Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, January 20, 2015

Lirik Lagu 'Touching'



Assalam

Bila saya dengar lagu, saya mendengar juga liriknya. Biasanya lagu yang indah melodinya mempunyai lirik yang indah juga. Semestinya jiwa saya merupakan jiwa romantis dan kerana itu, alhamdulillah saya mampu menghargai lirik lagu yang romantis. Bagi saya lagu 'Di Pintu Syurga' nyanyian Dayang Nurfaizah sangat menyentuh hati dan jiwa. Bukan sekadar suara Dayang sangat unik, tetapi lagu ciptaannya juga sangat unik. Semoga anda dapat menyelami kata-kata 'touching' dalam lirik lagu ini.

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Nak Minum Coklat?

Assalam

Esok saya tak update blog ini kerana esok saya akan keluar dengan cik abang saya. Dia ada kerja dan dia mahu saya menemaninya. Ikut sahajalah...

Okey... awal pagi tadi, saya ke rumah Kak Timah salah seorang jiran saya. Kak Timah ni dah lama jadi ibu tunggal dan saya selalu support Kak Timah dengan apa sahaja aktivitinya terutama yang ada kaitan untuk tambahkan rezekinya. Kak Timah memang supplier baja untuk tanaman saya. Dia menjual baja organik buatan anak saudaranya. Memang 'first class' baja Kak Timah. Pokok saya sihat alhamdulillah, yang mana jenis berbunga memang rajin mengeluarkan bunganya dan mana yang berbuah, juga rajin berbuah termasuk pokok markisa saya. Alhamdulillah. Yang lain-lain pokok hijau memang sihat dan mengeluarkan warna yang sihat. Kak Timah sendiri memang rajin menanam pokok herba di keliling rumahnya.

Beberapa bulan yang lepas Kak Timah menyuruh saya cuba minum produk koko jualannya. Minuman ini diperbuat dari buah koko dan juga buah tamar (kurma). Mula-mula tu saya macam berat-berat juga nak mencubanya, takut tak sedap. Tapi alhamdulillah, sekarang ini  'Tamar Cocoa' ini menjadi minuman popular di rumah saya. Tak payah guna susu dan tak payah tambah gula. Hanya letakkan serbuknya dan campurkan dengan air panas. Nak sejuk, letaklah ais. First class! Kata suami saya, rasa macam chocolate Van Houten. Memang sedap. Yang bagusnya minuman ini banyak khasiatnya, terutama tenaga, dan bagus untuk minda kita. Juga tinggi zat besinya. Memang elok untuk keluarga termasuk anak-anak. Semua orang dalam keluarga saya sukakannya. Malam-malam, itulah minuman kami. Jadi pagi tadi, selain daripada baja, saya juga menambahkan paket minuman koko untuk keluarga saya.

Bukan tujuan saya untuk buat promosi, tetapi apa salahnya kalau kita tolong promote produk keluaran anak tempatan (produk itu dibuat di seberang perai). Kalau anda mahu cuba, cuba cari Tamar Cocoa di Internet. Pasti anda akan jumpa. Kalau anda kaki minum air coklat atau koko, cubalah minuman ini. Pasti tidak menyesal. harganya juga sangat berpatutan.



                                            Inilah rupanya minuman yang saya maksudkan