sekadar hiasan
Salam
Semalam saya bercerita tentang penyakit pelik, hari ni pula nak kisahkan tentang penyakit luar biasa, macam kena santau, sasau, sampuk dan lain-lain, kadang-kadang dikatakan 'buatan orang'. Huhu... iyalah, kalau tak orang lain yang buat, mesti diri sendiri kot, masih buatan orang, kan?
Saya bukannya nak buat lawak tentang hal-hal macam ni, sebab kalau kita yang kena mesti kita takut, kan? Tiba-tiba sahaja kita jadi gerun dan mungkin juga terjerit-jerit sebab ada mahluk lain yang dah 'take over' diri kita. Memang biasa benar kita dengar hal-hal macam ni terutama bila kita dikatakan banyak musuh dan ada orang benci, atau mungkin ada yang dengki dan sakit hati, atau mungkin ada yang tamak. Tapi, penyakit 'buatan orang' ni memang bersebab kot, tak adalah tiba-tiba saja ada orang nak buat sesuatu pada kita tak bersebab. Cuma mungkin kita tak pasti sebabnya, malah tak pasti juga siapa yang buat kita tu. Kalau pergi jumpa dukun, masing-masing ada teori yang berbeza. Malah kalau jumpa sepuluh dukun dan bomoh, maka ada sepuluhlah andaian yang berbeza. Bertambahlah kita jadi keliru.
Kalau kita terkena sakit yang 'aneh' ni, pergi jumpa doktor pun memang tak jadi apa-apa, sebab doktor memang tak tahu nak buat apa pun. Habis-habis doktor suruh balik dan cari cara alternatif untuk berubat. Hah, memang takut, kan?
Yang lagi takut, bila orang di sekeliling kita rekomen macam-macam. Suruh jumpa orang ni dan suruh pulak jumpa orang tu. Ada yang dah awal-awal lagi bagitahu pengkerasnya. Ada kala sampai beribu-ribu yang dituntutnya. Kalau banyak duit tak apa lagi, tapi kalau tak ada, macam mana?
Itu tak apa lagi, tapi bila kita berubat ni, yang paling takut bila kita jumpa 'bomoh' atau 'dukun' yang konon-kononnya berubat secara Islam, tetapi bila baca ayat, ayat-ayat suci dicampur pula dengan ayat apa-apa. Tapi, ada orang tak kisah aje, janji boleh baik. Kalau kena jumpa dukun Siam ke, dukun apa sekalipun, dia akan jumpa, janji boleh baik.
Di sini saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan anda semua di luar sana, agar kita sentiasa berjaga-jaga. Dalam keghairahan untuk berubat penyakit 'aneh' yang ada kaitan dengan mahluk halus ini atau gangguan mereka yang datang dari alam yang berbeza, janganlah kita pun turut jadi sesat. Paling Allah SWT tak suka bila kita umat Islam 'menduakan'-Nya. Tak boleh sama sekali kita percaya bahawa ada kuasa yang lagi hebat daripada kuasa Allah SWT. Kalau ada bomoh atau dukun yang kenakan pelbagai pengkeras tu, tak usah percayalah bahawa mereka berubat kerana percaya pada kuasa Allah SWT. Jangan biarkan diri kita terlibat dengan kesesatan seperti itu lalu menjadi syirik. Nauzubillah min zalik. Kalau kita syirik, itu bermakna kita tidak lagi percaya pada Allah SWT, tidak lagi percaya pada Islam.
Saya sekadar mengingatkan kita sama-sama, agar tidak tercampak dalam kesesatan seperti itu dan terkeluar daripada agama kita yang suci ini. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan selamat di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.
Wassalam.