Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, May 13, 2013

Fantasia Bulan Madu

Mesti ada yang teringin nak pergi tempat macam ni, kan?

Assalamualaikum...

Musim orang kahwin-kahwin. Ada musim ke? Rasanya sekarang ini, tak tunggu cuti sekolah lagi, tiap-tiap hujung minggu, ada sahaja yang nak kahwin. Betul tak? Bagi saya, bulan April, Mei dan in syaa Allah Jun ini, hampir setiap hujung minggu ada sahaja kaum kerabat, jiran tetangga dan anak-anak teman yang akan berkahwin. Alhamdulillah, semoga berkembang lagi generasi kita di bumi ini.

Hari ini, jom kita bercerita lagi tentang destinasi bulan madu. Dulu, saya pernah tulis di blog ini, tapi apa salahnya kita bercerita lagi kerana saya percaya, ramai yang suka baca entri yang macam ini, terutama bagi mereka yang sedang rancang untuk berkahwin.

Tiga perkahwinan yang baru berlangsung pada hujung April dan bulan Mei setakat ini, membawa pengantin-pengantinnya ke tiga destinasi menarik. Satu ke Pulau Mauritius, satu ke Los Angeles dan satu lagi... deng deng deng... ke Kathmandu, Nepal. Mungkin ada di antara anda yang tak berapa familiar dengan tempat yang saya sebutkan ini (Kathmandu). Sebenarnya tempat ini terletka di kawasan kaki Gunung Everest. Pastinya sangat unik, istimewa dan romantik! Memang jarang benar saya dengar orang ke sana untuk berbulan madu. Saya pernah teringin untuk ke sana (masih teringin lagi) tapi belum tercapai cita-citanya. Tak apa... bersabar dulu. Apa pun, mungkin itulah yang anda boleh fikirkan bila bualkan tentang destinasi berbulan madu. Agak-agaknya di mana akan meninggalkan kenangan yang termanis. Kawan saya pernah ke Kathmandu, katanya tempat itu memang fantastic!

Apa pun, seorang lagi yang juga baru berkahwin, telah memilih Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu. Bagi saya, pulau-pulau seperti itu, pasti menarik dan romantik. Kalau saya merupakan pasangan yang baru kahwin, saya akan pilih pulau atau tempat yang tinggi dan sejuk... hehe... romantik maa...

Kalau anda teringin untuk berbulan madu di luar negara, tetapi bajet tak tinggi sangat, bagi saya okey sahaja kalau anda pilih tempat-tempat di Indonesia atau Thailand. Misalnya Pulau Lombok, Pulau Bali, Phuket. Tapi bagi saya, mana-mana pulau di Malaysia akan menjadi tempat yang romantik. Kita ada Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, Pulau Rawa... dan macam-macam lagi pulau yang sangat menarik. Mungkin anda patut pilih Kota Kinabalu. Anda akan merasa ke Gunung atau juga ke pulau-pulau yang berdekatan. Sangat romantik!

Okeylah... kalau ada yang nak kahwin tu, pilih-pilihlah tempat yang menarik untuk anda pergi berbulan madu.

Wassalam.

PS: Gambar majlis perkahwinan anak saudara saya Amsyar Emir dan pasangannya Fareeza, yang diadakan dengan tema Arab. Maklumlah... darah Arab mengalir dalam tubuh badan kami... hehe