Assalam
Alhamdulillah, kami dah pun balik dari Bandung malam tadi. Semuanya okey dan sangat 'enjoyable' walaupun macam-macam kerenah cucu-cucu. Apa-apa pun, saya sebenarnya tidak sedar bahawa Bandung mampu memberi pelbagai kepuasan dalam erti kata 'bercuti yang mantap' kerana memang ada macam -macam yang mampu dibentangkan oleh kota Bandung dan persekitarannya.
Hotel kami sangat selesa mempunyai spread breakfast yang bagus. Transport yang diaturkan juga sangat selesa untuk rombongan kami, alhamdulillah.
Alhamdulillah buat pertama kalinya kami ke Kawah Putih, satu kawasan gunung berapi. Walaupun memakan masa sekitar dua jam untuk ke sana dari hotel kami, Kawah Putih 'is something you cannot miss.' Sangat cantik dan unik. Esok-esok saya akan letakkan gambar-gambarnya. Belum sempat upload lagi. Begitu juga dengan perjalanan untuk ke Kawah Putih, kami melalui kawasan pergunungan. Lepas tu makan-makan di kawasan tinggi. Kutip buah strawberi dan macam-macam lagi aktivitinya. Kami juga ke Floating Market, walaupun saya pernah pergi, tetapi bila pergi dengan famili suasananya sangat berbeza. Kami juga lepak di Lembang (kawasan tinggi) dan kemudian kami ke Kampung Daun, tempat yang sangat menarik dan unik, mempunyai landskap yang sangat cantik. Tidak menjemukan.
Kami juga shopping-shopping di Rumah Mode, di Secret dan juga Pasar Baru. Semuanya 'interesting' dan harga sangat-sangat berpatutan. Kalau cerita tentang makan, memang sangat luas pilihannya. Semestinya kami banyak makan makanan 'Sunda' dengan ikan Gurame nya, ayam bakar, sayur asem dan macam-macam lagi. Kami juga sempat ke Restoran 'Miss Bee', sangat-sangat unik dan menarik. Sepupu saya Ahmad membawa kami ke 'Angklung Concert', juga 'something that cannot be missed'. Sangat-sangat menarik dan menghiburkan.
Kalau kita di Malaysia mempunyai banyak pelancong yang datang ke mari, di Bandung memang banyak betul pelancong Malaysia di sana!
Alhamdulillah, kami bertemu dengan ahli keluarga terutama uncle saya Ami Mustafa.
Semoga Allah berikan hidayah, berikan rezeki, kesihatan dan umur, untuk kami ke Bandung lagi. Saya nak sambung berehat.
Wassalam.
Saya dan cik abang ketika makan Arab di Restoran Gaza, Bandung
Di luar hotel kami di Bandung

