Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Wednesday, January 04, 2012

Curang. Lelaki Atau Perempuan?

                 Sekadar Hiasan


Salam Pagi Rabu

Tajuk yang sensasi, kan? Pasti ramai yang mengandaikan bahawa antara perempuan dengan lelaki, yang kerap berlaku curang tentulah lebih ramai lelaki. Tetapi ada 'survey' yang memaparkan bahawa antara lelaki dan perempuan di Malaysia, lebih banyak wanita yang berlaku curang berbanding lelaki. 39% perempuan berbanding 33% lelaki yang berlaku curang. Huhu... cuma tak tahu sama ada 'survey' ini lengkap dan boleh dipercayai. Survey ini juga tidak tunjukkan detail etnik, jadi kita tak tahulah antara Melayu, Cina, India dan lain-lain tu, siapa yang lagi teruk curangnya.

Mengikut maklumat yang dipaparkan, wanita cantik lagi mudah berlaku curang, walaupun bukanlah semua wanita cantik yang begitu. Huhu... lagi satu, beb! Kalau anda lelaki, tentu anda takut bila baca maklumat macam ni, kan? Sebabnya, rata-rata kalau tanya lelaki, kalau boleh semua nak cari isteri yang cantik. Jadi... boleh percaya ke ni?

Walaupun saya taklah cenderung sangat untuk percaya 'survey' yang dikatakan ini, saya tidak pula rasa mustahil yang memang ada wanita yang mudah berlaku curang kalau dibandingkan lelaki. Ini adalah kerana, wanita hari ini lebih canggih, lebih mampu, lebih sofistikated, lebih bebas, lebih serba-serbi, kalau dibandingkan dengan wanita dulu-dulu. Wanita hari ini, tidak takut kalau hilang suami, walaupun masih ada lagi yang tak suka dengan 'status janda'. Namun, kerana 'penceraian' bukan merupakan satu isu berat lagi, wanita hari ini tak kisah kalau terpaksa bercerai pun! Mereka mampu untuk berdikari. Lagipun, kalau tak mampu, banyak agensi yang membantu wanita-wanita seperti ini.

Bertambah terjadinya kes-kes 'curang', apabila lebih ramai wanita mula ralit dengan laman-laman sosial yang disediakan di Internet. Bila terasa suami atau kekasih jenis tak kisahkan dirinya, mereka cenderung untuk berjinak-jinak dengan Internet, lalu di situlah mereka akan mencari 'teman baru' untuk menghiburkan hati. Kini, ia adalah trend buat semua, untuk berhibur-hibur di ruang yang disediakan. Jadi... memang tak mustahil sekiranya banyak wanita yang tak kisah untuk berlaku 'curang'.

Saya pernah juga bersembang-sembang dengan teman-teman wanita 'hari ini ', memang ramai berkata bahawa mereka tidak takut kehilangan suami. Malah, ada yang tak kisah pun kalau orang lain ambil suami mereka, kerana bagi mereka 'lelaki hari ini' tidak hebat macam lelaki dulu-dulu. Lelaki hari ini kurang bertanggungjawab dan tidak ambil berat tentang famili. Ramai lelaki yang berfoya-foya dan habiskan masa di luar rumah.

Mungkin juga kita sedang tiba di penghujung zaman, maka manusia hari ini sedang hidup dalam satu keadaan yang sangat berbeza daripada apa yang dipinta dalam Al-Quran. Masing-masing tak hirau lagi dan dengan itu, perbuatan 'curang' merupakan trend kehidupan 'hari ini'.

Tak kisahlah lelaki atau perempuan,kita perlukan satu kehidupan yang 'bersih' dan tenang dan mustahil kita akan dapat semua itu kalau 'curang' merupakan budaya hidup kita. Tak kisahlah kita cantik atau tidak, handsome atau tidak, berduit atau tidak, kerana apa sahaja yang kita ada ini, sekadar pinjaman semata-mata. Bila sudah tak ada semuanya, siapalah kita agaknya?

Semoga kita sama-sama mengingatkan diri agar kita berusaha untuk amalkan perbuatan yang baik-baik untuk kebaikan generasi akan datang dan untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Jadilah insan yang bertanggungjawab.

Wallahua'lam.