Assalam dan ohayo gozaomasu.
Alhamdulillah kami dah pun berada di Malaysia dan dah ucapkan sayonara kepada negara Jepun. Macam biasa, tentulah banyak ceritanya. Tapi yang penting, seperti yang biasa kita dengar, negara Jepun sangat bersih dan teratur. Fantastic! Orang Jepun adalah orang Asia, tak banyak beza dengan orang Asia lain, tapi sangat beza dengan tingkah laku dan disiplin mereka.
Okeylah, saya masih keletihan dan perlu berehat. Cuma dah tak sabar nak bagi tahu anda sekelian bahawa bagi saya negara Jepun jauh lagi hebat dari Korea. Kami dah pernah ke Korea tapi bagi saya, Jepun lagi cemerlang keadaannya dari segi kecantikan suasana dan budaya. Banyak yang perlu kita belajar. Pun begitu, tidak semua yang indah dan baik itu membawa kepada kebaikan secara keseluruhan. Ada benda baik mungkin akan jadi tak baik. Biar saya cerita di entri yang lain. Kali ini saya akan letakkan beberapa gambar dulu untuk anda nikmati. Akan letak lagi di entri yang lain selepas ini, insyaaAllah.
Apa-apa pun, saya dan suami kami bersyukur pada Ilahi kerana memberi nikmat ini. We had a fantastic time together. Alhamdulillah.
Arigato gozaimasu!
Wassalam.
Bilik kami di Hotel New Grand Prince
Beca yang disediakan untuk pelancong di kota Tokyo
Kawasan beli belah utk pelancong di Kota Tokyo
Di kota Tokyo
Saya dan cik abang di kota Tokyo
Makan Jepun untuk makan tengah hari
Di kawasan Imperial Palace kota Tokyo
Masih di taman Imperial Palace
Kami melancong ke Mount Fuji
Di balkoni hotel kami. Nampak kota Tokyo
Kawasan rehat. Kami berhenti utk makan
Kawasan tasik - Five lakes
Di Five lakes - musim autumn
Mount Fuji dari kawasan tasik
Kami naik cable car- mengadap tasik
naik cable car
Mount Fuji - lambang Jepun
kawasan rehat mount Fuji
kawasan rehat mount Fuji - sejuk teramat sangat
Kawasan Mount Fuji
Lobby hotel kami di Tokyo