Sekadar hiasan - tiada kaitan dengan cerita
Salam
Nampaknya ramai yang suka baca perkara-perkara yang ada kaitan dengan percintaan, rumah tangga dan 'relationship' kalau dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang terjadi di dunia ni... hehe. Lagi ramai yang suka baca tentang hal-hal sensasi. Mungkin kerana setiap kita ini memang ada kaitan dengan hal-hal macam ini, betul tak? Pernah mengalami atau pernah dengar. Kerana itu juga di Malaysia ni, buku-buku yang membawa cerita-cerita cinta dan kisah keluarga sangat laku kalau dibandingkan dengan buku-buku lain.
Okeylah, saya nak bercerita tentang sesuatu yang saya tahu yang pernah berlaku dah lama dah. Di mana dan tentang siapa, biarlah ia jadi rahsia. Saya nak bangkitkan hal ini sebab ada orang bercakap dengan saya, "Kak Aina, kalau ada lelaki yang suka pada lelaki, ingat tak ada perempuan ke yang tak suka pada perempuan di negara ni?"
Huhu... memang 'panas', kan? Saya juga tahu bukan hanya lelaki yang berspesies begitu, ada juga orang perempuan yang macam tu, suka pada pasangan sejenis dengannya. Nauzubillahi min zalik.
Oleh kerana 'orang itu' bangkitkan pada saya, terpaksalah saya bercerita tentang sesuatu yang saya pernah tahu. Memang ada cerita macam ni yang saya dah pernah ceritakan di blog ini, tapi saya tak pasti sama ada saya pernah kisahkan hal 'yang ini' atau tidak. Apa pun, saya bercerita sahaja sekadar untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua.
Al kisahnya, Minah dan Mili (bukan nama sebenar) pernah merupakan kawan serumah. Mereka juga bekerja sepejabat. Satu pejabat memang tahu hal ini, kerana mereka datang kerja pun bersama. Satu hari, Minah bertemu dengan Mamat (bukan nama sebenar) dan jatuh cinta dengannya. Kerana itu, Minah bercadang untuk tidak tinggal serumah lagi dengan Mili. Mili jadi sangat marah dan maka terbongkarlah rahsia hidup mereka (Minah dan Mili).
Mili bercerita sana-sini tentang halnya dengan Minah yang selama ini telah tinggal serumah seperti sepasang suami isteri. Kata Mili, mereka kongsi sebilik dan sekatil, walaupun rumah itu bersaiz besar dan tak ada orang lain yang tinggal bersama mereka. Minah yang cantik dan anggun memang membawa perwatakan 'perempuannya', tetapi Mili pula, dialah yang berlagak seperti 'lelaki' nya. Selama ini, tidak ada sesiapa pun yang fikir bukan-bukan tentang mereka berdua kerana Mili tidak pula berlagak seperti 'perempuan lelaki' walaupun Mili tidak cantik dan tidak membawa perwatakan 'gadis Melayu terakhir' seperti Minah. Mili sungguh kecewa dengan Minah, maka 'gamat' lah tempat kerja mereka dengan pelbagai cerita sensasi yang disampaikan oleh Mili. Masing-masing tentunya pandang serong kepada kedua-duanya (Minah dan Mili).
Minah akhirnya putus juga dengan Mamat (sebab Mamat diberitahu tentang kehadiran Mili dalam hidup Minah), tetapi Minah mula berubah dan tidak lagi mahu terlibat dengan kehidupan 'silamnya'. Beberapa tahun kemudian, Minah berkahwin dengan Bidin. Namun, perkahwinannya sangat dingin, bila kemudiannya Bidin mendapat cerita tentang kehidupan silam Minah. Minah tak mampu untuk senyum seperti orang lain dan Minah yang pernah 'cantik' suatu ketika dahulu, sudah lama hilang serinya. Bidin juga merupakan seorang suami yang tak bahagia. Sungguh malang.
Mili... teruskan kehidupannya, tetapi tak pastilah sama ada dia sudah berubah atau pun tidak.
Semoga kisah benar ini menjadi satu pengajaran buat kita semua, terutama kaum wanita. Sayangilah diri kita ini dan jangan mudah dijangkitkan dengan gejala-gejala yang akan merosakkan masa depan kita, apatah lagi iman kita. Semoga kita sama-sama cuba berusaha lakukan yang terbaik.
Wallahua'lam dan wassalam.