Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Wednesday, January 11, 2012

Awet Muda, Beb!

Contoh lelaki Melayu awet muda - Nassier Wahab


Salam,

Pagi ni lambat sikit update blog ni. Ada masalah talian pulak dah. Harap2 lepas ni okey.

Haha... cerita pasal awet muda ni, memang menarik sekali buat orang perempuan. Siapa yang suka kalau dikatakan kelihatan tua dari usia sebenar? Memang tak syok, kan? Kalau ada yang kata, "Mana ada aku kisah," huhu... mungkin tipu kot. Apa pun, memang macam-macam yang boleh kita perkatakan tentang hal ini. Hal awet muda ni.

Baru-baru ini, semasa saya hadir majlis perkahwinan anak teman sekolah suami saya, memang ramailah teman-teman sekolah lama suami saya yang hadir. Yang menariknya, antara teman-temannya itu, ada yang kelihatan sangat tua (jauh lagi tua dari usia sebenar), tapi... ada juga yang kelihatan sangat muda, seolah-olah tak berganjak umurnya... huhu. Menarik, kan? Tentu kita tertanya-tanya juga, dia makan apa tu?

Kadang-kadang, ada orang awet muda sebab dah keturunan dia macam tu. Atuk, ayah... semua jenis nampak muda walaupun dah tua. Sama juga bagi orang perempuan, memang ada yang payah nak nampak tua. Dah memang genetiknya begitu.

Tapi... ada juga yang berusaha keras, buat macam-macam cara untuk maintain kelihatan muda. Kalau yang jenis tak takut tu, siap pakai 'susuk' lagi. Susuk emas lah dan macam-macam lagi walaupun dikatakan perbuatan itu 'syirik'. Itu kalau yang suka jumpa bomoh atau mengamalkan ilmu turun-temurun. Di zaman moden ni, ada yang sibuk dengan 'botox', terpaksalah cucuk botox sampai hari-hari, walaupun kalau ikutkan prosidur yang betul, tak bolehlah macam tu. Ramai jugak yang guna khidmat 'plastic surgery' untuk dapatkan 'kemudaan' pada wajah. Tak mahu kelihatan garis-garis tua di muka. Ada tu, semua pun pakai, plastic surgery buat, botox pun tibai, susuk pun letak juga. Memang tak mahu langsung nampak tua! Hehe...

Bagi saya, yang paling menariknya, kalau kita boleh nampak muda dan tubuh badan juga turut sihat dan kuat! Malah, akal fikiran pun bagus... tak nyanyuk. Macam tu baru lah best. Ada orang kata, kita boleh maintain sihat dan awet muda, kalau makan makanan yang baik-baik, termasuklah ulam-ulam dan sayur-sayuran. Buat baik pada orang lain dan senyum selalu. Juga senaman yang tak henti-henti dan paling hebat kalau kita juga rajin membaca, terutama sekali membaca al-Quran.

Tapi juga... sekalipun awet muda tahap gaban pun, kalau dah sampai masa kita untuk tinggalkan dunia ini, kita akan pergi juga. Jadi... buatlah yang baik-baik, agar kita sentiasa rasa baik, tak kira bila sekalipun kita pergi nanti. Insya-Allah.