Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Monday, January 02, 2012

Pakai Beg Tangan Hermes Birkin lah, Beb

    Mouaward 1001 nights bernilai lebih RM 11 juta
  Kim Kardashian dengan beg tangan Hermes Birkin nya

   Victoria Beckham dengan beg tangan Hermes Birkin nya


Salam

Semalam saya telah ke Bestari Jaya (Batang Berjuntai) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak seorang teman suami saya, kemudiannya kami pergi ke rumah abang saya di Behrang. Dulu, abang saya tinggal di PJ dan dia merupakan seorang juruterbang, sekarang ini dia relaks di Behrang dengan kebunnya dan rumah yang baru dibina atas bukit dan mengadap gunung-ganang. Huhu... best giler! Memang cantik rumah abang saya tu, cuma semalam saya terlupa nak ambil gambar, kebetulan masa di rumah dia, hari hujan.

Okeylah, bukan nak cerita sangat pasal rumah abang saya tu, cuma bagi saya rumah dia tu macam best giler, walaupun jauh sangat-sangat dan terpencil... tapi memang taste saya. Kepala abang saya tu macam kepala saya juga. Kami suka tempat-tempat yang macam tu, mungkin orang lain hairan dan rasa pelik...

Cita rasa orang, lain-lain kan?

Pulang dari sana, kami dikunjungi oleh anak saudara kami yang dah lama tak datang ke rumah, jadi banyak bendalah yang kami sembang-sembang. Kata anak saudara saya tu, dia akan ke Paris sebab ada kerja dan mungkin terpaksa duduk lama di sana (taklah lama giler). Jadi kami berceritalah tentang orang yang suka shopping ni, terutama wanita yang gila 'handbag' atau tas tangan.  Mereka sanggup ke Paris dan London untuk shopping tas tangan semata-mata. Memang inilah trend orang kaya-kaya atau orang yang terasa kaya, handbags mesti ada status, tak boleh pakai yang sembarangan. Bagi wanita yang mahu orang lain tahu yang mereka merupakan orang berada, mereka akan pastikan bahawa beg tangan mereka ada kelas! Tak main sekadar pakai beg Coach, beg Bonia... yang boleh aje dibeli di mana-mana dan sekalipun ada yang mahal, masih mampu lagi dibeli oleh orang biasa-biasa.

Okeylah... trend sekarang ini, status tas tangan yang mempunyai nilai yang tinggi giler, mungkin merupakan beg-beg tangan berjenama 'Hermes', kalau mampu, boleh beli 'Hermes Birkin' (susah nak dapat di KL ni). Beg tangan berjenama ini harganya berpuluh-puluh ribu, ada yang ratusan ribu. Jenama lain yang juga merupakan 'upmarket' ialah Louis Vuitton, Fendi, Prada, Gucci, Chanel. Di Malaysia ni, orang perempuan kaya suka sangat dilihat membawa tas tangan yang mempunyai branding LV dan Hermes ni. Masing-masing nak duduk sama standard dengan wanita-wanita Barat yang bergaya macam Victoria Beckham dan Kim Kardashian... sentiasa kelihatan membawa tas tangan glamor macam Hermes Birkin tu.

Bagi mereka yang mampu dan rasa penting untuk membawa beg tangan mahal ni, harga beg yang kadang-kadang mencecah ratusan ribu ni, dah jadi sesuatu yang biasa-biasa saja. Yang penting, beg tangan mahal ni mesti dibawa merata-rata tempat, dan tak bolehlah pakai yang satu tu je, mesti ada macam-macam... sebab takut orang nampak kalau pakai tas tangan yang sama!

Okeylah... kalau anda nak tahu, di dunia sekarang ini, tas tangan termahal ialah 'Mouawad 1001 nights diamond purse' dan harganya ialah lebih dari RM 11 juta! Lebih mahal dari harga rumah orang kaya-kaya kat Malaysia.

Sekadar memberi informasi.

Wassalam.