Okey Apa
Salam Pagi Jumaat
Entri kali ini bukan bertujuan untuk bercerita tentang apa-apa yang kontroversi, sekadar untuk mengisahkan sahaja. Ada seorang kenalan bertanya saya, "Tak apa ke kalau saya kahwin dengan mamat yang lembut?"
Kalau bertanya dengan orang kita, banyak yang 'gerun' untuk bercerita tentang hal ini berdepan-depan. Kalau di belakang, okey saja. Siap ada macam-macam nama yang diberikan untuk lelaki yang agak lembut. Sotonglah... oouish... tak baiknya. Apa-apa pun, bagi saya mereka ni macam kita juga, manusia biasa. Ada hati dan ada perasaan. Jangan pula kita ingat, bila lelaki itu dikatakan lembut, mereka tak mampu untuk menjadi 'keras'! Huh! Saya bukan bercakap apa-apa yang lucah, tetapi sekadar untuk menggambarkannya.
Dulu, masa saya kerja, saya kenallah dengan mamat ni. Dia memang jenis lembut teramat sangat. Wajahnya licin (kalah orang perempuan), siap putih gebu lagi. Satu ketika itu, dia menghilangkan diri ke United Kingdom dan hidup di sana sebagai seorang perempuan. Tetapi, mungkin dia menyesal, dia pulang ke Malaysia ni dan mula bertaubat dan cuba lakukan perubahan. Datuknya pula ingin membantu dan mahu sangat-sangat melihat cucu lelakinya berubah. Datuknya mencarikan jodoh untuknya, seorang gadis bertudung litup. Mamat lembut tadi, mula berubah dan selepas kahwin, alhamdulillah... mereka hidup macam orang normal yang lain, siap dapat tiga orang cahaya mata. Yang menariknya, mamat ni memang rajin giler. Untunglah isterinya dan tentulah dia bahagia.
Itulah yang saya perhatikan. Rata-rata, lelaki lembut sangat rajin. Rumah mereka cantik dan bersih. Diri mereka juga begitu. Bayangkanlah anda berkahwin dengan lelaki lembut... huhu... mungkin tak menyesal kot. Jadi bagi saya, kalau anda terfikir untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki lembut... apa salahnya? Jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki macho tetapi pemalas dan mempunyai perangai yang tak boleh pakai!
Wallahua'lam.