Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Sunday, January 01, 2012

Skodeng dan LOL

                       Duk skodeng ke ni? hehe


Salam pagi Ahad,

Seronok juga update blog hari ini sebab hari ini bermulanya tahun 2012. Masa tetap berlalu sayang... jadi janganlah berangan-angan kosong je dan terus bermimpi di siang hari! Jom bangun dan cuba lakukan sesuatu yang baik untuk diri!

Okeylah, hari ini kita akan cuba mendekati sesuatu yang juga menjadi bahasa orang sekarang, Kalau hendak berkomunikasi dengan orang muda, kadang-kadang kena faham apa yang mereka katakan dan orang muda hari ini guna bahasa yang bermacam-macam bunyinya dan membawa maksud yang mungkin orang lama tak tahu apa ertinya.

SKODENG... membawa maksud mengintai, mengintip, mengendap atau melihat-lihat tanpa disedari oleh orang lain (begitulah lebih kurangnya). Biasa juga digunakan dalam komunikasi Internet. "Aku skodeng je blog diorang ni, nak tahu juga apa dia cite kat situ." Huhu... maksudnya, dia masuk ke blog berkenaan, cuba mengintai-intai tulisan si penulis. Mungkin takut kalau ada hal-halnya yang dituliskan oleh si penulis! Hahaha... memang ramai yang suka buat macam ni... skodeng blog orang! Ada tu pulak, suka skodeng FB orang! Haha... nak tengok apa yang digosipkan di Facebook yang dimaksudkan.

Ada juga yang suka skodeng dengan kamera yang ada zoom!

Bila ada sesuatu isu yang ditulis dalam blog atau laman sosial orang tertentu, maka ramailah yang akan datang skodeng, cuba mengintai isu yang dibangkitkan itu. Biasanya isu itu isu 'panas' yang menjadi hal masyarakat atau individu tertentu.

Skodeng juga digunakan bila ada lelaki yang cuba mengintai perempuan. Kadang-kadang sekadar semasa dia berjalan di pejabat, atau di kawasan rumah. Tetapi ada juga yang 'skodeng' bila ada wanita mandi, tak kira tua atau muda, cantik atau tidak. Memang ada lelaki yang suka buat kerja 'skodeng' ni!

Kalau di kampung dulu-dulu, memang banyak orang mandi di luar, di kawasan perigi atau telaga, atau apa yang kita kata 'pili public', iaitu kawasan paip air yang disediakan secara 'berkongsi'. Huhu... tapi masa dulu-dulu, orang ramai tak tahu guna perkataan 'skodeng' ni. Tapi, perbuatan itu sama saja macam sekarang ini, kalau ada orang lelaki yang suka mengendap perempuan dalam keadaan tidak berpakaian lengkap.

Ada juga yang 'skodeng' secara positif. Maksudnya untuk kebaikan. Misalnya, "Aku skodeng blog dia... aku nak kenal lah dia ni, perangai dia macam mana. Dari apa yang dia tulis, kadang-kadang kita boleh baca budi bahasa dia. Kalau dia jenis merapu dan cakap bukan-bukan, maknanya kelakuan dia pun macam tu jugak. Yang macam tu... aku memang tak nak!" Hahaha... begitulah bila 'skodeng' boleh berubah jadi elok.

Lagi satu ialah singkatan perkataan LOL, L.O.L., tiga huruf yang dijadikan maksud dalam bahasa chatting. Ada orang guna tu, tapi mungkin tidak pasti maksudnya. Atau kadang-kadang kita nampak, tapi tak faham apa ertinya. LOL ini merupakan abbreviation atau singkatan kepada maksud 'Laughing Out Loud', atau dalam bahasa Melayu bermaksud 'ketawa terbahak-bahak', 'ketawa kuat-kuat'. Asalnya memang dari bahasa Inggeris dan menjadi popular dalam bahasa orang muda hari ini.

Saja je saya tulis hal-hal ini dalam blog, sebab saya sendiri perlu belajar dan saya percaya ada di antara anda pun nak tahu juga apa maksud-maksud yang sering kali kita nampak dalam komunikasi Internet dan juga semasa chatting atau dalam mesej-mesej yang dikirimkan.

Okay guys... say welcome to 2012! (Huhu... bahasa Inggeris lagi, beb!)

Wassalam.