Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Jahat Ke Aku ni?

                     Sekadar hiasan


Salam dan selamat pagi

Pagi tadi hujan lebat. Best! Sejuk sikit.

Okeylah, pagi ni nak bersembang tentang perasaan orang. Saya rasa biasa ni perasaan yang macam ni. Ada ketika, kita rasa memang kita tak buat salah, tetapi kita terpaksa buat sesuatu yang macam salah. Mungkin bagi orang lain, ianya sangat bersalah, cuma kita lakukan sebabkan keadaan yang meminta kita buat macam tu. Mungkin juga anda tak pasti apa yang saya nak cakap ni. Okeylah, biar saya bagi contoh.

Lebih kurang macam ni lah ya. Minah bersetuju untuk berkahwin dengan Mamat. Minah memang sukalah dengan Mamat ni kira dah lama, tapi selama ini Minah tak layan. Sebabnya ialah kerana Mamat dah ada isteri. Minah rasa memang tak baiklah nak layan suami orang. Sebelum ini, Minah pernah berusaha untuk kahwin dengan Bidin. Bidin memang suka dengan Minah, tetapi entah macam mana, tiba-tiba aje Bidin mendiamkan diri dan menyepi dan kerana itu Minah pulak rasa kecewa teramat sangat. Mamat tahu hal itu dan kebetulan Mamat pulak sedang berdepan dengan masalah dengan isterinya. Mamat sangat tak bahagia. Mamat ajak Minah kahwin. Minah pulak... berfikirlah jugak, tetapi Minah rasa Mamat memang sayang dan pedulikan dia, jadi Minah pun bersetuju untuk kahwin dengan Mamat.

Masyarakat mengutuk Minah kerana dikatakan merampas suami orang. Minah pulak tidaklah rasa yang dia jahat, sebabnya Mamat memang dah ada masalah dengan isterinya. Mamat tak nak cerita pada orang apa masalahnya sebab dia tak mahu mengaibkan siapa-siapa. Dalam keadaan seperti itu, Minah tetap akan dikutuk orang dan mungkin Mamat juga dituduh sebagai lelaki tak berhati perut! Huhu... tapi kisah dalam rumah tangga orang, mana kita tahu, kan? Kita boleh buat pelbagai andaian dan kita boleh tuduh orang itu dan ini, tetapi kita masih tak tahu apa masalah orang, kerana tak semuanya mahu diceritakan orang.

Beginilah kita sebagai manusia, kita senang buat andaian dan teori, namun kita tak akan tahu sebab-musabab yang membuat orang lakukan itu atau ini. Kita boleh anggap orang jahat, tetapi kita tak tahu siapa yang jahat sebenarnya. Kalau tak betul cara, kitalah yang jadi orang jahat kerana menganggap orang yang tak jahat itu jahat! Huhu...

Jahat ke aku ni? Mungkin inilah soalan yang akan diajukan oleh orang yang kena tuduh merampas hak orang lain. Apa sekalipun teori kita, mungkin elok kita jangan mengandaikannya.

Wallahua'lam.