Ini aktor Korea, bukan Syafik
Salam Pagi Selasa
Mungkin masih ramai yang bercuti, maklumlah hari ini ada negeri-negeri di Malaysia bermula semula dengan alam sekolah setelah lama bercuti. Cikgu balik sekolah, anak murid pun sama, malah ibu bapa pun kesibukan kerana anak yang masuk sekolah. Saya memang dah lama benar tidak terlibat.
Pada hujung minggu yang lepas ni, ada sesuatu yang membuat saya teringat sangat pada mereka yang saya gelar 'lelaki'. Kalau anda perempuan, mungkin anda juga terfikir-fikir tentang mereka yang kita panggil lelaki. Kalau anda lelaki, mungkin anda tak kisah pun, ialah nak buat apa fikirkan lelaki, kan? Baik fikir tentang perempuan!
Kalau anda pernah baca novel saya bernama Kau Laksana Bulan atau menonton dramanya yang berjudul sama, ada seorang karakter yang saya namakan Syafik. Sebenarnya, saya mempunyai seorang anak saudara dan namanya juga Syafik tetapi telah meninggal dunia sekitar 16 tahun yang lalu akibat penyakit kronik dan kalau dia ada, hari ini umurnya sekitar 31 tahun. Apa pun, saya ingin bercerita tentang seorang lagi Syafik yang saya kenal. Dia merupakan teman kepada menantu saya, juga anak saudara kepada rakan suami saya. Jadi, dah lama juga saya kenal 'lelaki' ini. Tapi, apa yang menarik sangat tentang Si Syafik ni?
Mula-mula tentang rupanya. Bagi saya, Syafik ni sangatlah 'good looking', siap ada lesung pipit lagi (saya suka orang yang berlesung pipit). Rupa dia mirip ayahnya, tetapi kulit pula ikut ibunya. Dia sangatlah berbudi bahasa orangnya. Sekarang ini, memang payah nak jumpa mana-mana lelaki muda yang sangat sopan dan menghormati orang tua. Syafik yang ini memang sangat sopan, mempunyai adab yang sangat tertib. Dia bukan jenis 'minum' atau merokok. Kalau datang ke rumah kami, dia sentiasa 'friendly', malah jumpa di mana-mana pun dia masih 'friendly'. Dia sangat ambil berat tentang keluarganya, terutama ibu dan ayah dan adik-adiknya.
Mungkin anda akan kata, "Alah biasalah tu...". Tapi bagi saya, dia tidak seperti lelaki muda yang biasa-biasa. Syafik mempunyai profesyen sebagai juruterbang (pilot), tetapi semasa kenduri di rumah bapa suadaranya, Syafik ambil cuti dan tolong buat kerja di bahagian belakang rumah. Semasa kami datang ke rumah bapa saudaranya (hadir kenduri), dari jauh lagi Syafik sudah tegur kami dan terus sahaja ke depan untuk berjumpa kami dan bersalaman. Selepas itu, dia teruskan kerjanya di belakang rumah untuk membuat kerja-kerja mencuci. Biarlah saya cakap dengan ikhlas, saya memang jarang jumpa budak-budak muda yang macam tu. Sekalipun dia mempunyai profesyen yang begitu, namun tak kisah pun untuk membantu keluarga seperti apa yang Syafik lakukan. Ikhlas juga saya katakan, kalau saya jumpa lelaki muda seperti itu, saya memang tabik lah...
Bayangkanlah... Syafik yang good looking tu... very humble. Baginya, keluarganya sangat penting. Dia juga jenis yang hormatkan orang lain terutama mereka yang tua daripadanya. Saya salute lelaki ini.
By the way... kalau ada yang bertanya dan interested... setahu saya Syafik ni dah ada awek dan aweknya berada di Sabah... huhu... jauh tu.
Okeylah... Syafik merupakan role model untuk kaum kerabatnya yang muda dan semoga akan ada banyak lagi lelaki muda seperti Syafik yang saya panggil lelaki.
Wassalam.