Angau
Salam semua
Apa yang jangan over sangat ni? Hehe... ini ada kaitan dengan orang yang berkasih sayang. Saya tumpukan lebih pada kaum Hawa. Jangan terlalu beremosi bila terasa diri dilamun cinta. Jangan sayang seseorang itu dengan tiada hadnya... huhu. Mesti ada had! Eh, kenapa pulak? Bukan ke elok kalau kita sayang dengan tiada hadnya? Entahlah... saya takut bila dengar ada wanita yang terlalu sayangkan pasangannya hinggakan apa sahaja yang dilakukan oleh pasangannya, dia tetap sanggup. Kena tampar okey, kena terajang pun okey, kena maki-hamun pun okey, diperabiskan duitnya... janji dia ada di sisinya.
Sayang apa namanya tu?
Kalau dia sayangkan kita, dia takkan buat kita begitu. Tak akan bagi kita penampar, tak akan jadikan kita bola dan jauh sekali dimaki-hamunnya kita. Itu, barulah kita kata sayang. Kalau sekalipun sayang macam tu pun, kita tetap kena adakan hadnya.
Apa pasal nak ada had-had ni?
Sebabnya... kita ni manusia. Apa-apa pun boleh berlaku. Kita boleh berubah hati, kita boleh sakit dan mati, dia boleh pergi dan tiba-tiba tinggalkan kita, dia boleh cari pengganti, dia juga boleh kahwin lebih dari satu... haha... macam-macam boleh jadi.
Kalau kita tak boleh terima semua tu, aduhai... eloklah kita jangan jadi manusia, jadilah ayam ke atau kucing. Tak paham semua tu. Tahu nak sayang aje dan ikut tuannya pergi mana saja!
Saya jadi bingung bila tengok ada wanita yang tak boleh terima hakikat bahawa 'si dia' dah tak sayangnya lagi. Wanita ni tak percaya, tak boleh terima dan hidup terus-terusan macam orang gila! Memang padah. Buat apalah kita bodohkan diri sampai macam tu sekali?
Alahai... 'Si Dia' tu macam mana sangat hebatnya? Macam dewa ke? macam hero cerita Hindustan ke?
Tak usah! Tak usah!... itulah nasihat saya. Jangan 'gilakan' diri kita dan jadi macam orang 'meroyan', seolah-olah kit akan mati tanpa 'cinta' si dia.
Buat buang beras aje kalau kita menangis tak henti-henti, makan tidak, tidur pun tidak!
Kalau anda dapat pasangan yang tak boleh pakai macam tu, katakan saja 'Boleh blah' lah. Anda tak perlukan lelaki yang tak tahu menilai cinta, kasih dan sayang anda.
Sebab itulah saya kata, jangan over sangat bila kita sayang seseorang itu. Biar ada hadnya.
Bercinta dengan manusia, tak akan sama macam bercinta dengan Allah swt.
Renung-renungkanlah.
Wallahua'lam.