat hidup dengan selesa tanpa ahli keluarga, apatah lagi ibu dan ayah kita. Kalau kita mahu menikah (tak kisahlah kita anak dara atau janda) sebaik-baiknya biarlah ahli keluarga kita tahu dan bersetuju. Tak guna menikah tanpa mereka tahu dan bersetuju, kerana bila kita dalam kesusahan nanti, ke mana kita nak pergi? Takkan nak melopong seorang diri kot?
Sebagai orang Islam, kita jangan ambil ringan hal-hal begini. Mungkin pernikahan kita itu sah, tapi kerana niat kita tak baik dan tak ikhlas, pernikahan yang sah itu juga jadi tak baik. Bukalah kitab kita dan bacalah al Quran. Baca juga kisah-kisah Nabi Muhammad SAW, di mana baginda menunjukkan contoh yang baik untuk ummatnya. Kenapa kita suka terlupa dan ambil ringan tentang hal penting begini?
Kalau nak nikah, biarlah wali kita tahu. Sebaik-baiknya biarlah mereka hadir sama. Biarlah ahli keluarga tahu. Bila saya buat novel, saya pastikan hal-hal begini diambil berat, kerana bagi saya, ahli keluarga adalah sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Kalau nak aman dan tenteram, buatlah perkara yang baik-baik agar hidup kita juga jadi baik. InsyaaAllah.
Wassalam.
cilok dari yahoo
