Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Fanatik

                     Sekadar hiasan


Salam semua

Oh ya, bukan lagu yang pernah dipopularkan adik-beradik KRU yang ingin saya katakan, tetapi tentang suatu tabiat yang payah dipinggirkan kerana terlalu taksub dengan 'hal' itu. Orang putih kata 'beyond normal limits'. Maksudkan keghairahan yang ada pada seseorang dalam satu-satu hal itu. Mungkin hobinya, mungkin kepercayaan dan macam-macam lagi. Bila dah percaya dan suka sesuatu itu, dah tak boleh ditepis lagi. Huh!

Kadang-kadang, ada orang fanatik dengan cintanya. Haha... bukan sekadar cinta dengan manusia, mungkin juga dengan barang dan perbuatan. Ada orang gila beli beg tangan dan kerjanya itulah. Setiap bulan bila dapat gaji aje, habis sebahagian besar gajinya diguna untuk beli tas tangan, pada hal tas tangannya dah berlambak dan tak terpakai pun. Ada juga yang gila kasut. Begitulah tabiatnya, pantang melihat kasut yang ada desain baru, mesti hendak dibelinya. Bukan sekadar suka membeli sahaja, tetapi kerjanya juga membelek-belek barang-barang itu. Asyik-asyik pergi tengok koleksinya itu. Bila lapang sahaja, dia akan mengelap dan mengilatkan kasut atau tas tangannya, pada hal mungkin banyak kerja lain yang boleh dilakukannya.
 Maknanya dia terlalu 'cintakan' barang-barangnya itu. Dia fanatik kepada kasut atau tas tangannya.

Begitu juga orang gila bola. Mereka terlalu fanatik dengan kumpulan kegemaran, misalnya Liverpool atau Manchester United. Bila kalah 'game', mungkin sampai tak lalu makan. Malah, sanggup beli baju yang harganya mahal. Siang bola, malam pun bola. Kalau boleh nak aje kahwin dengan bola!

Begitu juga bila sudah jatuh cinta dengan 'insan' yang bergelar pasangan. Inilah yang dikatakan jadi 'sasau', siang malam teringat pada si 'minah' atau si 'mamat' yang baru menjadi cinta hatinya. Ke mana saja dia pergi, hendak ditayangkan gambarnya. Malam teringat kat dia, siang pun macam tu. Sikit-sikit hantar SMS, "Bie, where are you? I miss you lah." Memang dah jadi angau.

Sama juga dengan mereka yang tiba-tiba sahaja dah tahu pasal agama. Dulu-dulu dia agak jahil, tapi bila dah terketuk dan tersedar, dia juga jadi macam orang mabuk kepayang. Pastinya solat tak tinggal (satu perkara baik), tetapi dia juga akan pergi sana sini bercerita tentang kehebatannya, sedangkan baginya semua orang tak betul! Semua orang baginya akan masuk ke neraka, tetapi dia masuk syurga. Adoi...

Suatu ketika dahulu, saya pernahlah bertemu dengan kawan lama dan dia mengajak saya untuk ke rumah kakaknya. Saya pun pergilah kerana saya dapat berita yang kakaknya baru kematian anak. Bila tiba di rumah kakaknya itu, saya terkejut. Rupa-rupanya dia dah jadi macam bomoh (dia dan suaminya) dan ketika itu sedang berubat orang. Selepas itu pula, dia memberi syarahan kepada saya tentang 'ilmu' yang dituntut itu. Katanya, kalau tak 'join' kumpulan dia, saya tak merasalah masuk ke syurga, kerana hanya kumpulan dia sahaja yang telah diberi zat untuk berkomunikasi dengan Tuhan dan akan masuk ke syurga nanti. Malah, dia boleh berkomunikasi dengan orang yang dah mati, termasuklah anaknya yang baru mati itu.

Selepas saya tinggalkan rumahnya, saya tidak pernah pergi lagi. Saya memang cabut lari!

Bagi saya ketika itu, saya melihat suatu kedaan 'fanatik' yang ada pada pasangan suami isteri itu terhadap 'ilmu' yang mereka tuntut. Saya bukan pakar untuk mengatakan mereka sedang amalkan ilmu sesat, tetapi apa yang mereka lakukan itu memang menggerunkan saya.

Wallahua'lam.