Assalam
Bila hujung tahun sahaja, ramailah yang bercuti, kan? Biasanya nak habiskan cuti tahunan. Orang macam saya ni, bila-bila pun boleh bercuti, tak terikat dengan kerja ofis. Cumanya kadang-kadang ada komitmen dan perjanjian kerja. Ada deadline (bukan dateline tau) yang perlu saya patuhi. Oleh kerana itu, kadang-kadang saya pun macam orang yang kena ambil cuti juga bila hendak bercuti.
Okeylah... semalam kami agak sibuk juga, mengemas rumah dan juga sibuk pergi majlis kenduri. Kebetulan, ada kenduri yang diatur oleh ahli keluarga, dapatlah kami melepak dengan saudara mara. Malamnya pula, salah seorang sepupu kami datang ke rumah, melepak pula di rumah kami. Wal hasil, mestilah sibuk di dapur. Alhamdulillah, bukan hari-hari dapat buat macam tu.
Hujung minggu akan datang ini, kami juga akan buat majlis tahlil di rumah. Sebenarnya tujuan ialah untuk berkumpul ahli keluarga. Sejak ibu saya meninggal, belum ada kesempatan untuk kami berkumpul beramai-ramai dan kebetulan cuti sekolah, itulah niat kami. In syaa Allah semoga silaturahim dirapatkan lagi.
Semoga kita semua fikirkan yang baik-baik dan buat semua yang baik-baik, semoga Allah juga limpahkan yang terbaik buat kita dunia dan akhirat. Ada ketika, hati kita jadi gusar mungkin, atau berasa tak puas hati, atau mungkin ada sesuatu yang buat kita sakit hati atau terkilan, namun doa kita itu mungkin juga dimakbulkan Ilahi, maka semua yang negatif berubah jadi positif. Hidup ada pilihan. Kalau kita pilih yang tak baik, maka tak baiklah jadinya. Namun kalau kita duduk dan berfikir sedalam-dalamnya serta pohon doa agar Allah tunjukkan jalannya, in syaa Allah kita akan pilih yang terbaik dan akan jadilah yang baik buat kita. Aamiin. Sememangnya kadang-kadang kita 'terpilih' yang salah dan tersilap langkah, namun kita boleh betulkan semula langkah kita, jangan biarkan kita terus tersesat jalan.
Wassalam.
Sana sini di Jepun