Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Thursday, January 12, 2012

Awan Nano - Liriknya Kelas!

                  Budak comel berambut afro


Salam

Ya, semalam saya bercerita tentang 'Awet', hari ni pulak tentang 'Awan'. Dua-dua juga bermula dengan 'A'. Musim 'A' kot.

Okeylah, saya ni bukannya fan si budak comel yang bernama Hafiz tu walaupun saya akui mamat yang berambut keriting afro ni mempunyai suara yang mantap. Vokal dia memang hebat bagi remaja yang menyanyi, payah nak dapat suara yang macam ini.

Pagi ini saya nak bersembang tentang lirik lagu (komposernya ialah M.Nasir) yang dibawa si budak comel ni. 'Awan Nano', bunyinya macam tak serius, sebab ada mainan yang berbunyi sama. Nama 'Nano' tu memang bunyi macam tak serius... hehe. Saya dah lama dengar lagu ni dan tahu lagu ini dah banyak kali diangkat sebagai salah satu lagu yang bagus. Tetapi bagi saya, yang paling menarik tentang lagu ini ialah liriknya. Dulu, saya dengar aje, sebab tidak peka pada liriknya. Lepas tu, saya dengar betul-betul liriknya, saya jadi kagum. Sekarang ini, memang payah nak dapat lagu yang mempunyai lirik yang indah macam ni. Tentang kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa. Lagu ini membawa kita untuk mengingatkan anak-anak agar tidak memandang sepi dan remeh tentang apa yang ibu bapa lakukan kepada anak-anaknya. Melindungi anak-anak seperti 'Awan Nano'.

Syabas kepada Saudara Buddhi Hikayat kerana berjaya melakarkan lirik lagu 'Awan Nano' seindah itu. Memang cantik dan sesuai sekali untuk dibawa oleh budak Hafiz berambut afro tu! Bagi mereka yang tak pernah lihat liriknya, saya letakkan dibawah ni (bukan semualah).

AWAN NANO

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu




Wassalam.