Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Sunday, April 22, 2012
Tolong Ingatkan Aku
Salam
Haha, ini bukan lagu Ana Rafali (betul ke ejanya?), bukan jugak novel baru Mimie Afinie, tapi inilah benda yang saya nak cerita hari ini. Banyak sangat manusia di dunia ini alpa dan lalai hinggakan tak sedar yang mereka melakukan kesilapan dan kesalahan. Saya bukan sekadar mengata orang, tetapi saya mengata diri saya juga dan ahli-ahli keluarga saya. Mungkin sebagai manusia, kita selalu beranggapan yang diri kita betul dan tak buat benda salah, hinggakan bila kita buat silap dan salah, kita rasa benda itu masih betul. Betul, tak?
Sebab itulah bila kita solat, kita berdoalah pada Tuhan, agar kita tidak dijadikan manusia yang lalai dan terlupa lalu kita buat benda-benda yang salah dari segi agama Islam.
Kadang-kadang kita terlalu asyik untuk hiburkan diri, atau terlalu asyik dengan ingin mengumpul kekayaan, kita terlupa untuk jaga diri kita sendiri. Dengan mudah sahaja kita ketawa terbahak-bahak hingga lupa diri kerana kita terlalu terhibur. Kita terjerit dan terlompat-lompat, padahal kita adalah seorang anak gadis yang bertudung litup dan sangat ayu dari segi fizikalnya. Namun kerana kita terlalai, kita biarkan diri kita jadi macam monyet yang jumpa pisang! Aduhai...
Tak apa lagi kalau itu yang kita buat. Tapi... ada tu lagi dahsyat! Kerana wang, dirinya 'sengaja' lupakan apa-apa sahaja. Walaupun dah tahu, sengaja dia buat tak tahu. Walaupun sedar itu adalah satu dosa besar, dibiarkan diri terperangkap dalam dunia 'hina' dan 'maksiat' kerana berasakan bahawa dia hidup di dunia hanya sekali! Jadi... enjoy! Nauzubillah min zalik.
Sangat-sangat penting untuk kita tidak lupa solat, kerana itu adalah iman kita. Kalau kita tak solat bermakna kita lupa pada Tuhan dan bila kita lupa, kita akan lupa segala perbuatan yang baik-baik lalu kita akan lakukan yang tidak baik. Kita mudah sasul, mudah 'dengan sengaja' lakukan sesuatu yang memudaratkan diri kita kerana ketika itu kita merasakan 'it's okay'. Masa nak mati nanti, kita ucaplah 'taubat'.
Kita mungkin kurang duit dan tidak mewah, tetapi biarkan kita begitu daripada terlibat dengan rasuah dan tidak lakukan tanggungjawab. Bila kita lupa pada Tuhan, kita juga akan dekatkan diri dengan syaitan. 'Berzina' akan jadi sekadar mainan untuk suka-suka, paling bagus bila dapat buat duit. Kita lupa pada segala yang mampu memusnahkan masa depan kita dunia dan akhirat.
Kalau anda seorang perempuan, jagalah maruah anda dan kekallah jadi Muslimah yang mulia. Kalau anda seorang lelaki, jadilah lelaki yang soleh yang mulia di mata Allah SWT. Sama-samalah kita berdoa agar Tuhan tidak membuat kita terlupa untuk mencari keredhaan-Nya.
Tolong ingatkan diri kita supaya kita tak akan lupa. Insya-Allah, Tuhan menjaga kita semua.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)