Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, August 18, 2014
Apa Pilihan Mu?
Assalam
Hidup ini bakkan drama yang kita tonton di TV. Kadang-kadang serupa macam novel yang kita baca. Sebab itu mungkin ada yang takut untuk berkahwin kerana kerap membaca novel atau menonton drama yang paparkan kisah keretakkan rumah tangga. Tetapi itulah realiti kehidupan. Orang di Malaysia hari ini, belum lagi diduga atau berkesempatan untuk berperang atau terpaksa melindungi diri seperti mereka di negara Palestine, atau Iraq, atau Syria, atau Libya, atau Afghanistan dan Pakistan... atau di mana-mana negara yang sedang bergolak di dunia ini.
Pun begitu, kita tetap diduga, tetap diuji. Allah sudah janjikan bahawa setiap kita akan diuji kerana ujian itulah yang menentukan iman kita. Jadi, setiap kali kita diuji, ingatlah bahawa ujian itu adalah ujian keimanan kita. Tak mungkin kita beriman kalau tidak diuji. Masya-Allah. Orang di Palestine, terutama di Gaza, besar sungguh ujian mereka kalau dibandingkan dengan ujian kita di Malaysia ini.
Rata-rata, orang yang berumah tangga akan berdepan dengan pelbagai ujian kerana kita jangan lupa bahawa manusia ini dijadikan Tuhan dengan penuh kelemahan, kalau tidak kuat, pasti akan kecundang dengan dugaan manusia lain yang penuh kesyaitanan di hati mereka. Wal hasil, banyak manusia di dunia ini mempunyai sifat kejam yang sanggup menzalimi orang lain kerana kepentingan diri mereka. Bukan sekadar lelaki, tetapi perempuan pun sama. Wallahuaklam.
Jadi apa pilihan kita bila sampai masa untuk berkahwin? Nak kahwin atau tidak?
Saya berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak kahwin-kahwin hingga usia yang matang. Mereka okey saja. Walaupun mungkin kadang-kadang terasa sunyi, tapi kerana mereka bijak mengatur hidup, kesunyian itu mampu diatasi. Subhanallah. Kata seorang teman yang tak kahwin-kahwin itu, "Tak apalah tak kahwin pun, jauh lagi baik kalau berkahwin tapi hidup makan hati. Sebab itu kot Allah tak sampaikan jodoh saya dengan sesiapa pun. Mungkin lagi baik saya hidup solo." Allah Maha Adil.
Sungguh tu. Buat apa kita nak merungut kalau jodoh tiada. Jauh lagi baik daripada memaksa diri untuk mencari jodoh dan akhirnya terlibat dengan berkahwin dengan suami orang. Yang pasti, kalau pilih untuk kahwin suami orang, 'makan hati' akan hinggap pada diri. "Buat apa cari penyakit kalau tak ada sakit?" Itulah kata kawan saya. "Saya lagi tak sanggup kalau kerana saya, rumah tangga orang porak-peranda. Tak sanggup nak tanggung dosa bila akhirat nanti. Di dunia ni bolehlah kita senyum, tapi bila mati macam mana nak jawab!"
Ya sungguh tu. Apa sekalipun yang kita nak buat, biarlah kita fikir baik-baik dan jangan pentingkan diri sendiri kerana akibat perbuatan kita itu akan menjejaskan bukan hanya masa depan kita tetapi masa depan orang lain juga. Jangan lupa, setiap benda buruk dan tak baik yang kita buat, akan ada balasannya nanti. Tak mungkin terlepas!
Setiap perbuatan tak jujur dan penipuan, kita tak akan terlepas. Allah tak akan izinkan. Subhanallah.
Dalam pada itu, saya mendapat mesej daripada seorang teman yang sedang bercuti di Unied Kingdom. Katanya pada saya yang dia akan berjumpa dengan kawan lama kami di London. Nama kawan kami 'RC'. Kawan kami (RC) dulu kerja sama-sama dengan kami, lepas tu dia ikut suaminya ke tempat lain di bahagian Utara Malaysia. Dia hanya ada dua orang anak lelaki.
Namun begitu, kata kawan saya yang berada di London itu, kebahagiaan hidup RC ditarik pergi bila selepas berpuluh tahun berkahwin dan bahagia bersama suami, tiba-tiba suaminya menceraikannya untuk berkahwin lain. Sudah itu, belum sempat mengubat hati yang terluka, salah seorang anak RC kemalangan dan meninggal dunia. Kini, dia di London untuk menumpang kasih anak yang sudah tinggal seorang. Anaknya itu sedang melanjutkan pelajaran di tahap PhD.
Kesiannya teman lama saya itu. Semoga Allah berikan dia kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Yang pasti, setiap 'lupa daratan' itu akan ada balasannya. hanya masa yang menentukannya. Masya-Allah.
Begitulah pilihan hidup kita. Kita memilih dan kita tak tahu apa penghujungnya. Hanya Allah yang menentukannya. Tetapi, selagi kita percaya pada Tuhan dan yakin akan cinta Allah pada kita, tak payahlah kita risaukan hal lain yang datang untuk menguji kita. Kerana ujian itu datang untuk menguatkan iman kita. Allahuakbar!
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
