Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, August 12, 2015

Belajar Untuk Tahu

Assalam

Semalam, hujan hampir sepanjang malam. Alhamdulillah. Syukur di atas nikmat yang diberikan Allah swt.

Pagi ini, sajalah saya nak berbual tentang rezeki. Sebenarnya saya sedang tunggu tukang urut saya tiba dari KL. Beliau datang dari Medan setiap dua bulan dan bila datang ke kawasan rumah kami, dia akan duduk di rumah kami. Saya, anak dan menantu semuanya guna servis tukang urut ni. Beginilah orang cari rezeki. Sanggup datang jauh-jauh. Jadi kita di sini, janganlah lupa diri. Sebenarnya rezeki itu ada di mana-mana.

Untuk murahkan rezeki kita, rajin-rajinlah bersyukur atas segala nikmat Allah swt. Kalau tak bersyukur, mungkin rezeki jadi berat atau tak ada barakah. Lagi satu... selain rajin buat solat Dhuha, rajinlah bersedekah. Jangan takut habis duit sebab rezeki Allah yang berikan. Lagi banyak kita sedekah, insyaa-Allah bertambah rezeki kita.

Tapi kita juga jangan lupa, rezeki itu bukan sukatannya sekadar pada wang ringgit dan material sahaja, tetapi rezeki itu datangnya dari pelbagai segi termasuklah waktu, kebaikan dan kebahagiaan yang kita tak dapat sukat dengan wang ringgit. Subhanallah. Waktu dan masa yang Allah berikan adalah sangat berharga, jangan pula kita sia-siakan dengan amalan yang tak disukai Allah swt seperti buat maksiat dan sebagainya. Allah akan kutuk kita, nauzubillah. Waktu yang Allah pinjamkan jadikanlah ia penuh dengan ibadah dan amalan baik. Buat baik, fikir baik dan minta yang baik-baik.

Allah berikan kita kebaikan mungkin dari segi kawan-kawan di sekeliling kita. Itu juga rezeki. Allah berikan pasangan yang baik hati. Itu juga rezeki. Allah berikan kita anak-anak, itu juga rezeki. Allah berikan sanak-saudara yang sentiasa baik hati pada kita, itu juga rezeki. Allah berikan kita rasa tenang, rasa sihat dan rasa bahagia. Itu adalah rezeki besar. Syukur alhamdulillah.

Belajarlah untuk tahu semua itu. Belajarlah untuk menghargai apa yang kita ada dan apa yang diberikan Allah swt pada kita.

Sentiasalah kita hulurkan rasa syukur dan rasa insaf, kerana kita jangan lupa ada berjuta-juta di luar sana yang sedang bergelut mencari ketenangan dan kebahagiaan.

Semoga kita menjadi insan yang murah rezeki dalam pelbagai aspek yang Allah berikan pada kita. Aamiin.

Wassalam.

                                                  Belajar untuk tahu. Inilah Gurun Sahara