Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Tuesday, January 24, 2012

Rombongan Cik Kiah Berjalan-Jalan

Salam dan selamat pagi semua,

Haha, macam cikgu pulak dah, apa pun, yeh, yeh, dah balik! Seronok update blog selepas tiga hari tak menulis. Dan ini merupakan entri saya yang ke 1101. Cantik, beb!

Saya baru je balik dari utara. Kami pergi sampai ke Padang Besar dan juga ke Wang Kelian, sempat masuk ke negara seberang, iaitu di Thailand... tapi kat sempadan je lah sebab tak bawak paspot. Bila tiba di Wang Kelian, hari dah lewat, jadi pihak polis yang jaga kat situ bertanya kami, "Tak nak masuk seberang? Sempat lagi ni... boleh masuk gitu aje, tak payah paspot." Jadi kami pun apa lagi, teruslah masuk. Seronoklah pulak, rasa macam masuk kat pekan cowboy tetapi penduduknya orang Siam dan bercakap bahasa Siam. Sempat juga beli periuk... hehe, walaupun tak bercadang nak beli. Saya beli sebab emak saya yang beria-ia suruh beli, mungkin kat rumah saya tak banyak periuk kecil.

Okeylah... nak cerita sikit perjalanan kami ke utara pada hari Sabtu tu. Letih teramat sangat. Manakan tidaknya, perjalanan selama 10 jam. Kami bertolak jam 7.00 pagi, sampai jam 5.00 petang. Kaki pun cramp dan tengkuk saya sakit. Semuanya kerana trafik yang sesak. Sampai aje, kami berehat buat seketika dan lepas tu kami semua makan malam di Kuala Perlis. Makan Sea Food, beb... kat sana memang first class! Dahlah sedap, murah pulak tu. Rombongan kami seramai 23 orang (Rombongan Cik Kiah), tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pulang ke hotel (kami tinggal di Kangar), siap lepak lagi kat tepi hotel, ada tempat yang disediakan, namanya Kafe Santai. Jadi kami bersantai lagi sambil minum-minum dan tengok 'bola' kat screen besar.

Malam tu, ada dua kereta mewah tiba di pekarangan hotel. Satu Lamborghini dan satu lagi Ferrari (dua-dua yang latest kepunyaan sepasang suami isteri- orang Melayu dari Pulau Pinang) - apa lagi semua orang siap ambil gambar lagi. Saya seronok tengok je. Banyaknya duit orang, kan?

Esoknya, lepas aje breakfast kat hotel, melayan yang kecil-kecil mandi kat swimming pool. Kemudiannya kami bersiap untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu kami yang diadakan di Padang Besar (kat dewan Kastam). Seronoknya ke majlis itu, sebab dapat berjumpa kaum kerabat kami terutama yang tinggal di utara. Emak sayalah yang paling seronok, kerana semua itu adalah sanak saudaranya. Sepupu-sepupu kami semuanya datang, dari Johor pun ada, dari KL pun ramai, tapi paling ramai tentulah dari utara (kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Makan kenduri kat sana pun lain sikit, siap ada gulai (karilah tu) daging campur rebung. Oish... sedap, beb! Tapi yang paling best, dapat makan bubur pulut hitam yang dibuat oleh emak saudara saya! Best in the world. Adik saya dengan Encik Suami saya makan sampai dua mangkuk besar!

Lepas tu kami melepak di Padang Besar... kedai dan bazarnya. Dapatlah beli beras pulut, pulut hitam dan juga beras Siam (tak banyaklah beb, sebab kalau banyak nanti kena tangkap pulak). Habis ronda kat situ, barulah kami semua ke Wang Kelian. Balik dari Wang Kelian sempat pulak naik ada satu bukit ni, dan dapat tengok view Perlis dari atas. Huh, yang tu memang Terbaik punya. Ada gunung, ada hutan, ada tasik... memang bagus!

Malam tu kami makan di Restoran D'Dapur Ibuku. Kat restoran tu, dia orang beri kami satu bilik khas. Buat bising pun okey, sebab orang kat luar tak dengar. Makan pun best, ada abang pelayan (nama dia Faizal) yang tukang melayan kami semua. Terbaik!

Balik dari situ, kaum kerabat kami datang ke hotel(lebih kurang 13 orang) dan kami bersantai lagi, ramai-ramai kat Kafe Santai sambil sambung berborak-borak dengan ahli keluarga yang datang. Mereka pulang jam 12 malam, tapi kami lepak lagi sampai ke satu pagi.

Hari Isnin... masa untuk pulang, tapi pagi tu masa kami breakfast kat coffee house ada pulak satu kejadian yang mengalutkan. Seorang pengunjung hotel (taukeh berketurunan Cina) jatuh dan kena stroke. Mujurlah adik saya (lelaki) sempat sambut sebelum dia terus jatuh ke bawah dan kami ramai-ramai tolong dia. Anak saya telefon ambulans. Lepas tu orang hotel pulak pergi cari anak dia yang sedang bersiap di atas. Ambulans datang dan ambil dia. Rupa-rupanya taukeh tu (seorang dato') hendak menyambut tahun baru di Kangar dengan kaum kerabatnya. Kesianlah pulak.

Lepas check out, kami ke Kuala Perlis sekali lagi. Kali ini pergi makan Laksa Kuala Perlis yang famous tu. Kami makan kat kedai Mak Su (kat tengah pekan). Siap dapat makan pulut udang lagi (pulut panggang). Jadi... semuanya complete. Yang tak dapat makan hanyalah pulut mangga, sebab mangga harum manis belum bermusim.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pekan Rabu Alor Star. Beli-beli makanan kering, lepas tu makan pulak ais kacang. Lepas tu turun lagi dan malam kami singgah di Tapah, makan nasi goreng di Rest House Tapah (nostalgia). Siap selesaikan solat kami dan terus kembali ke destinasi. Alhamdulillah, Rombongan 'Cik Kiah' selamat sampai. Semoga Tuhan izinkan kami berjalan-jalan seperti itu lagi. Itu merupakan Rombongan 'Cik Kiah' yang ketiga.

PS. Ada beberapa foto yang saya letakkan di sini untuk tatapan anda.

Wassalam.

                    Yang atas Ali dan bawah Firas


 Gambar pengantin (yang perempuan anak sepupu saya -Sharifah Nurfatin)

       Wang Kelian - di bahagian Siam

       Juga Wang Kelian - pekan koboi

        Panorama Perlis dari atas bukit