Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Sunday, January 29, 2012

ASMARA

                     Berasmaradana

              Kota Asmara - main street



Salam pagi Ahad

Hari ini kita relaks-relaks dan kita sembang-sembang tentang satu isu ringan, bukan berat, iaitu tentang perkataan ASMARA. Haha... ada yang tersipu-sipu, kan? Sebab kita orang Melayu biasanya bila dengar aje perkataan Asmara ni, kita kaitkan dengan cinta,, kasih, dan kalau nak berat lagi, cinta berahi, bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan. Bila kita kata seseorang itu sedang mabuk asmara, kita maksudkan dia sedang bergelora dengan perasaan cintanya pada seseorang. Lebih mudah kita kata 'angau'!

Keasmaraan pula membawa maksud jatuh cinta, atau berada dalam situasi bercinta. Asmaradana pula membawa maksud bercumbu-cumbuan. Dan asmaraloka pula (sebenarnya yang ini ialah perkataan sanskrit) membawa maksud alam percintaan atau dunia cinta kasih. Saya pernah guna perkataan-perkataan ini dalam novel-novel saya.

Okeylah, tapi tahu ke kita, ada juga insan-insan di dunia ini yang bernama Asmara? Kalau tidak Asmara sahaja, ada ditambah juga nama-nama lain dengannya. Biasanya nama Asmara ini dinamakan untuk anak-anak perempuan walaupun ada juga lelaki yang bernama ini. Kalau kita semak, perkataan Asmara ini berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud 'Rama-rama yang cantik' atau 'Beautiful butterfly'. Hah, pernah tahu tak?

Saya pernah mempunyai seorang kawan semasa di Universiti Malaya dulu-dulu dan namanya ialah Asmara. Orangnya sangatlah cantik, comel dan menarik dan bapanya merupakan seorang Hakim ketika itu dan mereka berasal dari Pahang. Saya juga ada seorang pembaca yang bernama Asmara juga. Dia ni orang KL, mungkin berasal dari utara kot. Tentunya saya tak pernah lupa padanya kerana mempunyai nama yang sangat unik. Kawan suami saya (lelaki) juga mempunyai nama ini, tetapi bercantum dengan nama-nama lain juga. Dia berasal dari Perlis.

Dan tahu kah anda bahawa ada sebuah kota dan ia merupakan ibu negara sebuah tempat yang terletaknya di utara benua Afrika dan namanya ialah Asmara? Kota ini ialah ibu negara kepada Eritrea. Tempat ini terletak tidak jauh dari Mesir, ditepinya juga ada Sudan, ada Somalia dan Ethiopia. Kalau seberang Laut Merah pula, negara ini berjiran dengan Arab Saudi dan Yemen. Kota Asmara terletak di atas tanah tinggi dan dikelilingi padang pasir, namun cuacanya sentiasa dingin dan nyaman. Kerana itu juga, Asmara pernah dijajah oleh kerajaan Itali dan British. Asmara juga dikenali sebagai 'Little Italy' kerana mempunyai penduduk yang berketurunan Itali dan juga bangunan-bangunan menarik yang mempunyai reka bentuk Itali. Dalam bahasa Tigrinya, Asmara membawa maksud 'Made them united'.

Okeylah anak-anak murid... hehe... setakat ini sahaja pelajaran kita. Semoga anda semua dapat berkongsi ilmu ini, insya-Allah. Semoga luas lagi pengetahuan kita dan mungkin kalau ada rezeki, jom kita ke Asmara,untuk melihat sendiri keadaan tempat yang unik ini.

Wassalam.